Isnin, 20 Februari 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


5 Sekolah Ditutup Akibat Banjir <b>Di Manjoi</b> - TV3

Posted: 19 Feb 2012 09:54 PM PST

20/02/2012 13:54:00

Beratus rumah di sekitar Manjoi dan Buntong dekat Ipoh, Perak ditenggelami banjir.

Kejadian disebabkan hujan lebat sejak jam dua pagi tadi.

Akibat kejadian itu, lima sekolah terpaksa ditutup.

Hujan lebat lebih empat jam menyebabkan paras air Sungai Pari melimpahi tebing di kawasan Manjoi dan Buntong.

Akibatnya, beratus rumah di pinggir sungai ini dinaiki air.

Di Manjoi, lebih 100 rumah terjejas dan 20 keluarga terpaksa dipindahkan.

Mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Manjoi.

Punca limpahan air Sungai Pari dipercayai akibat sampah sarap yang menyekat aliran air.

Serentak itu, Majlis Bandaraya Ipoh, MBI menempatkan kakitangannya untuk membersihkan sampah sarap di kawasan terbabit.

ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail berkata banjir kali ini disifatkan terburuk dalam tempoh 10 tahun.

DATUK NADZRI ISMAIL/ADUN MANJOI
"Jingga ini bermaksud ia tidak bergitu selamat untuk penduduk. Hujan akan turun lagi. Jadi kita minta penduduk berwaspada."

Sementara di Buntong, beberapa rumah di Taman Lim, Taman Merdeka dan Kampung Sungai Pari ditengelami banjir.

Jumlah sebenar mangsa sedang dibanci.

Lebih 150 penduduk <b>di Manjoi</b>, Buntong terjejas akibat banjir <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 04:34 PM PST

Posted on February 21, 2012, Tuesday

MANGSA BANJIR: Anggota pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kinta membantu menyelamatkan mangsa banjir Rodhiah Nasir, 78, yang terperangkap apabila rumahnya di Jalan Raja, Gugusan Manjoi dinaiki air sejak pagi semalam. — Gambar Bernama

IPOH: Lebih 150 penduduk dari 50 buah keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntong di sini terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara akibat kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat sejak malam kelmarin.

Kesemua mereka dari Kampung Dato Ahmad Said, Kampung Tengku Hussein dan Kampung Manjoi dipindahkan berikutan paras air di beberapa batang sungai antaranya Sungai Pari dan Sungai Tapah melimpah.

Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Tengku Hussein dan Dewan Orang Ramai Kampung Manjoi di sini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang meninjau kawasan terjejas di Kampung Manjoi di sini, pagi semalam, berkata kejadian banjir itu dianggap luar biasa berbanding sebelum ini.

Beliau meminta Majlis Keselamatan Negeri dan agensi kerajaan lain menyalurkan segala bentuk bantuan dengan segera terutama keperluan harian dan makanan kepada kesemua mangsa banjir.

"Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengambil langkah segera bagi menghubungkan kawasan ini termasuk jalan raya di kampung-kampung yang rosak," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyumbang sejumlah peruntukan kepada semua mangsa banjir bagi mengurangkan beban terutama untuk membaik pulih kediaman mereka.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Datuk Nazri Ismail berkata menerusi laporan Jabatan Meteorologi, banjir tersebut ditandakan sebagai kawasan Jingga iaitu keadaan yang masih berisiko dilanda banjir semula.

Seorang penduduk di Kampung Manjoi, Che Akhirson Abd Ulrassar, 55, berkata beliau menyedari kejadian itu berlaku apabila seorang penduduk menjerit dengan memberitahu banjir berlaku.

"Pukul enam pagi saya lihat rumah saya dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Perabot di rumah saya rosak termasuk dua ekor kucing saya mati," katanya ketika ditemui.

Suri rumah Habsah Sharif, 56, berkata kejadian banjir yang berlaku pada hari ini merupakan kejadian yang paling buruk berlaku berbanding sebelum ini.

"Sebelum ini kalau hujan memang air naik tapi tak seteruk hari ini. Habis barang-barang saya tak dapat diselamatkan," katanya yang tinggal bersama suami serta dua orang anaknya. — Bernama

Mangsa banjir <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b> sibuk cuci, bersihkan rumah <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 10:02 PM PST

Cuaca baik pagi ini digunakan sebaik-baiknya oleh penduduk Gugusan Manjoi untuk membersih dan mencuci kelengkapan rumah mereka yang ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga satu meter akibat banjr kilat yang berlaku awal pagi semalam.

Walaupun penat selepas pulang dari pusat penempatan banjir, ia tidak menghalang mereka untuk terus membersihkan rumah masing-masing.

Salah seorang mangsa, Che Kahrison Abdul Ghafar, berkata beliau bersama suami agak sibuk membersihkan rumah apabila banjir mulai surut kira-kira jam 6 petang semalam.

Kerja membersihkan rumah katanya, menjadi lebih ringan apabila rakan suaminya turut menghulurkan bantuan secara bergotong-royong malam tadi untuk mencuci kekotoran yang disebabkan oleh banjir kilat.

"Kejadian banjir awal pagi semalam adalah yang terburuk pernah saya alami sejak tinggal di sini.

"Kerugian yang dialami hampir RM10,000 apabila barangan perabot dan elektrik seperti mesin basuh dan komputer riba rosak akibat ditenggelami air.

"Walaupun masih penat, saya terpaksa membersihkan perabot rumah yang ditenggelami air banjir mencecah paras lutut sambil dibantu oleh suami dan anak perempuan saya," tegas Che Kahrison lagi.

Suri rumah, Rahmah Ahmad, pula berkata, beliau sekeluarga dipindahkan sementara ke dewan orang ramai Kampung Manjoi pagi semalam sementara menunggu air banjir surut.

Beliau katanya, pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang untuk membersihkan rumah yang ditenggelami air yang mencecah paras dada.

"Bahagian dapur terjejas teruk akibat banjir awal pagi semalam tetapi mujurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku kepada kami sekeluarga," kata ibu kepada empat anak itu lagi.

Rahmah berkata, beliau tinggal menyewa rumah di Jalan Bunga, Kampung Manjoi Lama dan mengakui masalah banjir yang berlaku semalam paling teruk yang pernah dihadapinya.

Semalam, lebih 200 penduduk dari sekitar Gugusan Manjoi terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat hujan luar biasa yang turun awal pagi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden, Buntong dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah.

Akibat rempuhan arus yang deras, sebuah jambatan konkrit berdekatan Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup pagi ini termasuklah SK Sungai Pari dan SK Puteri, dekat Buntong.

Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Kadir yang turun padang melawat kawasan banjir di Gugusan Manjoi kemudiannya mengarahkan Majlis Keselamatan Negeri dan agensi kerajaan lain supaya menyalurkan bantuan meliputi pelbagai bentuk kepada mangsa banjir di Manjoi dan Buntong.

Katanya, bantuan berbentuk keperluan harian dan makanan perlu disalurkan kepada lebih 50 keluarga mangsa banjir bagi meringankan bebanan kesemua mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan