Khamis, 14 Mac 2013

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


SEKUPANGDUA: GEMPAR!!! ESOK BERSIH <b>DI IPOH</b>!!!

Posted: 14 Feb 2013 05:30 AM PST

Esok di Ipoh dijangka puluhan ribu bakal hadir beramai-ramai disini membimbangkan beberapa pemimpin utama termasuk pembangkang Lembu Pakatan Roket! Tentunya bandar Ipoh akan Jem giller, bagi penduduk ipoh sendiri pun telah awal-awal merancang perjalanan terutama jalan-jalan utama di pusat bandar utama di Perak
Pelbagai bangsa juga bakal hadir dan berhimpun disini, lokasi bersebelahan bangunan yik fong, pasar besar dan bangunan Dewan bandaraya (DBI). Tetapi kali ini memang sebenarnya BERSIH dan bukan BERSHIT macam cai dan lembu roket sebelum nie. Ipoh tentunya JEM teruk!
Lagi JEM Teruk tentunya puak cai dan lembu roket, manakan tidak esok dema akan sediakan pelbagai alasan ataupun fitnah untuk memalukan tetamu utama Ds Najib yang bakal hadir dalam siri jelajah bertemu Rakyat. 
Sebenarnya kali ini bukan untuk bershit sebaliknya bagi pelancaran UTC dibandaraya Ipoh, kita tengok bagaimana kali ini rakyat yang cintakan keamanan akan hadir, pakat berbisul di ponggong ler cai dan lembu Pakatan Roket kali ini. Tak payah nak buat kempen, menghasut, fitnah, dana NED, rancang pergerakan dan macam-macam lagi untuk dijadikan macam Bershit, nampaknya dedor tak sudah ler aljub dan cai-cai lembu roket nie...
Ater apa lagi moh ler kita semua yop, bior dema ngetor yop... Tahniah kepada semua yang menjayakan program pelancaran UTC Ipoh, banyak ler esok yang cakap sorang-sorang bila tengok lautan manusia yang akan hadir... Hehehe pakai pampers dewasa ler yop kikikiki...

Perasmian UTC <b>Di Ipoh</b> berjalan lancar tanpa gangguan &#39;dajal&#39;

Posted: 14 Feb 2013 07:59 PM PST

Perasmian UTC di Ipoh Perak oleh YAB PM Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sebentar tadi membawa mesej penting buat warga Ipoh khasnya dan rakyat negeri Perak amnya.
Sedikit info berkenaan Urban Tranformation Centre(UTC). Dulu dikenali sebagai kompleks membeli belah Super Kinta di sini merupakan pasar raya paling popular dan menjadi tumpuan orang ramai di bandar raya ini.

Ini kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar dan terletak di bangunan Pasar Besar Ipoh yang turut menempatkan perniagaan pasar basah serta pelbagai gerai jualan lain.

Namun, entah di mana silapnya, Super Kinta terpaksa 'gulung tikar' lapan tahun lalu berikutan kemunculan beberapa kompleks membeli belah yang lebih besar dan moden di bandar raya ini.

Dalam tempoh lapan tahun itu, ada beberapa syarikat pelabur, termasuk dari luar yang berminat memajukan bangunan Super Kinta itu, tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan sehingga kini.

Kini, harapan penduduk bandar raya ini untuk melihat bangunan berusia 29 tahun itu kembali beroperasi mungkin menjadi realiti setelah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak dan Persatuan Komputer dan Digital Perak berminat untuk memajukannya.

Baru-baru ini, rombongan DPMM yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah mengadakan lawatan ke bangunan Super Kinta untuk melihat keadaan serta potensinya.

Ketika ditemui selepas lawatan itu, Muhammad Muhiyuddin berkata, pihaknya berminat untuk memajukan bangunan Super Kinta sebagai tempat menjual produk-produk tempatan.

"Ramai peniaga kecil, terutama Melayu meminta DPMM 'menghidupkan' semula bangunan itu supaya mereka mendapat tempat untuk berniaga.

"Ini kerana ramai peniaga kecil tidak mendapat peluang untuk berniaga di pasar raya besar," katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian awal, bangunan tersebut memerlukan kos ubah suai antara RM4 hingga RM5 juta sebelum dapat beroperasi.

Akhirnya kerajaan negeri bersetuju menjadikan bangunan Super Kinta sebagai pusat Transformasi Bandar(UTC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan