Khamis, 21 Mac 2013

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


semakan penempatan guru interim <b>di</b> sekolah menengah <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 10:22 PM PST

Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.

Tuan / Puan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2013
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE DI SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran mengenai pelaksanaan Program Mentor Mentee di semua sekolah mulai tahun 2013. Untuk mendapatkan Surat Siaran dan Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee tersebut , sila klik DI SINI

Terima Kasih

Kamal Bin Abdul Rahman

Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya

012-6731814

DPPK BD: IBADAH KORBAN MERIAH <b>DI BAGAN DATOH</b>

Posted: 28 Oct 2012 01:55 AM PDT

SEBANYAK 12 EKOR LEMBU TELAH DIKORBANKAN SEMPENA AIDILADHA KALI INI ANJURAN PAS KAWASAN BAGAN DATOH.
Penyertaan yang menggalakkan tanda kesedaran Umat Islam tentang tuntutan ibadah korban di sini.
BAGAN DATOH ( Selekoh ) : Seperti kelaziman tahun- tahun sebelum ini, PAS Kawasan Bagan Datoh telah meneruskan penganjurkan majlis korban sebagaimana tuntutan Islam itu sendiri. Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh, sebanyak 12 ekor lembu telah di korban di majlis tersebut. Sambutan menggalakan dengan penyertaan peserta semakin meningkat pada tahun ini merupakan perkara positif apabila umat Islam khususnya di kawasan ini sedar untuk melakukan tuntutan korban tersebut.
Menurut pengarah program korban tersebut, Ustaz Ahmad Sarkozy Imani berkata, ianya tidak menjangkakan penyertaan program korban kali ini begitu ramai. Walaupun pada asalnya,beliau mesasarkan hanya untuk 8 ekor lembu sebagaimana tahun yang lalu.
Turut hadir dalam program, Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang turut sama- sama bergotong- royang menyembelih dan mengagihkan daging korban tersebut.
Ustaz Misbahul Munir bersiap sedia untuk menyembelih lembu yang telah siap dibaringkan.
Para hadirin yang turut sama untuk bergotong-royong dalam program ibadah korban kali ini

Kelihtan para petugas sibuk memotong dan melapah daging lembu yang telah dikorbankan.

YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir menyampaikan daging agihan kepada penerima.

Sebahagian daging yang telah siap dibungkus untuk diagihkan kepada penerima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan