Khamis, 14 Mac 2013

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Youth&#39;s 1ntellectual Mind: Calon Parlimen <b>Sungai Siput</b> , MB Perak <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 03:01 AM PST

Himpunan Rakyat 1 Malaysia berlangsung semalam di Sungai Siput. TPM YAB Tan Sri Muhyuddin Yassin hadir bersama YAB DSU S.Samy Vellu dan beberapa pepimpin tempatan. Juga hadir YB Dato S.K Devamany , MP Cameron Highlands dan pemimpin MIC yang lain.


Lautan manusia membanjiri lapangan Kemas pada hari semalam bagi menghadiri Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia . Tepat jam 11 majlis dimulakan dengan ucapan MB Perak YB DS Zamry .
Dalam ucapan beliau , penghormatan diberikan kepada TPM diikuti dengan DSU S.Samy Velu dan bila tiba giliran YB S.K. Devamany, MP Cameron Highlands itu diminta berdiri.

Kata MB " Dato Devamany,sila bangun..tunjuk muka kepada hadirin"... PETUNJUK 1

Dalam ucapan beliau juga dengan terbukanya memberitahu para hadirin bahawa DSU S.Samy Vellu TIDAK AKAN BERTANDING DI PRU YANG AKAN DATANG. Sebaliknya beliau kini kembali berbakti kepada masyarakat Sg.Siput atas dasar sayang beliau kepada bekas parlimen beliau. PETUNJUK 2


Beliau juga memberitahu bahawa ada pencalonan baru untuk parlimen Sg.Siput tanpa menyatakan nama sesiapa. Pencalonan baru? PETUNJUK 3

Majlis diikuti dengan walk-a-bout TPM sebelum klimaks, sidang akhbar.
PETUNJUK 4 merupakan petunjuk yang amat jelas apabila MB Zamry yang berada di tempat sidang akhbar memanggil Dato SK Devamany untuk duduk bersama mereka (TPM dan MB)
Ini adalah ungkapan emas MB kepada wartawan pada masa itu selepas memanggil Dato Devamany. Ianya disaksikan oleh TPM sendiri.

"You all tahu siapa bakal calon Sg.Siput dari 'hint' yang diberi. Tapi saya tak boleh announce , kita kena tunggu PM"(Sambil ketawa)

*jeng*jeng*jeng

Kalau kita kata kita masih samar akan siapa calon Sg.Siput, penulis rasa tiada orang yang kurang cerdik didunia melainkan kita.. hahaha..

Sebelum TPM bertolak, beliau berbual sebentar dengan Dato SK Devamany dan MB Perak dari jauh memberi nasihat keras kepada YB Dato SK

" Devamany, kena kerja keras tau? tak boleh malas-malas. Kena kerja keras" PETUNJUK 5

JADI SIAPA CALON SG.SIPUT??

TAHNIAH DATO S.K DEVAMANY

Baca juga artikel King In War : Idola Cameron Highlands kini ke Sg Siput??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan