Khamis, 21 Mac 2013

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Lagi Penyokong Tegar PAS <b>Di</b> Daerah <b>Kerian</b> Keluar Parti – Perak <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2013 04:24 AM PST

Di saat-saat akhir menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, parti pembangkang PAS sekali lagi diuji dengan tamparan hebat apabila lebih 30 penyokong tegar dari Daerah Kerian mengambil tindakan keluar parti itu dan mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis di Parit Buntar, malam semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut hadir dalam program jalinan kasih anjuran BN Parit Buntar itu menjelaskan tindakan tersebut merupakan kejutan besar kepada UMNO dan BN memandangkan penyokong yang bertindak keluar parti itu ialah penyokong tegar PAS.

"Bekas penyokong tegar PAS termasuklah Abdul Rahman Ismail telah bertindak keluar daripada parti itu dan beliau kemudiannya menyarung baju BN sebagai tanda sokongan kepada kita.

"Langkahnya itu turut diikuti oleh anak-anak muda yang menanggalkan baju berwarna hijau yang dipakai dan mereka juga kemudiannya menyarung baju BN," kata Zambry.

Beliau mengulas mengulas tindakan penyokong tegar PAS yang bertindak keluar parti malam semalam selepas menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Nelayan dan NGO di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Nan Hua, dekat Tanjung Piandang, petang tadi.

Beliau turut percaya tindakan penyokong yang keluar parti itu akan dianggap PAS sebagai drama yang sengaja dicipta oleh UMNO dan BN.

"Saya yakin pihak sana akan mengatakan ini satu drama yang disusun oleh BN bagi menunjukkan konon-kononnya kami dapat sokongan rakyat.

"Ini bukan satu drama kerana saya begitu mengenali salah seorang penyokong mereka yang keluar parti itu…ini bukan drama kerana apabila dia membuat keputusan untuk menyertai BN, bagi kami ia adalah suatu yang di luar jangkaan," jelasnya.

Terdahulu, Zambry menghadiri Majlis Kenduri Kampung di Kampung Pasir Sungai Burung dan lawatan walkabout di pekan Parit Buntar.

Mengulas mengenai gerak kerja dan jentera di Parlimen Parit Buntar, Zambry berkata, beliau mahu melihat pasukan tersebut bekerja dengan baik sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.

Katanya, masih terlalu awal untuk memberi pujian terhadap prestasi serta gerak kerja yang dilakukan selagi pilihan raya belum diadakan.

"Saya akan bagi pujian kepada mereka apabila hasilnya juga baik…saya akan beri pujian kerana saya tahu mereka bekerja bersungguh-sungguh dan di luar lingkungan kebiasaan," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan