Isnin, 24 September 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Pembagian Harta Peninggalan Dengan Pertimbangan Kemampuan <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 03:28 AM PDT

Diposting oleh Tanggal: 12 September 2012 | Kategori: Skripsi | Sudah dilihat 194 kali |

Ika Islamiatiningsih. Pembagian Harta Peninggalan Dengan Pertimbangan Kemampuan Ekonomi Ahli Waris di Desa Langkap Kec. Bangsalsari Kab. Jember.

Kata kunci: Pembagian, Harta Peninggalan, Kemampuan ekonomi Proses penerusan atau perpindahan harta keluarga kepada anak-anak, kepada turunan keluarga telah dimulai ketika orang tua masih hidup, pengalihan hak atas harta dalam masyarakat muslim di Indonesia selain dalam bentuk pewarisan juga dikenal dalam bentuk hibah dan wasiat. Melihat fenomena yang ada di desa Langkap, peneliti tertarik dengan adanya praktek pembagian warisan, hibah dan wasiat dengan pertimbangan ekonomi ahli waris, bagi ahli waris PNS akan mendapat pembagian harta peninggalan dengan jumlah sedikit daripada ahli waris bukan PNS. Dalam pembagiannya berdasarkan atas kesepakatan ahli waris karena dalam pembagian ini lebih mengutamakan asas musyawarah mufakat antar ahli waris. Perlu diketahui, fenomena pembagian harta peninggalan yang terjadi di desa Langkap menganut salah satu sistem keturunan yang ada di Indonesia yaitu sistem bilateral. sistem bilateral ini menarik garis keturunan bapak maupun ibu, sehingga dalam kekeluargaan semacam ini pada hakikatnya tidak membeda-bedakan ahli waris dari pihak ibu atau pun pihak bapak. Tujuan penelitian untuk mendeskripsikan hal-hal yang menjadi dasar masyarakat desa Langkap dalam pembagian harta peninggalan (waris, hibah dan wasiat) dengan pertimbangan ekonomi ahli waris serta mendeskripsikan langkah/cara yang dilakukan masyarakat Langkap untuk menghindari konflik antar ahli waris dalam pembagian harta peninggalan.

Penelitian ini termasuk ke dalam studi kasus (case study). Secara umum, Robert K.Yin dalam Case Study Research Design and Methods yang dikutip oleh Imam Suprayogo mengemukakan bahwa studi kasus sangat cocok digunakan dalam penelitian dengan menggunakan pertanyaan "how" (bagaimana) dan "why" (mengapa), yang akan digunakan dalam wawancara. Berkaitan dalam masalah penelitian ini, maka unit analisis adalah masyarakat Langkap, karena penelitian ini merupakan studi kasus kemasyarakatan.

Alasan dari pembagian harta peninggalan dengan pertimbangan ekonomi antara lain adalah karena adanya rasa belas kasihan, menghindari kesenjangan ekonomi, dan menghindari pertikaian. Cara untuk menghindari konflik dapat dilakukan dengan pembagian harta penuinggalan dengan pertimbangan ekonomi ahli waris, pembagian harta peninggalan sama rata, musyawarah dan menyerahkan persoalan kepada pihak desa.

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Zambry: MCA kekal bertanding <b>di Gopeng</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 17 Sep 2012 01:11 AM PDT

BN negeri Perak mengekalkan tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh MCA sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor.

"MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng di Ipoh, hari ini.

Berdasarkan kaji selidik dan pelbagai program melibatkan rakyat serta semangat kesepaduan antara komponen BN terutama Umno di Gopeng, BN yakin kerusi itu boleh dirampas semula daripada pembangkang, katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.

Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon.

Semua anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya kepadanya malah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan mereka faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya.

"Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong dengan majoriti 7,368 undi.

Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi DUN Sungai Rapat.

"Siapa yang terpilih menjadi calon nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih mereka harus berlapang dada…jangan berlaku pertempuran sesama kita dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan pihak pembangkang," katanya.

DUN Sungai Rapat kini disandang oleh Datuk Hamidah Osman yang mengalahkan calon Pas Radzi Zainon dengan majoriti 636 undi pada pilihan raya umum lepas.

- Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=46906

Zambry: MCA kekal bertanding <b>di Gopeng</b> Bern... - Dialog Rakyat

Posted: 17 Sep 2012 05:09 PM PDT

BN negeri Perak mengekalkan tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh MCA sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor.

"MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng di Ipoh, hari ini.

Berdasarkan kaji selidik dan pelbagai program melibatkan rakyat serta semangat kesepaduan antara komponen BN terutama Umno di Gopeng, BN yakin kerusi itu boleh dirampas semula daripada pembangkang, katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.

Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon.

Semua anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya kepadanya malah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan mereka faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya.

"Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong dengan majoriti 7,368 undi.

Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi DUN Sungai Rapat.

"Siapa yang terpilih menjadi calon nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih mereka harus berlapang dada...jangan berlaku pertempuran sesama kita dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan pihak pembangkang," katanya.

DUN Sungai Rapat kini disandang oleh Datuk Hamidah Osman yang mengalahkan calon Pas Radzi Zainon dengan majoriti 636 undi pada pilihan raya umum lepas.- Bernama

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


<b>BAGAN DATOH</b> PRU 13- APA KATA RAKYAT? | TEH TARIK <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 11:26 AM PDT

Menjelang PRU13 yang datang,rakyat akan mula menilai kredibiliti calon yang bakal di pertandingkan. Ada yang telah berkhidmat sekian lama dan ada yang baru muncul mukanya. Bandar atau Desa, pertaruhannya tetap sama, nilai kepimpinan dan nilai jasa -jasanya sepanjang berkhidmat. Kisah di sebuah DUN PAS di negeri Selangor yang kerjanya hanya hadir kenduri kendara dan melawat kematian,semua orang memuji atas keperihatinannya itu. Tetapi…. hakikatnya beliau tidak mampu membawa pembangunan kepada masyarakat setempat, memberi bantuan-bantuan yang sepatutnya. Hanya mampu menabur janji demi janji…

RAKYAT SUDAH MUAK

Kini, rakyat sudah tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Mereka sudah tidak suka lagi di permainkan sedemikian. Mereka inginkan kemajuan dan pembaharuan. Pembangunan setempat melalui inisiatif kerajaan Pusat serta pelaburan dari  pelabur luar, sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan dan lain lain lagi. Pemimpin yang bakal di pilih mestilah seorang yang berwawasan.

Di Bagan Datoh, seorang warga emas yang cuma ingin di kenali sebagai Ustaz Daim menceritakan sejarah awal Bagan Datoh. Beliau merupakan Tuan punya rumah Tradisional yang berusia lebih dari 100 tahun. Beliau turut memuji kepimpinan YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan sangat berwawasan. Mengenali Dato Seri sejak zaman kecil nya, Ustaz Daim berkata bahawa Dato Seri suka membuat kebajikan dan kebaikan tanpa mengheboh-hebohkannya kepada umum. Beliau juga seorang yang suka pada perbincangan dan tidak suka akan persengketaan. Kata Ustaz Daim lagi, semasa Dato Seri menjadi  Timbalan Menteri Pelancongan dahulu,beliau telah mengusahakan Industri Desa Homestay di Bagan Datoh dan sehingga kini ianya masih aktif. Kami juga turut di saran untuk terus mencari sumbangan serta jasa jasa Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal Islam. Khabar yang kami terima, usaha YB Dato Seri untuk membawa MRSM ke Bagan Datoh akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Alhamdulilah…Janji Di tepati.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Solidariti Anak Muda Malaysia » SAMM <b>Parit Buntar</b> Dilancar dan <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 07:01 PM PDT

Home » SAMM

Kenyataan Media

20 September 2012

SAMM Parit Buntar Dilancar dan Dirasmikan

Solidariti Anak Muda Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran sebuah lagi kelompok besar anak muda di kawasan utara Perak dan seterusnya menjadi 'base' utama SAMM Perak. Majlis pelancaran SAMM Parit Buntar berlangsung semalam di Tapak Pekan Rabu, Batu 5, Parit Buntar.

SAMM Parit Buntar telah diilhamkan oleh YB Yunus Jamsari, dan nama SAMM Parit Buntar sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu apabila kumpulan anak muda ini rancak menyusun aktiviti. Kemuncaknya ialah di sebuah majlis berbuka puasa, pertemuan di antara kumpulan SAMM Parit Buntar dan SAMM Kebangsaan membuahkan hasil positif apabila perancangan melancarkan SAMM Parit Buntar menemui cambahnya.

Majlis pelancaran SAMM Parit Buntar begitu gemilang dengan penyertaan hampir 200 komrade dan kehadiran lebih dua ribu hadirin. SAMM Parit Buntar dilancar dan dirasmikan oleh Ketua Penyelarasnya sendiri iaitu Chegubard dengan disaksikan oleh YB Yunus yang menjadi pengacara hari ini dan juga penyelaras SAMM P.Buntar Saiful Azhan Abd Rashid.

Sebaik sahaja SAMM P.Buntar dilancarkan, Chegubard menerangkan serba sedikit mengenai gerakan anak muda SAMM kepada hadirin sebelum beliau meneruskan ceramah umumnya. Selepas majlis menutup tirai, satu pertemuan berlangsung dan SAMM Parit Buntar sedia mengisi tempat untuk beraksi menjadi pelopor anak muda di negeri Perak. Pelbagai program peringkat negeri disusun dan SAMM P.Buntar juga sedia untuk menghantar satu kumpulan delegasi ke Rapat Kebangsaan SAMM yang akan berlangsung awal bulan Oktober.

Dengan pelancaran SAMM Parit Buntar, melengkapkan lagi keluarga besar SAMM dalam meneruskan agenda anak muda menentang kezaliman sebuah regim. Syabas dan tahniah kepada anak muda SAMM Parit Buntar yang muncul ketika krisis negara memuncak untuk bergerak bersama SAMM menggoncang tanahair menuntut perubahan dalam erti kata sebenar. Anak muda harus menuntut perubahan itu, bukan sekadar menunggu sambil menjerit di facebook dan twitter semata.

SAMM terus diterima oleh golongan muda dan semoga SAMM terus bergerak maju sebagai peneraju anak muda tanahair ini.

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Cubaan rompak lagi gagal | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 10 Sep 2012 04:49 PM PDT


TANJUNG MALIM, 11 Sept. : Sekumpulan lelaki bermotosikal merompak RM142,000 dan pelbagai barangan di dua stesen minyak di sini dan Hulu Bernam, Selangor, pada awal pagi Sabtu dan Ahad lalu.

 Kumpulan lelaki larikan RM142,000 dari stesen minyak

Bagaimanapun, cubaan kumpulan itu untuk merompak satu lagi stesen minyak gagal.

Guna tukul besi

Dalam ketiga-tiga kes itu, kumpulan berkenaan menggunakan penukul besi untuk memecahkan pintu kaca stesen minyak berkenaan.

Sumber berkata, dalam kejadian pertama di stesen minyak di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, jam 5 pagi Sabtu, kumpulan itu melarikan RM2,000 dari kaunter, satu komputer riba dan telefon bimbit milik pekerjanya.

Kira-kira 20 minit kemudian kumpulan sama cuba merompak stesen minyak di Jalan Persekutuan di Behrang 2020, berdekatan bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim tetapi gagal dan melarikan diri apabila alat penggera berbunyi ketika cuba memecahkan pintunya.

Rompak RM140,000

Dalam kes ketiga, awal pagi kelmarin, kumpulan lelaki sama merompak RM140,000 dari stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam arah selatan," katanya di sini, semalam.

Pekerja stesen minyak di Tanjung Malim, G Devenlee berkata, pada mulanya beliau menyangka kumpulan lelaki menaiki enam motosikal itu mahu mengisi minyak dan terkejut apabila seorang daripada mereka menggunakan penukul untuk memecahkan pintu kaca.

"Seorang daripada suspek meluru masuk dan memecahkan pintu pejabat, manakala tiga lagi menuju ke arah saya dan mengugut supaya menyerahkan wang dalam laci.

"Saya cuba melarikan diri melalui satu lagi pintu tetapi dihalang seorang suspek yang menunggu di pintu berkenaan. Mereka kemudian melarikan diri bersama wang tunai berjumlah RM2,000, komputer riba dan dua telefon bimbit saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan yang dihubungi mengesahkan menerima laporan rompakan di stesen minyak di Tanjung Malim dan cubaan merompak di stesen minyak di Behrang.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


masam manis: MENARA CONDONG <b>TELUK INTAN</b>, PERAK

Posted: 23 Sep 2012 09:10 PM PDT

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Kedudukannya terletak di 4' Utara dan 101.5' di Timur.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Perak menduduki tempat ketiga terbesar dan Teluk Intan merupakan bandar ke 3 terbesar di negeri Perak.
Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-18. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. 
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Pada 15 Mac 1882, Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Bila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu "Time Keeper" penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.

Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa di Itali. Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan jumlah  anak tangga sebanyak 110,  berbanding menara Pisa yang berketinggian 55 meter.

Nak tau apa yang menarik di dalam bangunan menara yang telah melebihi usia 100 tahun ni..
Jom kita intai-intai dekorasi menara yang unik ni bersama Dalili..


Sebelum melangkah masuk, jangan lupa dapatkan sedikit maklumat yang terdapat di pintu masuk bangunan menara.
Opppsss!! jangan lupa pula tinggalkan jejak!
Masa melawat pula tercatat di pintu masuk..
apalagi.. ambil lah kunci tu Dalili bagi kawan mak ni masuk nak tengok..!! hihi  Dinding bangunan pula di hiasi gambar-gambar lama, kesan sejarah dan peristiwa yang berlaku.
Tangga untuk naik ke tingkat atas

 Sekarang kita dah berada di tingkat 2 bangunan.. hihi gayat tak???
Dari tingkat 2 pula, kita boleh lihat lantainya yang menggunakan kayu, dan siling juga dari kayu.
Disini juga kita akan dapat lihat takal jam yang mengerakkan jam pada menara condong ini.

oppsss... ada satu lagi tingkat yang kita belum lawat.. jom ikut saya.. Ini lah tingkat atas sekali. Silingnya tu daripada besi atau aloy tak pasti.. Ada lubang di tengah dan terdapat tangga kecil yang boleh di tarik untuk naik ke atas. Tapi kita tak boleh naik sebab tak sampai.. hihi haa.. yang ni nampak jelas sikit kan lubang tangganya tu..
Inilah rupa bumbungnya yang bercirikan bumbung rumah tradisi masyarakat Cina. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. 
Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885.

Macam mana menarik tak menara condong ni.. Bila nak datang ke Menara Condong Teluk Intan ni..?? Jangan tak tau, bahawa Menara condong ni termasuk antara 7 keajiban yang terdapat di negara kita Malaysia.
makkkkk... ayah.. jangan tingalkan saya terpenjara di sini.. saya nak pulang...
Kepada yang teringin melawat salah satu dari tempat keajiban di Malaysia ni.. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan. Bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.

Leaning Tower of Teluk Intan
One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is "Jalan Ah Cheong" (refer below for links to more information and pictures of the Leaning Tower). more

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Ahli DAP keluar parti <b>di Pantai Remis</b>. - UtaraNews - The News Portal

Posted: 22 Sep 2012 03:00 PM PDT

Seramai 20 anggota DAP di Taman Bintang, Pantai Remis di sini, Sabtu mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Mereka berkata langkah menyokong BN itu dibuat apabila DAP tidak mengotakan segala janji yang ditabur selama ini. Seorang daripada mereka yang keluar parti, S. Ravee, 39, berkata beliau mengambil keputusan untuk keluar DAP kerana parti itu tidak menunaikan segala janji untuk membantu penduduk di kawasan itu.

 "Mereka juga janji untuk bagi kami satu ekar (0.4 hektar) tanah untuk kami bina rumah atau untuk buat projek tanaman selepas kami isi borang berharga RM60 tapi sampai sekarang janji itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu. Pada majlis itu, anggota DAP yang keluar parti bertindak memotong kad keahlian parti itu sebagai simbolik tindakan mereka menyertai BN. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas Datuk Azhar Ahmad berkata rakyat di kawasan itu mula sedar akan kesungguhan BN dalam membantu rakyat. Beliau juga yakin BN dapat menawan semula Parlimen Beruas pada pilihan raya umum ke-13. Pada pilihan raya umum lepas kawasan Parlimen itu dimenangi Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham manakala kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dimenangi Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.-BERNAMA

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Peraduan Foto Nikon <b>Di Ipoh</b> | MyNewsHub

Posted: 11 Sep 2012 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kelab Nikon Malaysia telah mengadakan pertandingan foto khas buat ahli kelabnya di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ia bertujuan bagi mendekatkan lagi ahli kelab itu supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

Pengurus Nikon Centre Kuala Lumpur, Alex Moh berkata, acara ini dilakukan pada setiap tahun untuk memberi ruang kepada ahli baru dan lama berkongsi idea dan pendapat masing-masing mengenai bidang fotografi.

'Pada pertandingan kali ini mereka akan tiga ahli akan di satukan dalam satu kumpulan dan mereka akan diberikan 35 soalan.

'Setiap jawapan perlulah diberi dalam bentuk gambar yang diambil di sepanjang perjalanan mereka menuju ke Padang Ipoh,' kata Alex menerusi kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Katanya, setiap ahli yang terbabit di dalam peraduan ini akan diberikan t-shirt Kelab Nikon dan beberapa barangan termasuk makan tengah hari.

Tambahnya, pertandingan ini juga akan membuatkan mereka sebagai pengguna Nikon berasa dihargai.

Sementara itu, peraduan ini telah di lancarkan sejak July 2011 lagi dan ia telah mempunyai kira-kira 18,000 ahli dari seluruh Malaysia.

Selain peraduan seperti ini, banyak lagi program yang telah dilakukan mereka seperti mengadakan pameran foto, membuat galeri gambar, bengkel, forum dan sebagainya.

Bagi pengguna Nikon yang masih belum menjadi ahli, anda boleh ke www.nikonclub.com.my untuk mendaftar secara percuma.

Segala maklumat mengenai aktivit kelab berkenaan juga boleh di dapati di laman web berkenaan.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Kongsikan Gambar Raya Anda dan Menang

Peraduan Foto Meriahnya Raya!

Jika Saya Perdana Menteri......

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Bas melekat belakang treler <b>di Slim River</b> | Oh Gitu Ke

Posted: 30 Aug 2012 10:32 PM PDT

Remy, Tiz sah putus cinta!
23 September 2012

KALI ini putus cinta yang ke-453! Sebaik sahaja petikan usikan yang ditulis sebuah portal hiburan it […]

Pengurus nafi Alyah akan lumpuh
23 September 2012

PETALING JAYA – Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-de […]

MAUT ANGKARA CINTA DITOLAK!
23 September 2012

Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul Syafika Jamaluddin, 24, maut akibat cedera parah di ke […]

Yuna Dan Qi Sah Putus Cinta
22 September 2012

Berita yang sedih buat peminat Yuna dan Qi . Dikhabarkan bahawa Yuna telah putus cinta dengan Qi. Te […]

Edry KRU Buat Hidung Baru?
21 September 2012

Edry KRU Buat Hidung Baru? Sudah menjadi adat dalam dunia seni hiburan tempatan, setiap kali munculn […]

Cantiknya Rumah Pereka iPhone
21 September 2012

Bagi mereka yang menggemari gajet-gajet elektronik rekaan Apple, mungkin tidak berapa mengenali siap […]

Dawn of the Dead (2004)
21 September 2012

A nurse, a policeman, a young married couple, a salesman, and other survivors of a worldwide plague […]

28 Weeks Later (2007)
21 September 2012

Six months after the rage virus was inflicted on the population of Great Britain, the US Army helps […]

Zombieland (2009)
21 September 2012

A shy student trying to reach his family in Ohio, and a gun-toting tough guy trying to find the Last […]

Bait (2012)
21 September 2012

A freak tsunami traps shoppers at a coastal Australian supermarket inside the building – along with […]

Noah, Peterpan Sama Hebat!
21 September 2012

Persembahan mantap Ariel. Menakjubkan! Itulah yang boleh digambarkan mengenai konsert Tentang Bahter […]

Anak Rina Meninggal Dalam Perut
21 September 2012

Selepas Rini kehilangan anak tercinta pada 17 Ogos lalu, semalam, 18 September adik kembar kepada Ri […]

Lady Gaga Sudah Berhijab?
21 September 2012

Lady Gaga dilihat mengenakan baju ala muslimah dan bertudung. Benarkah? Lady Gaga, satu-satunya figu […]

Misteri kota dalam gua
21 September 2012

GUA Kota Gelanggi yang terletak di daerah Jerantut, Pahang menyimpan pelbagai cerita ganjil dan mist […]

Elak Beri Anak Nama-Nama Ini
21 September 2012

TENTU kita pernah mendengar ungkapan, 'Apa Ada Pada Nama' bukan? Telah terbukti bahawa nama amat pen […]

Gemuk tapi stylish
21 September 2012

Georgina Doull, seorang gadis berbadan besar yang tinggal di Great Britain, telah membuat satu blog […]

5 Anak Rockstar Yang Seksi
21 September 2012

Para Rockstar yang selalu bersahabat dengan muzik keras ternyata mempunyai puteri-puteri yang lembut […]

Gempak…Alat Karaoke Portable
20 September 2012

Jika Anda ingin selalu berkaraoke ria dalam hidup Anda? Maka kini impian Anda itu dapat terwujudkan […]

Terima kasih Tun Dr Mahathir
20 September 2012

ULASAN Wajib beriman adanya Iblis dan pengikutnya yang dinamakan syaitan. Maka jadikan kenyataan Tun […]

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


SBDJ (Jilid 01) Siri 20: Memburu Raja Pukau | cerita.pun.bz

Posted: 16 Sep 2012 06:58 AM PDT

Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu. Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok. Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya. "Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk. "Kita tak percaya, awak memang handal." "Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum
lalu merapati Bah Lanjut. Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya. "Ke mana?" balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung
muka Bah Lanjut mengajukan pertanyan. "Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan
oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu. Sebelum panas terik mencengkam
perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri. Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat- kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali. "Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas. "Ini kerja mati," Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, "Kau jangan banyak kerenah," cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya. "Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu.
Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan ka¬wasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain. "Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu,
saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan
kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam
kebanyakan gua di Malaysia. Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan-Iahan pada akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah. "Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh
kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang. Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di bawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang
berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki. Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut. Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat -cepat datuk mengelak. "lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang secara mendadak
menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah. "Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut. "Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan
dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh
ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung. "Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya. "Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membalas dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut. Sejak dari peristiwa itu kawasan
perkampungan orang asli di Kampung Raja- Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat-ayat al Quran. Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Islam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya me¬nganut agama Islam. Dua hari sebelum meninggalkan kampung
orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang. Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya. "Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia boleh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin. Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong. Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Cameron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis. Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya. Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan
rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda- tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan. Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya. Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang paling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan. Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu- ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walau bagaimana pun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi. Pengalaman-
pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar
keistimewaan-
keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya. Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang
berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini. "Kau jangan ikut macam
datuk kau," kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk yang duduk disisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan. "Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia
merenung muka nenek sambil berkata, "Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?" "Sudah." "Sudah bagaimana?" balas datuk lagi. "Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama." "Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?" "Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna", begitu nenek memberikan
pendapatnya dalam hal tersebut. Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman. Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya. Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas. "Apa hajatnya'?" tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Mai-din dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya. Datukpun
mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka. Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah. "Perkara yang benar- benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah", Din Kerani memberitahu datuk. Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama. "Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk. "Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup." "Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada di rumah." "Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang. "Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus. "Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya." "Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang. "Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?", soal datuk. "Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani memberikan
penerangan. Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka
jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun tidak tahu. Malam itu selepas menunaikan
sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya. "Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil
memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding. "Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk. Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu. "Kenapa pula?" "Saya sudah malas dengan kerja ini." "Orang minta tolong, mestilah ditolong." "Saya faham, tapi ... ," datuk tidak meneruskan kata-kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya. Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain. Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ. "Kenapa tok?" tanya saya. datuk renung muka saya. "Perkara ini berat," jawabnya. "Sebab?" "Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat. "Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan
penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur. Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh kawasan
kampung itu sudah dijalaninya. Datuk sudah
memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan
kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau. Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya. Alasan datuk memerlukan pondok itu
ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan. Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani. "Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan
kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia. Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang
yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai. "Orang ini menggunakan
tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa," datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ. Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki. "Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya lihat tangannya tidak apa- apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus. "Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya.
Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang. "Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak
silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung," tambah datuk. Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibu jarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya orang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek. "Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok. "Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang- barang yang di rumah," tambah datuk lagi. "Kenapa jadi begitu tok?" "Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya
dan dia menguji." "Siapa yang handaI dalam hal ni tok?" "Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu." Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya. Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua kampung. Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak- geri manusia bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali. Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam-hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak. Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak.
Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau
busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat. "Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Hospital Daerah <b>Kerian</b> Akan Dibina Secara Berperingkat-peringkat <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:05 AM PDT

Susulan cadangan projek membina sebuah hospital baru di Daerah Kerian , Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Pejabat Pembangunan Negeri sudah menerima surat dan bersetuju untuk menyenaraikan projek itu dalam Rolling Plan Ketiga.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada cadangan awalnya mahu pembinaan projek hospital di daerah tersebut dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

"Kita telah menerima surat dan secara rasminya ia akan dimasukkan dalam Rolling Plan Ketiga," katanya.

Zambry berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai serta Jamuan Hari Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Bakir, Sungai Gedong, dekat Bagan Serai, hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri juga dalam rangka cadangan menambah jumlah bilik di hospital tersebut.

"Pada awalnya kerajaan mahu menyediakan 100 bilik tetapi kita sedang mengusahakan untuk menambah kemudahan itu menjadi 300 buah bilik," ulasnya lanjut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata hospital yang bakal dibina di Simpang Lima telah menjalan upacara pecah tanah pada tahun 2008.

Difahamkan, pembinaan hospital baru itu akan menggantikan hospital lama di Parit Buntar yang bakal dirobohkan sebaik sahaja projek pembinaan hospital di Simpang Lima itu dimulakan.

"Hospital di Parit Buntar itu sudah terlalu lama jadi sebaik sahaja projek pembinaan hospital baru ini dilaksanakan, hospital itu akan dirobohkan," jelasnya.