Isnin, 7 Januari 2013

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Cuti2 Malaysia: Hari Kedua <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b> - Dream Become <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 05:10 AM PST


pandangan malam hotel yang kami singgah...
pagi2 di Pangkor memang best...iyelah pergi bercuti mestilah bersemangat kan...kalau bekerja adoo je monday blues dan macam2 lagi...hihi..
selepas BF kami pun pergi lagi ke pantai Bogak...tujuan asal nak pusing2 pulau yang adoo kat situ...tapi tunggu punya tunggu boat tak sampai2..jadi kami pun plan nak pusing2 daratan Pangkor dulu apa yang adooo...bincang punya bincang dengan driver teksi van pinky tu akhirnya dapat jugak pusing2 daratan..
cuma kekurangan teksi kat sini...takde aircond ye..memang angin asli punya....sempoi2 bahasa gitu...hikhik...
dan yang bestnya walaupun driver teksi chinese tapi sangat sporting dan friendly gitu...dia lah yang menjadi pemandu pelancong kami...ikut suka kami tanya terus dilayan je oleh dia...hahaa..
sepanjang perjalanan tu bermacam2 di ceritanya...memang terbaik lah servis dia...dan yang pasti harga pakej kami pun terbaik jugak...huhu...
mula2 kami singgah di satu pantai ni...lupa pulak nama apa..hihi...driver teksi tunggu dan suruh kita bergambar dulu kat sini...dah abis shooting baru kita sambung pusing2 lagi......kalau ikut kan jalan2 menghala ke teluk Nipah agak tajam jugak selekoh dia dan berbukit2 gitu...kalau first time drive memang takut jugak la...terutama kalau naik motor...^^ terlupa pulak kedai ni nama apa...yang pasti kami terbeli jugak...^^

kami teruskan perjalanan ...dan kali ini kami singgah pulak di kedai menjual sotong/ikan kering...kedai ni nama lupa la pulak..iyelah nama cina gitu kan...agak sukar la JS nak ingat..hikhik......mula2 singgah rasa cuak jugak....tapi bila dibaca ada logo halal yang ditampal di kedai dia...baru hilang was2 kami...lagi pun time kami sampai rupanya ramai jugak orang melayu yang dibawa singgah kat kedai sini....

pameran di muzium yang sangat simple ..masuk pasti adalah FOC...^^

selesai shopping ole2 untuk dibawa pulang...kami singgah pulak muzium Pangkor...kat sini ada la sedikit info pasal sejarah Pangkor...time kami penjaga muzium tu sangatlah ramah dan sudi pulak berkongsi cerita pasal Pangkor dengan kami.....
kemudian kami dibawa pulak berkunjung di mini tembok cina...kira ala2 tembok besar kat china la kot...time kat sini kami pusing2 sekejap...hanya sekadar singgah beli keychain dengan FM je...hihi..
dan akhir sekali tempat persinggahan yang dipakejkan adalah Ducth Port...kiranya kubu time Belanda dahulu...time kat sini sempat pulak shopping baju Pangkor...haha..memang kerja habiskan duit je lah...^^ nasib baik encek HEMSEM sporting...time ni dah panas dah kat atas kepala...rasanya dah hampir 2 jam kami pusing daratan Pangkor...memang time ngam2 dengan pakej yang diberikan...nak singgah kat jeti Pangkor dah tak boleh..kalau idak pakej jadi lain pulak...huhu
selesai je lawatan pendek di daratan Pangkor kami balik semula ke hotel kami di Coral Bay...
dan dalam jam 5 petang kami mengambil teksi untuk ke pantai teluk Nipah...
kebetulan time kami pusing2 tu terpandang la tempat ni...nampak ramai orang dan deretan kedai pun banyak...kami sempat pusing2 tapi tak best sangat lah sebab pantainya agak kotor sebab terlalu banyak kedai2 di tepi pantai situ....tak sampai 1 jam kami pun ambil teksi balik semula ke Coral Bay...
tak sangka jumpa burung ini time singgah kat pantai teluk Nipah...dekat pulak tu boleh ambil gambar dia....hikhik..

ini lah sebahagian daripada panorama di pantai teluk Nipah...tetapi yang pasti kami telah jatuh cinta dekat pantai pasir Bogak....hihi
malam pulak kami hanya pusing2 area Coral Bay...ada la beberapa deretan kedai yang menjual souvenior dan baju Pangkor...disamping itu ada juga gerai2 menjual burger/jagong dan kedai tomyam...tapi kami takde la nak menjamu selera lagi sebab dah makan kat hotel kan...dah kenyang dah time tu...hikhik..
akhirnya yang jadi mangsa adalah adik ni...yang tukang tulis2 keychain kami...
iyelah ini je yang menarik minat kami sebab malam kan takde sangat aktivitinya...
last2 balik bilik lepak tengok tv...hahaaa..  adik inilah yang menjadi mangsa kami setiap malam untuk menulis keychain...hahaa

-entry bersambung lagiii-

> Tambang teksi pusing2 daratan Pangkor (4 orang) RM70.00
> Tambang teksi (Coral Bay pantai Bogak ke pantai teluk Nipah) RM15.00 (sehala)

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Terbaek lah! Lagi billboard PR <b>di Bagan Datoh</b>!!! (berita bergambar <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 05:32 AM PST

×

Jurufoto : Hanabira

Korang masih ingat tak? 12 hb Disember yang lepas aku dah tulis pasal billboard pertama. Yang tu memang dekat sangatlah dengan rumah orangtua Zahid Hamidi! Tiap kali dia nak balik kampung mesti jumpalah billboard tu.

Tiga hari lepas masa aku memandu nak hantar anak dara aku ke sekolah sesi petang, aku nampak beberapa orang sedang memacak tiang di situ. Semuanya aku kenal  sebab depa tu rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Orang Pas ada. Orang PKR pun ada. Malahan  tuan tanah tempat depa menaikkan billboard tu pun aku kenal sangat-sangat! Oleh kerana aku nak cepat sampai ke sekolah anak,  aku tak berhenti tapi aku kasi hon kuat-kuat sama depa!

Masa balik, aku tengok billboard yang ke dua tu dah tertegak! Jarak antara billboard yang pertama dengan yang ni aku agak-agaklah, dalam 3km – 4km rasanya. Menurut sumber yang boleh dipercayai, memang PR nak pasang banyak lagi billboard begini di Parlimen Bagan Datoh!

Sehingga hari ni, billboard yang pertama tu masih utuh di tempatnya. Aku harap yang ini pun takde sapa berani kacau. Ini negara demokrasi maaa…Sapa-sapa nak tegakkan billboard , silakan ..asalkan jangan pacak kat tanah kerajaan! Dua-dua billboard kat BD ni dalam tanah persendirian orang Pas.  Sapa-sapa yang berani nak tumbangkan, memang otak dia penuh sawang!

( Daripada korang tumbangkan billboard yang tak bersalah tu, baik korang jelajah laman sesawang..ada baaaaaanyak maklumat terkini yang korang kena tau pasal kerajaan yang ada sekarang ini…Deepak, Deepak, Deepak…ini apa cerita bhai????)

Related posts:

Filed Under: Dari MediaPerakHanabira

Terbaek lah! Lagi billboard PR <b>di Bagan Datoh</b>!!! (berita bergambar)

Posted: 05 Jan 2013 06:05 AM PST


Korang masih ingat tak? 12 hb Disember yang lepas aku dah tulis pasal billboard pertama. Yang tu memang dekat sangatlah dengan rumah orangtua Zahid Hamidi! Tiap kali dia nak balik kampung mesti jumpalah billboard tu.
Tiga hari lepas masa aku memandu nak hantar anak dara aku ke sekolah sesi petang, aku nampak beberapa orang sedang memacak tiang di situ. Semuanya aku kenal  sebab depa tu rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Orang Pas ada. Orang PKR pun ada. Malahan  tuan tanah tempat depa menaikkan billboard tu pun aku kenal sangat-sangat! Oleh kerana aku nak cepat sampai ke sekolah anak,  aku tak berhenti tapi aku kasi hon kuat-kuat sama depa!
Masa balik, aku tengok billboard yang ke dua tu dah tertegak! Jarak antara billboard yang pertama dengan yang ni aku agak-agaklah, dalam 3km – 4km rasanya. Menurut sumber yang boleh dipercayai, memang PR nak pasang banyak lagi billboard begini di Parlimen Bagan Datoh!
Sehingga hari ni, billboard yang pertama tu masih utuh di tempatnya. Aku harap yang ini pun takde sapa berani kacau. Ini negara demokrasi maaa…Sapa-sapa nak tegakkan billboard , silakan ..asalkan jangan pacak kat tanah kerajaan! Dua-dua billboard kat BD ni dalam tanah persendirian orang Pas.  Sapa-sapa yang berani nak tumbangkan, memang otak dia penuh sawang!
( Daripada korang tumbangkan billboard yang tak bersalah tu, baik korang jelajah laman sesawang..ada baaaaaanyak maklumat terkini yang korang kena tau pasal kerajaan yang ada sekarang ini…Deepak, Deepak, Deepak…ini apa cerita bhai????)
- media perak

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


VIDEO MALAM APRESIASI KEMANUSIAAN <b>DI TELUK</b> <b>...</b> - intanhijau 2

Posted: 06 Jan 2013 12:16 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Video krisis air di Selangor siaran TV3 sebenarnya berlaku di Johor ??- mai tengok dan nilai sendiri - Orenji Ren Oren melaporkan di Fb seperti berikut *Rakaman visual krisis air di Johor di'recycle' untuk menunjukkan ...

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Pusat Rawatan Islam At-Tobibi: Rawatan <b>Di Seri Manjung</b> & Sabak <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 07:37 PM PST

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.
Alhamdulillah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan di Manjung, Perak & Sabak Bernam Selangor seperti mana berikut:

Tarikh  : 05 Januari 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Seri Manjung Perak.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm

Tarikh  : 06 Januari 2013 (Ahad)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Sabak Bernam, Selangor.
               (No. 48, Lorong C, JLN Menteri, Taman Sabak, 45200 Sabak Bernam)
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.



*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Kedah Bakal Jadi Negeri <b>Jelapang</b> Lumpur - Pemuda UMNO Malaysia

Posted: 19 Dec 2012 04:19 AM PST

Kategori Isu-Isu Blogger

Kedah Bakal Jadi Negeri Jelapang Lumpur

Utusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing.  Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat.

Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya.

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan 'standard' kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar.  Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar.

Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang 'menggila' iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan.

Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya.  Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: "kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.

Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal.

Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang."

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka.

Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri."

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui 'tender terbuka' tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut.

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan.  Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan.

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato' Seri Syed Razak dan Dato' Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan.  Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL.

Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap 'menggila' sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali.

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka 'buat tak tahu'.  Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang 'tidak tahu apa-apa' ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan.

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco.  Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur.  Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri.  Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar.

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun.  Kata beliau:

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la.  Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

— Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar 'buat-buat tak tahu'?   Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur…

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.

isuhot.com

Berita Bertarikh Pada 12:19 PM

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Orang ni: Artis pelakon dan pelawak popular era 90an dari <b>Bukit</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 08:46 AM PST

Artis yang dimaksudkan bersama Pakatan Rakyat ialah Ahmad Busu merupakan seorang pelawak dan pelakon di Malaysia yang cukup popular di era 1990an.

Ahmad Busu atau polular juga dengan watak Mat Deris ini berasal dari  kampung Temelok Trong Perak (Parlimen Bukit Gantang).

Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.

Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu semakin kurang beraksi dalam dunia. Apatah lagi kini beliau dikatakan menderita pelbagai penyakit seperti diabetes.

Menurut sumber beliau sekarang  lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa lapangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.

Nama Ahmad Busu sekarang kembali panas disebut-sebut kembali apabila tersiar gambar beliau bersama beberapa ahli Pakatan Rakyat negeri Selangor di sebuah laman FB.

Aku tidak menolak kemungkinan Ahmad Busu semangnya bersama dengan Pakatan Rakyat memandangkan keluarga dikampung kelahiranya juga dikatakan orang kuat PAS di DUN Trong Perak.

Aku tak kisahlah Abg Ahmad Busu tinggal dimana atau jadi pengundi di mana sekalipun, samada di Bukit Gantang Perak atau di Klang Selangor..janji sokong Pakatan Rakyat...hahaha...

Syukur...seorang demi seorang artis tanahair mulai berani dan bersemangat tampil bersama Pakatan Rakyat...

Kepada artis-artis yang masih berasa segan silu tampil kedepan menyokong PR...tak apa....Asalkan Bukan UMNO....ABU...hahaha....

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Kedahkini: HOT ! CUBA TEKA POSTER NIE <b>DI BAGAN SERAI</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 04:04 AM PST

Kementerian Alam Sekitar Negara Jerman letak hadith ''Senyum untuk saudaramu ialah sedekah" di tempat awam :)


German Environment Ministry decided to officially put this poster in public places.

It says:

"Your smile for your brother is charity."

(Prophet Muhammad)

وزارة البيئة الالمانية تقرر رسميا وضع هذة اللوحة بالأماكن العامه في المانيا
مكتوب فيها باللغه الألمانيه :

تبسمك في وجه اخيك صدقة
(النبي محمد )

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Husna Arissa dan Imran Faiz: Pengalaman <b>Di</b> Lost World of <b>Tambun</b>

Posted: 02 Dec 2012 06:58 AM PST

Assalamualaikum...
Pejabat Ayah telah menganjurkan Hari Keluarga (Family Day) untuk staff bahagian Ayah. Oleh kerana Ayah akan meninggalkan pejabat Ayah atas sebab Ayah akan sambung belajar Sarjana, maka Family Day ini pun menjadi program/majlis perpisahan untuk Ayah dan kakitangan pejabat Ayah selama 5 tahun ini.
Yang seronoknya, Mak, Husna dan Faiz tumpang gembira sebab dapat pergi ke Lost World of Tambun di Ipoh. Program Family Day ni cuma 1 hari sahaja, tidak ada bermalam. Oleh itu, kami bergerak dari Kuala Selangor ke Tambun dari pukul 7.00 pagi dan sampai di Tambun pada pukul 10.30 pagi. Kami menggunakan jalan dari Kuala Selangor - Bukit Tagar - Lebuhraya PLUS - exit Ipoh - Tambun.
Mohon maaf pembaca sekalian, kami tidak dapat memberikan butiran lengkap yang lain seperti harga tiket, tempat tidur dan sebagainya kerana semuanya telah diuruskan oleh urusetia (Pejabat Ayah). Mungkin lain kali kami akan datang lagi ke sana untuk membuat liputan yang lebih lengkap.




























Selepas mandi-manda, kami bergerak ke Petting Zoo. Tempat ini amat menarik sebab terdapat banyak jenis haiwan yang menarik dan kebanyakannya haiwan kecil seperti rakun, ular, guinea pig, ikan, parrot, merak dan sebagainya. Yang seronoknya, terdapat binatang yang jinak sangat dan boleh didekati, disentuh dan diberi makan. Cuba tengok gambar di bawah.











Selepas Petting Zoo, kami bergerak ke arah persembahan memberi harimau makan. Di sepanjang perjalanan, pemandangannya memang menarik dan Lost World of Tambun mengekalkan hutan yang asal di dalam lanskapnya. Itulah yang menakjubkan.






Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, program di Lost World of Tambun ini singkat sangat dan kami tergesa-gesa untuk keluar pada pukul 3.00 petang sebab ada Majlis Makan Malam pula di Ipoh. Mungkin di entri yang lain kami akan mengunjungi lagi Lost World of Tambun dan ceritakan semua. Bye

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>KUALA SEPETANG</b> ECO TOURISM Mangrove Tour, Bird Watch <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 08:34 PM PST

Keluarga Pn Fauziah dari KL dan Puan Khoo dari Penang
Aktiviti nelayan iaitu menyauk kerang dan memancing amat menggembirakan si kanak-kanak.

Puan Fauziah bertanya samada perlu memakai pakaian basah untuk aktiviti menyauk kerang kerana katanya semasa di Terengganu dulu mereka mengagau kerang.

Di Kuala Sepetang lebih mudah dan sesiapa saja boleh merasai bertapa mudahnya untuk mendapatkan kerang.

Dengan hanya menggunakan penyauk ikan saja dan sauklah dipermukaan lumpur anda akan dapat merasai ketetukan kecil kerang yang berlanggar dengan bingkai sauk.

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Projek Proton City Akan Diperluaskan, Tidak Tertumpu Hanya <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 01:23 AM PST

Pembangunan bandar automotif yang dilaksanakan PROTON tidak akan tertumpu di kawasan Tanjung Malim sahaja malah diperluaskan hingga ke beberapa kawasan lain yang berdekatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pembangunan juga akan diperluaskan hingga ke beberapa kawasan lain di selatan Perak termasuklah Sungkai dan Bidor.

Beliau berkata, pihak PROTON juga akan mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka dan syarikat kecil yang berkaitan untuk bersama-sama syarikat itu menjayakan projek membangunkan bandar automotif di selatan Perak.

"Projek ini pada asalnya tidak dapat direalisasikan tetapi akhirnya berjaya dilaksanakan di bawah pelan Perak Aman Jaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah pusat industri automatif nasional di selatan negeri ini.

"Hasil daripada siri perbincangan dengan kerajaan negeri, pihak Proton membuat keputusan membangunkan semula Tanjung Malim sebagai
hub industri automatif negara," kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Executive Talk Bil 1/2013 bersama penjawat awam di Bangunan SUK, di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kilang Proton di Proton City, dekat Tanjung Malim baru-baru ini turut memberi impak besar kepada perancangan pembangunan bandar automatif.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga kata Zambry, merancang menjadikan kawasan sekitar selatan negeri sebagai salah sebuah pusat pembangunan utama negeri dalam jangka masa lima tahun akan datang.

"Berdasarkan perancangan, pembangunan di Tanjung Malim dalam tempoh lima tahun ke dan ke hadapan akan bertambah pesat dan dijangka akan turut menyumbang kepada pembangunan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang," katanya lagi.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


<b>Manjung</b> Mari: Masih ada lagi mufti <b>di</b> Malaysia yang berani - Siapa ?

Posted: 02 Jan 2013 05:36 AM PST

Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor...

Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury...




Dimana amalan musyawarah yang disarankan oleh Islam ?

Namun ada lagi mufti yang berani dan ada juga yang cerdik ambik jalan selamat... 
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman pula membayangkan tidak akan hadir forum berkenaan.

"Kita dahulukan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Wan Zahidi Wan Teh). Mereka ada bukti dan lebih awal mengemukakan isu berkenaan, mereka yang patut hadir," katanya tetapi enggan mengulas panjang

Tahniah buat Mufti Perlis... 
Mufti Juanda setuju siar secara langsung

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bersedia untuk hadir dan bersetuju jika ia disiarkan secara langsung.
"Saya amat bersetuju kalau siaran secara langsung dan telus. Amat besar harapan umat Islam supaya isu ini dileraikan dan semua pihak perlu jujur untuk Islam," katanya.

Teringat balik kisah kerja haji Najib 2 tahun lalu, mufti mana yang berani buat teguran ?