Isnin, 24 September 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Hospital Daerah <b>Kerian</b> Akan Dibina Secara Berperingkat-peringkat <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:05 AM PDT

Susulan cadangan projek membina sebuah hospital baru di Daerah Kerian , Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Pejabat Pembangunan Negeri sudah menerima surat dan bersetuju untuk menyenaraikan projek itu dalam Rolling Plan Ketiga.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada cadangan awalnya mahu pembinaan projek hospital di daerah tersebut dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

"Kita telah menerima surat dan secara rasminya ia akan dimasukkan dalam Rolling Plan Ketiga," katanya.

Zambry berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai serta Jamuan Hari Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Bakir, Sungai Gedong, dekat Bagan Serai, hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri juga dalam rangka cadangan menambah jumlah bilik di hospital tersebut.

"Pada awalnya kerajaan mahu menyediakan 100 bilik tetapi kita sedang mengusahakan untuk menambah kemudahan itu menjadi 300 buah bilik," ulasnya lanjut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata hospital yang bakal dibina di Simpang Lima telah menjalan upacara pecah tanah pada tahun 2008.

Difahamkan, pembinaan hospital baru itu akan menggantikan hospital lama di Parit Buntar yang bakal dirobohkan sebaik sahaja projek pembinaan hospital di Simpang Lima itu dimulakan.

"Hospital di Parit Buntar itu sudah terlalu lama jadi sebaik sahaja projek pembinaan hospital baru ini dilaksanakan, hospital itu akan dirobohkan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan