Isnin, 4 Februari 2013

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Pertembungan Kit Siang vs Soi Lek <b>di Kampar</b> - The Malaysian Times

Posted: 20 Jan 2013 11:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan : Perkembangan politik negara semakin panas dan terus   menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan kononya Penasihat DAP Lim  Kit Siang akan bertanding di Parlimen Kampar  yang kini di kuasai  oleh MCA pada PRU13 sebagai antara strategi untuk mengukuhkan lagi penguasaan DAP Perak. 

 

Walaupun  Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menafikan khabar angin tersebut, akhbar-akhbar berbahasa Cina tempatan pula mengaitkan bakal berlaku pertembungan epik antara beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dikatakan turut mengintai peluang untuk bertanding Parlimen Kapar. Sebelum ini , Soi Lek yang juga merupakan bekas Menteri Kesihatan tidak menafikan ataupun mengesahkan hasratnya untuk bertanding di PRU 13.

 

Sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Times (TMT) bahawa , Soi Lek dijangka akan mengumumkan hasratnya selepas sambutan Tahun Baru Cina.

 

Parlimen Kampar kini di wakili Lee Chee Leong yang juga merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA. Pada PRU 2008, Lee menewaskan calon DAP  Keong Meng Sing dengan majoriti 2, 697 undi. Untuk rekod, pada PRU 2008, DAP hanya kalah di Parlimen Kapar daripada 7 kawasan Parlimen yang ditandinginya.

 

DAP menang di Parlimen Ipoh Timor ,Ipoh Barat, Teluk Intan, Beruas, Taiping dan Batu Gajah. Lim Kit Siang sekali lagi berjaya mempertahankan   Parlimen Ipoh Timor menewaskan calon BN dengan majoriti 21, 942 undi. -TMT

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan