Isnin, 7 Januari 2013

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Projek Proton City Akan Diperluaskan, Tidak Tertumpu Hanya <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 01:23 AM PST

Pembangunan bandar automotif yang dilaksanakan PROTON tidak akan tertumpu di kawasan Tanjung Malim sahaja malah diperluaskan hingga ke beberapa kawasan lain yang berdekatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pembangunan juga akan diperluaskan hingga ke beberapa kawasan lain di selatan Perak termasuklah Sungkai dan Bidor.

Beliau berkata, pihak PROTON juga akan mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka dan syarikat kecil yang berkaitan untuk bersama-sama syarikat itu menjayakan projek membangunkan bandar automotif di selatan Perak.

"Projek ini pada asalnya tidak dapat direalisasikan tetapi akhirnya berjaya dilaksanakan di bawah pelan Perak Aman Jaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah pusat industri automatif nasional di selatan negeri ini.

"Hasil daripada siri perbincangan dengan kerajaan negeri, pihak Proton membuat keputusan membangunkan semula Tanjung Malim sebagai
hub industri automatif negara," kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Executive Talk Bil 1/2013 bersama penjawat awam di Bangunan SUK, di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kilang Proton di Proton City, dekat Tanjung Malim baru-baru ini turut memberi impak besar kepada perancangan pembangunan bandar automatif.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga kata Zambry, merancang menjadikan kawasan sekitar selatan negeri sebagai salah sebuah pusat pembangunan utama negeri dalam jangka masa lima tahun akan datang.

"Berdasarkan perancangan, pembangunan di Tanjung Malim dalam tempoh lima tahun ke dan ke hadapan akan bertambah pesat dan dijangka akan turut menyumbang kepada pembangunan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan