Jumaat, 14 September 2012

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Lyssa <b>Di Tapah</b> , Perak :) | ! LYSSA FAIZUREEN !

Posted: 14 Sep 2012 06:53 AM PDT


Peacee Yo(!) ^_^v
Ahaa . Ada baca tak entri Lyssa yang tadi tu ------>> SINI ! Entry tu Lyssa ada kat Penang lagi . Kat terminal bas . Hokey , untuk dipendekkan cerita , Lyssa bertolak pukul 1.00 dan sampai di Medan Gopeng dalam pukul 3.30 macam tu . 
Sampai-sampai mama lyssa dah janji dengan kawan dia nak jumpa kat situ minum-minum lepak area tu je . Ada lyssa update kat FACEBOOK yang kata Lyssa makan kat kedai mamak .
Memang lapaq gila kot time tu . Perkena nasik goreng China . haha xD
Urhm . Petang dalam 5.30 macam tu bertolak dari situ dan terus ke Tapah . (rumah Opah Lyssa + rumah makcik Lyssa) . Makcik a.k.a kakak mama Lyssa . Paham dak nih ? Pening putaq belit dah . haha . 
Eh , dan sekarang Lyssa ada kat rumah makcik Lyssa . Tidur semalam je kat Tapah ni . Esok awal pagi dah nak bertolak ke Shah Alam . Naik bas sekali dengan mama and makcik Lyssa . Turun di De Palma Hotel di Seksyen 19 Shah Alam . Ada apa kat situ ? 
A'aah . Esok dalam pukul 2 petang , mama ada reunion dengan kawan-kawan dia . Lyssa menumpang teman mama je pun (sebenarnya kena paksa dengan abah . Tak nak pi pun . Bosan) haha . Nampaknya esok Lyssa jadi photographer mama dengan kawan-kawan dia lah . alahai . Bosaaaaaannnyyeee ! :p
Tapi tak pe . Lepas shoot photo diorang , boleh je lepak dok dalam bilik kat hotel tu layan korang . ONLINE ONLINE ONLINE . Memang hidup Lyssa online je keje . wakaka . Haa . Then , ahad pagi awal bute pulak , mak jang Lyssa ambik kami kat hotel tu , terus bawak ke rumah dia kat Bukit Jalil . Dia ada buat jamuan raya and birthday party anak dia . So , kami pun memang tak ley cakap apa lah . Pergi lah kami dua beranak nanti kan :)
Isnin petang pulak , kami dua orang terus bertolak ke Penang . Naik Bus Terbang ! haha . 
*Eh , dah macam diary TERBUKA pulak . haha . Biarlah . Asal korang faham apa yang Lyssa merepek kat atas ni pun dah cukup .
TerimaKasihSudiBaca . KalauRajinCommentLa ye ! xD

Shafie Nor: 4 lelaki diburu polio disyaki pecah rumah <b>di Tapah</b>, Bidor

Posted: 07 Sep 2012 05:10 AM PDT

TAPAH, JUMAAT, 07 September, 2012: Polis kini memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi di kawasan Tapah dan Bidor baru-baru ini.

Mereka yang dicari ialah Krishnamurthi a/l Thangaiah, 24; berasal dari Rawang Selangor dan rakannya Sathiskumar a/l Logannatan, 21; dan Mohd. Suhady Ahmad, 32, atau nama panggilannya Adi berasal dari Air Kuning.

Seorang lagi yang dicari polis ialah lelaki Melayu, berbadan kurus, berumur lingkungan 30-an, berpakaian kemas serta berambut pendek dan lelaki itu menggunakan kenderaan jenis perodua Myvi, Naza, Sutera atau Viva.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt. Som Sak a/l Din Keliaw berkata, Krishnamurthi dan rakannya Sathiskumar dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi pada 6 Jun di Taman Bunga Raya di sini.

Mohd. Suhady pula dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes sama di Kampung Sungai Kurung Dalam, Air Kuning 31 Ogos lepas, manakala lelaki yang belum dikenalpasti identitinya itu pula disyaki melakukan jenayah itu di kawasan Bidor dan Tapah dengan kes terbaharu dilapor di Taman Puteri Rupawan, Bidor, 4 September lepas.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan