07 di hutan melintang - Google Blog Search |
- WAMOZUWAHA: Trip to <b>Hutan Melintang</b>, Perak.
- Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan <b>Hutan Melintang</b>
- Tanah Untuk <b>di</b> Jual <b>di</b> Sungai Sumum <b>Hutan Melintang</b>, Perak
WAMOZUWAHA: Trip to <b>Hutan Melintang</b>, Perak. Posted: 19 Jan 2012 09:09 PM PST Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis lepas aku telah pergi berjalan-jalan ke rumah rakan karib (Zulkhair) aku di Hutan Melintang, Perak. Alkisahnya macam ini. Pada 20 Januari (hari ini) aku ada temujanji dengan Supervisor aku di fakulti. Disebabkan kitorang dah start bercuti pada 16 Januari, so lagi empat hari aku tak tahu nak buat apa kat bilik. Nak balik kampung pulak nanti kena datang lagi ke UPM. So, kawan aku ajaklah aku ke rumah beliau. Hajatnya dia hanya nak menghantar balik motor beliau ke kampung sebab cuti sebulan kan. Lagipun 21 Januari dia nak datang UPM sebab nak ke Johor untuk ke kenduri kahwin kosmet beliau (aku pun ikut sama juga). Disebabkan kawan aku sedikit lambat bab-bab jalan, walaupun dah berpuluh-puluh kali dia balik kampung dia masih tak ingat jalan pulang. Sebelum ini dia follow orang kampung dia yang belajar sama kat UPM. Aku pun tak tahu jalan ke Hutan Melintang. Aku hanya jadi pembonceng tegar sepanjang perjalanan. Ya, kami sesat entah kemana-mana ntah. Dengan kebijaksanaan yang aku ada, aku pun mengeluarkanlah henfon aku yang ada GPS. Aku sebenarnya tak reti nak guna GPS nih. Disebabkan dah terlampau terdesak dan darurat, tiba-tiba aku telah berjaya menggodek-godek GPS aku nih. Hureyy.. akhirnya aku reti jugak guna benda alah yang canggih ini. So, sepanjang perjalanan kami ikut GPS ja. Haha. Dan akhirnya sampai ke rumah beliau. Hari pertama, balik jumpa parents dia then terus tidur sebab letih yang teramat. Naik motor hampir 5 jam sampai kematu punggung segala. Petangnya Zul ajak aku ke Bagan Datoh. Katanya ada jeti dan laut. Pejalanan hampir 45 minit itu akhirnya menemukan aku dengan Jeti Bagan Datoh. Air laut yang keruh itu membuatkan aku terfikir, ada buaya ke tak ek dalam laut ni? Mungkin ada… Hari kedua aku ke Teluk Intan yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson. Pergi ke Menara Condong tapi nasibku malang sebab tak dapat masuk ke dalam menara itu. Kemudian kami ke Big Cinema untuk tengok wayang. Si Zul ni beriya-riya nak tengok wayang sebab nak tunjuk kat aku yang tempat dia ada cinema. Kira macam lagi majulah dari tempat aku. Kami tengok filem Sesuatu Yang Tertinggal. Alangkah terkejutnya kami dua orang je penonton filem itu pada ketika itu. Dah lah cerita hantu seram segala... _ _|| Kemudian kami ada pergi ke pasar tani yang berdekatan dengan tempat tu. Then beli hadiah untuk kawan Zul yang nak kahwin tu. Lepas tu balik then tidur sebab letih. Petangnya pulak Zul bawak aku jumpa kengkawan dia kat sana. Melepak. Then bawak gi jumpa nenek dia. Embah Surti nama neneknya. Bah Surti duk sorang kat rumah. Tapi dekat je dengan rumah parents Zul ni. Hari ketiga pagi-pagi lagi kami naik bas balik UPM. Sampai kat Sg Buloh, kami turun then naik komuter dari Sg Buloh ke Serdang. Adila ambik kitorang kat Serdang dan kemudian kami pergi makan dan jenjalan. Best pergi rumah si Zul nih. Duduk rumah dia lepak dengan kengkawan sekampong dia rasa macam orang kampung sebenar. Bila balik kampung sendiri duk terperap kat dalam rumah je sebab tak ada geng nak lepak. Haha.. Thanks Zul serta Mak dan Ayah dia. Full content generated by Get Full RSS. |
Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan <b>Hutan Melintang</b> Posted: 15 Jan 2012 10:17 PM PST HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran. Difahamkan, kegiatan lanun dan pihak berkuasa negara jiran yang sengaja menceroboh perairan Malaysia sebelum merampas bot pukat tunda nelayan tempatan bukan perkara baru berikutan berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
"Setiap bot pukat tunda dirampas bernilai antara RM500,000 hingga RM1 juta bergantung kepada jenis peralatan penangkapan ikan dan peralatan komunikasi canggih digunakan.
Beliau berkata, kawasan nelayan di Hutan Melintang di sini, mempunyai kira-kira 500 bot pukat tunda dengan jumlah 4,000 nelayan.
"Kami berharap Kementerian Pertahanan mengarahkan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan lebih kerap di perairan negara terutama membabitkan kawasan sempadan perairan antarabangsa," katanya.
Full content generated by Get Full RSS. |
Tanah Untuk <b>di</b> Jual <b>di</b> Sungai Sumum <b>Hutan Melintang</b>, Perak Posted: 16 Nov 2011 04:40 AM PST Ada reader blogger dari Bagan Datoh nak let go tanahnya di Hutan Melintang. Susah nak cari seller yang nak jual tanah sekarang ini.Hutan Melintang pun tengah pesat membangun, macam2 dah ada, yang terbaru adalah pasaraya billion. Tambahan lagi sekarang ini Bagan Datoh dah ada Sekolah Sains, dan pembinaan cawangan kampus UITM dan pengkalan Tentera Laut akan di bangunkan dalam masa terdekat. Kalau ada yang ada plan bila bersara nanti nak tinggal kampung inilah masanya untuk membeli tanah. Tanah makin hari bukan makin murah yea.. itu realitinya. Buat masa ini tanah ini ditanam dengan tanaman kelapa. Siapa2 yang ada bakat mengait buah kelapa or boleh panjat pokok kelapa inilah masa anda buat duit. Buah kelapa siap mesin di area rumah aku RM2.50.. Kalau siapa2 yang berminat boleh menghubungi owner tanah melalui email iaitu mgtarfn@gmail.com Details tanah adalah seperti berikut lokasi : tepi jalan kampung yang bertar. |
You are subscribed to email updates from di hutan melintang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan