Khamis, 17 Januari 2013

07 di beruas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di beruas - Google Blog Search


RM49 Juta Kos Bina Jambatan, Jalan <b>Di</b> Sekitar Lumut Dan <b>Beruas</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 03:53 AM PST

Sejajar dengan slogan Janji Ditepati yang dilaungkan Barisan Nasional (BN), sejumlah RM49 juta diluluskan kerajaan Pusat dan negeri bagi membiayai kos membina jambatan dan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Lumut dan Beruas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk membina jambatan menghubungkan penduduk Kampung Batu dan Kampung Teluk.

"Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha telah merasmikan majlis pecah tanah projek itu tahun lalu  dan ia sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada 2015.

"Mereka (penduduk) tidak perlu membuat pusingan sejauh 45 minit untuk ke Kampung Teluk dan Kampung Telaga Nenas kerana jambatan ini dapat menghubungkan secara terus, sekaligus memudahkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Kerja di DUN Pengkalan Bharu yang berlangsung di Arena Square, dekat Beruas, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Pengkalan Bharu Datuk Hamdi Abu Bakar dan Penasihat Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn.

Katanya, projek yang berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu merupakan sebahagian janji kerajaan BN kepada penduduk kampung yang memohon agar laluan di kampung itu dinaiktaraf.


Selain pembinaan jambatan dan laluan baru, peruntukan itu turut melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan di kawasan Lubuk Pusing.

"Di Kilometer 11, keadaan jalannya agak merbahaya terutama di kawasan selekoh jadi kerja-kerja meluruskan jalan telah dilakukan yang melibatkan kos berjumlah RM6 juta," katanya.

Peruntukan yang disumbangkan oleh kerajaan Pusat dan negeri itu turut meliputi pembinaan jalan alternatif menghubungkan Ayer Tawar dan Pantai Remis yang melibatkan kos berjumlah RM8 juta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved