Jumaat, 18 Mei 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Ahli PAS Seumur Hidup <b>Batu Gajah</b> (haji <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 11:27 PM PDT



Ahli PAS Seumur hidup Batu Gajah Haji Baharun Uda 66 tahun, didakwa di Mahkamah semalam kerana didapati memberi rasuah Penolong Pegawai Daerah supaya kawasan Pasir lombongnya di luluskan dengan segera.


Haji Baharun yang juga seorang jutawan kaya-raya hasil rasuah dikatakan memiliki kawasan lombong dan tanah beratus-ratus ekar yang dimiliki secara tidak sah. Pingat Jaksa Pendamai dimiliki ketika berada didalam Umno suatu ketika dahulu.


Cara pengambilan tanahnya adalah dengan merasuah pegawai pejabat tanah supaya mendapat secara TOL kemudian beliau akan memohon geran semuanya melalui suapan kepada pegawai pejabat tanah dan akhirnya tanah tersebut menjadi miliknya.


Hampir keseluruhan masyarakat Batu Gajah sudah mengenali siapa sebenar Haji Baharun. Dengan imejnya memakai jubah , bersongkok putih kadang-kadang serban berjaya mengelirukan pegawai pejabat tanah. Begitu juga Ismail YDP Pas batu Gajah yang kini menjadi pengurus Bank Simpanan Nasional telah menggunakan kemudahan Bank untuk kepentingan politik Pakatan Rakyat.


Berdasarkan fakta kes, Haji Baharun yang berasal dari Kampung Tersusun iaitu jalan masuk ke Arena Square rumah kedua  yang ada beberapa buah kereta mewah didapati memberi suapan RM500 kepada Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kinta Amir Fadli sebagai dorongan untuk memberi kelulusan menukarkan kawasan pasir hanya menggunakan permit 4C.


Sebelum ini Haji Baharun pernah berjaya merasuah beberapa pegawai hutan daerah untuk memiliki kawasan balak tetapi kes itu terpaksa dibuang kerana tidak cukup dokumen.


Haji Baharun telah mengishtiharkan dirinya keluar dari Umno dan menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup Batu Gajah sejak 6 tahun yang lepas. Beliau telah menghadiahkan kepada Pas Batu Gajah sebuah bangunan yang dimiliki daripada hasil harta yang dikhuatiri haram. Beliau berikrar akan membantu pakatan rakyat untuk memenangi semua kerusi Dun negeri Perak kerana semasa 11 bulan pemerintahan Rejim DAP Haji baharun memperolehi berbagai projek yang bernilai jutaan ringgit.


Inilah sikap ahli Pas yang dikatakan terlalu bersih, lebih Islam dari Islam akhirnya memiliki harta yang dikhuatiri haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan