Khamis, 17 Januari 2013

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


MARIA DILANCARKAN <b>DI IPOH</b> « AL-KURAUWI

Posted: 13 Jan 2013 07:06 AM PST

Majlis Pelancaran 25 buah buku karyawan Perak

Majlis Pelancaran 25 buah buku karyawan Perak

SAYA  tidak hadir membawa novel "Namaku Bukan Maria" ke Ipoh, Perak sempena majlis Pelancaran 25 Buku Penulis Perak  pada 30 Disember 2012 yang lalu. Namun berbesar hati dan berbangga Persatuan Karyawan Perak yang dipimpin oleh Presidennya Tuan Haji Zainuddin memilih "Namaku Bukan Maria" untuk dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman.

Saya difahamkan, majlis pelancaran itu mengambil semangat daripada Pesta Buku Perak 2012 bertempat di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh. Janji Datuk Hamidah Osman, sebuah galeri sudut kekal di Perpustakaan Awam Negeri akan dibuka bagi menempatkan buku-buku karya penulisan anak Perak berserta biografinya. Lebih manis lagi, pihaknya akan menyumbang dana sebanyak RM10,000 untuk pembelian buku-buku penulis Perak bagi ditempatkan di galeri berkenaan.

Insya-Allah, jika punya kesempatan mahu juga berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri. Mahu melihat wang yang dibahagi-bahagikan sebanyak RM10,000 untuk pembelian 25 buku penulis Perak yang dilancarkan pada 30 Disember 2012 itu.  Kalau benar, seorang penulis boleh berbangga melihat rak bukunya di Perpustakaan Awam Negeri setelah dibeli dengan nilai RM400 seorang. Walau bagaimanapun, jika jumlah itu dibahagikan kepada seluruh karyawan Perak, saya tidak pasti, berapa naskhah buku yang tinggal.

Jangan dilihat sangat berapa hasil yang diperoleh oleh penulis, mari kita memuji usaha yang dibuat oleh Persatuan Karyawan Perak, Perpustakaan Awam Negeri, dan Kerajaan Negeri Perak demi memartabatkan ilmu dan  mengangkat budaya membaca. Saya yakin ramai lagi penulis Perak yang cemerlang namun belum didendangkan. – al-kurauwi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan