Khamis, 14 Mac 2013

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


SJKC NAM HWA <b>Tanjung Piandang</b> - suara hatiku...luahan kasih

Posted: 14 Mar 2013 06:17 PM PDT

bagi aku semester ini kami tidak lepas dari sebarang program..seterusnya lawatan penanda aras ke SJKC Nam Hwa Tanjung Piandang..tujuannya untuk kami melihat sendiri sejauh mana pengurusan Pendidikan Khas di SJKC sama ada meriah atau tidak seperti SK..

ternyata SJKC mendapat tentangan kuat dalam melaksanakan program Pendidikan Khas..ini kerana banyak ibu bapa sukar untuk menerima hakikat bahawa anak-anak mereka perlu memasuki program ini..terutama sekali dari keluarga Cina..

tugas guru pendidikan khas mungkin nampak mudah..tapi tiada siapa pernah laluinya..mungkin jumpah pelajarnya paling banya 7 orang..hendak jaga mereka seperti menjaga 70 orang..bayangkan sendiri kesukaran yang guru pendidikan khas alami..

saya bawakan khas memori lawatan kami di SJKC Nam Hwa kepada anda semua

rombongan cek kiah dah sampai sekolah dah..

saya dan kawan-kawan beri perhatian sepenuhnya terhadap pelajar ini dalam tempoh masa yang terdekat

cikgu nella bersama pelajar gangnam style

memori kami di SJKC Nam Hwa


AKAK DIBALIK PINTU: Kelibat Pocong Muncul <b>Di</b> Atas Jalan

Posted: 09 Mar 2013 01:46 AM PST

                                               
                   Jentera pembajak sawah digunakan untuk menarik kereta berkenaan

KUALA KURAU - Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.


Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.

"Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.

"Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan," katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

                           
Adik Janariah bersama seorang rakan menarik kereta kakaknya yang terhumban ke dalam parit.

Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.

Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.

Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.

"Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.

"Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap," katanya.

Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.

"Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan