Khamis, 6 Disember 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


IdrisTalu: Lambuk atau Kemumu <b>di Lenggong</b>

Posted: 27 Nov 2012 06:03 AM PST



 Penulis di bawah terik matahari.
Tanaman sayuran yang banyak ditanam di kampung-kampung di sekitar Lenggong. Tanaman ini menjadi kegemaran sejak dahulu lagi digunakan dalam menu harian penduduk.
Lambuk atau kemumu ini seakan-akan keladi, cuma warnanya agak hijau kebiruan. Biasanya pelepah daunnya dijadikan sayuran dengan dicampur bahan lain seperti daging ayam, daging kerbau, cendawan@kulat sisir, atau pun dengan tulang ikan masin kegemaran penduduk. 
Pelepah lambuk atau kemumu yang segar.
Batang lambuk atau kemumu dipotong pendek sedia untuk dijual di pasar.
Lambuk sebagai ulaman atau lalap.
Pelepah lambuk agak kenyal jika dibuat sayur, tidak lembik sebagai batang keladi atau kemahang. Pelepah lambuk juga biasa dibuat ulam mentah, dimakan bersama nasi. Lawan ulam lambuk ialah sambal asam durian @ tempoyak atau pun sambal kelapa parut.
Daunnya juga boleh dibuat sayur, tetapi agak jarang dibuat. Begitu juga dengan ubi pada pangkal pokok lambuk ini. Lambuk juga dikenali sebagai kemumu di beberapa tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan