Isnin, 20 Februari 2012

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Misi Memancing Kolam Air Masin <b>Di Kuala Kangsar</b> - blog*spot

Posted: 13 Feb 2012 06:28 PM PST

Hasil Tangkapan Siakap dan Kaci
Misi mencari kolam bagi Team Rod Lentuk kali ini, menjelajah ke kolam air masin di Kuala Kangsar, yang berlokasi tidak jauh dari exit tol highway plus menuju ke arah Lenggong. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit dari tol plus Changkat Jering, Taiping.
Cuaca yang agak cerah apabila kami sampai tepat pada pukul 2 petang di kolam pancing Kuala Kangsar. Kami sebenarnya telah lama berancang untuk datang ke kolam ini, tetapi pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan sebagai menghalang, dan hari ini kami berjaya untuk sampai ke sini.
Kolam tanah yang bersaiz lebih kurang 25 kaki x 50 kaki, mempunyai perkhidmatan seperti menjual umpan udang hidup yang berharga RM1 seekor. Makanan dan minuman ringan juga ada di jual di sini sebagai pelapik perut untuk pemancing-pemancing tegar di pekan Kuala Kangsar ini.

Siakap Pertama di naikkan oleh Team RL Fadzli

Rentapan pertama dari Team RL Fadzli dengan reel barunya, siakap putih menjamah umpan udang hidupnya, yang di tarik dengan reel Shimano Baitrunner 4000D. Tuah reel baru lah katakan. Siakap putih ini juga agak ganas dan kadang kala ikan ini akan melompat, cuba untuk memotong tali perambut setelah memakan umpan. Memang ganas!
Team RL Adihafiz menyahut lesen pertama dengan ikan siakap yang bersaiz lebih kurang 1.5Kg tidak kurang beza saiz dengan hasil Team RL Fadzli. Sekali lagi ikan siakap ini, melompat-lompat cuba untuk memutuskan tali dengan insangnya yang sangat tajam.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, terbantut sebentar misi kami. Pondok yang di sediakan agak kecil dan bumbungnya yang tinggi agak kurang sesuai kerana habis kami lenjut kebasahan akibat dari angin yang meniup air hujan masuk ke dalam pondok kami.
Apabila hujan kembali reda, Team RL Fadzli orang pertama yang berjaya menaikkan ikan di kolam ini. Ikan Kaci dengan menggunakan umpan anak ikan kap hidup. Ikan kaci ini adalah sejenis spesis ikan pemangsa, bergigi tajam dan rentapan ikan ini adalah lebih kuat dan ganas dari ikan siakap.
Nyata Team RL Fadzli berpuas hati dengan hasil di kolam pancing air masin di Kuala Kangsar ini dan kesemua hasil kami ini terus di bawa ke kedai makan untuk di buat santapan bersama keluarga tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan