Selasa, 20 November 2012

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Peningkatan Nilai Hartanah jadikan <b>Manjung</b> daerah termaju <b>di</b> Perak

Posted: 17 Nov 2012 05:07 AM PST

Kerajaan negeri mahu perancangan teliti dan tersusun dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) agar kepesatan pembangunan yang dirancang kelak bergerak mapan demi kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mengakui pembangunan pesat yang berlaku di Manjung menyebabkan ia menjadi daerah termaju di negeri Perak.

Selain itu, MPM katanya, turut menerima pengiktirafan di peringkat negeri dan nasional serta dinobatkan antara lima majlis perbandaran terbaik tahun ini selain Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak di kawasan bandar.

"Ketika ini, Daerah Manjung paling pesat membangun dengan pencapaian yang membanggakan.

"Ia menjadi satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak yang mencapai pengiktirafan tertinggi ini.

"Namun, kita perlu buat perancangan tersusun dan telti agar pembangunan dapat dibangunkan secara mapan selain tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada alam sekitar.

"Ia termasuklah membuat perancangan teliti bagi memenuhi keperluan infrastruktur di sekitar daerah ini yang membabitkan sistem perparitan dan paip lama yang digunakan sejak awal tahun 1980an lagi yang pastinya tidak mampu menampung kapasiti kegunaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Bersama Kakitangan Awam Daerah Manjung, di Seri Manjung, sebentar tadi.

Lebih 1,000 kakitangan awam yang mewakili pelbagai agensi menghadiri majlis itu yang julung-julung kalinya dihadiri oleh Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, perancangan perlu dibuat dari sekarang agar kepesatan yang bakal berlaku nanti tidak menimbulkan kesan buruk seperti masalah banjir di daerah Manjung.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri melalui MPM mahu menjadikan daerah itu sebagai pusat industri yang utama di Perak.

Sehubungan itu, keperluan perumahan kos sederhana amat diperlukan di daerah berkenaan memandangkan nilai hartanah semakin melambung tinggi.

"Kita telah menerima beberapa cadangan bagi mewujudkan projek perumahan kos sederhana di daerah ini dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan melihat dan menilai cadangan menyediakan projek berkenaan memandangkan nilai hartanah di sini semakin mahal," katanya lagi.

Selain itu, kerajaan juga katanya, menerima banyak cadangan untuk membina bangunan pencakar langit yang mencecah hingga 40 tingkat.

Bangunan pencakar langit yang membabitkan pembinaan hotel dan apartment katanya, sudah menjadi trend di kalangan pemaju berikutan kawasan tanah yang semakin terhad dan bernilai tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan