Selasa, 8 Januari 2013

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Proton nafi pindah keseluruhan kilang ke <b>Tanjung Malim</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR -– Pengeluar kereta nasional pertama, Proton Holdings Bhd tidak akan memindahkan keseluruhan kilang pembuatan di Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim.

Kereta Proton yang kini dikeluarkan di Shah Alam akan terus dihasilkan di sana, demikian menurut Ketua Sektor bagi Operasi Teknikal Proton untuk kilang Shah Alam dan Tanjung Malim, Abdul Rashid Musa.

Semalam, di Tanjung Malim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan negeri akan menggerakkan semula rancangan untuk membangunkan perbandaran itu kepada hab automotif negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Zambry berkata Proton akan memindahkan operasi pembuatan berperingkat-peringkat dari Shah Alam ke kilang Tanjung Malim.

Abdul Rashid memberitahu bahawa hanya model Proton masa depan akan dipertimbang untuk dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

"Ini untuk mengoptimumkan penggunaan kapasiti kilang Proton yang canggih di Tanjung Malim untuk mencapai skala ekonomi, yang kini beroperasi separuh daripada kapasitinya," kata beliau.

Beliau berkata ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan operasi Proton.

Kilang Proton di Tanjung Malim yang dibuka pada Ogos 2004 adalah lima kali lebih besar dengan tanah seluas 517 hektar berbanding kilang Shah Alam yang terletak di kawasan seluas 101 hektar.

Kilang Shah Alam kini mengeluarkan Saga, Satria Neo R3, Exora dan Inspira, manakala Gen 2 (untuk eksport), Persona dan Preve dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

Menurut Zambry, beliau telah bertemu dengan pengurusan Proton dan susulan beberapa perbincangan, syarikat itu telah memutuskan untuk memulihkan Proton City.

Beliau berkata hab automotif negara itu dijangka memberi impak yang besar kepada ekonomi Perak dalam tempoh lima tahun.

Zambry berkata dalam rancangan pembangunan negeri, pembangunan Tanjung Malim itu akan melengkapkan Lembah Klang, seperti yang telah berlaku dengan Seremban, Negeri Sembilan.

Proton melabur antara RM1 bilion hingga RM2 bilion di bawah rancangan penyusunan semula bagi Proton City dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan