Khamis, 14 Mac 2013

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


(3 GAMBAR) Kemalangan Ngeri Ragut 5 Nyawa <b>Di Slim River</b> | Blog <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 04:03 AM PST

Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara lima maut dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori 12 tan di Kilometer 372.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, 7 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah sebahagian daripada 11 penumpang terdiri daripada pemuzik dan penari dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Strex yang dalam perjalanan ke Muar, Johor untuk membuat persembahan di sana.

Mangsa yang maut akibat kecederaan parah di dada dan kepada adalah Poh Hock Huat, 61, dari Transkrian, Nibong Tebal, Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphne Eng Yuik Yee, 14, Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak, Juvien Chim Yu Xuan, 12 serta Hong Choon Pee, 33, dari Prai, Pulau Pinang.

Nahas sama turut menyebabkan enam penumpang lain mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila kenderaan MPV terbabit merempuh belakang lori jenis Hino membawa muatan beras yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit, kira-kira 100 meter sebelum susur keluar Tol Slim River.

Katanya, lori dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Sungai Buloh, Selangor.

"Rempuhan itu menyebabkan lima penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.

"Manakala, pemandu dan kelindan lori 12 tan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kemalangan tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim.

Katanya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Chong Soon Choy, 61; Heng Ah Lee, 60; Boo Goik Hong, 58; Ho Seok Yi, 18; Goey Wen Ni, 16 dan Lin Yau Hong, 3,

"Pihak kami sedang meneruskan siasatan terhadap kejadian kemalangan yang berlaku di KM 372.1 dan siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Azrul Tawin di talian 054528222," katanya.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan