Isnin, 4 Februari 2013

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Homestay Ungu <b>Di Teluk Batik</b> Kelainan Yang Menarik - Lensablogger

Posted: 23 Dec 2012 03:00 PM PST

Jalan-jalan ke Teluk Batik kawasan peranginan di negeri Perak Kejor Yop Kejor memang seronok.  Banyak tempat menarik yang boleh dilawati.  Sebelum sampai ke Teluk Batik, singgah dulu ke bandar Seri Manjung.  Bandar ni dah maju sangat dah!  Hampir semua hypermarket ada di sini, cuma tak cukup masa nak merayau.

Bermula dengan The Store, Billion, EconSave, Giant Tesko dan kini muncul pula AEON dengan konsep all in one, semua ada…  Tapi bukan itu yang nak kami ceritakan, itu semua orang dah biasa, di mana-mana ada hypermarket.

Yang menarik perhatian kami ialah sebuah homestay berwarna ungu yang terletak di sebelah kanan jalan masuk ke Teluk Batik. Owner homestay ni mesti peminat extream warna ungu.

Dari jauh dah nampak dengan jelas dua buah rumah dua tingkat tersergam "menjolok mata".  Mungkin itulah tujuan pemilik homstay ungu di Teluk Batik Ni, mudah nampak dan senang nak cari.

homestay ungu teluk batik

Untuk mudahkan jika ada pengunjung blog ini yang nak stay di Teluk Batik, boleh call saja nombor telefon di sign board di bawah yang sempat kami snap semasa kami ke sana tempoh hari.  Kelihatannya bangunan di sebelah kiri sedang dalam renovation.

homestay ungu di teluk batikTak ada pengalaman menginap dihomestay ini , best ke tidak…apa-apa pun tanya terus dengan pemilik homestay ungu ini.

Itulah bestnya travel dengan kamera Nikon D5100, setiap gambar yang "dishot" dapat dirakam dengan jelas, lebih-lebih lagi jika menggunakan fungsi automatik.  Siapa-siapa pun boleh lakukannya. Jika gambar sign board itu kelihatan blur, itu kerana gambar ini telah di crop dan diresizekan dari 3600px sehingga menjadi 500px sahaja, namun masih boleh dibaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan