07 di pasir salak - Google Blog Search |
Our Wonderful Simple Life: Kompleks Sejarah <b>Pasir Salak</b> Posted: 19 Dec 2012 04:30 PM PST Kalau mike orang Perak kenalah melawat Kompleks Sejarah Pasir Salakni.. Banyak maklumat sejarah yang boleh kita dapat di sini. Tapi memang sayanglah sebabnya banyak kemudahan yang ada di sini terbiar. Oleh kerana kamera akak dah kehabisan bateri maka tidak banyak gambar yang boleh dirakamkan di sini. Tambahan pula akak pergi waktu tengahari dan cuaca memang sangat panas, anak-anak dah tak berapa nak memberikan kerjasama..
Bergambar di depan Terowong Sejarah Pasir Salak. Masuk ke Terowong Sejarahni sahaja dikenakan bayaran. Bayaran yang amat murah RM4 untuk dewasa dan kanak-kanak RM2 Tapi dia mintak akak RM4 sahaja... Terowong Sejarahtu memang best pada akak.. Banyak maklumat yang boleh diperolehi.. kalau anak kita nak periksa sejarahtu bolehler datang sini.. senang nak paham Tapi yang sebenarnya tak boleh ambil gambar kat dalamni .. Inilah rupa rumah Kutai.. rumah tradisional orang Perak... comelkan... Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak, Malaysia. Rumah ini banyak terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang. (dari Wikipedia) Bergambar dengan meriam Rentaka yang ada di situ... Bergambar dengan jam suria ~ jam ini adalah bertujuan digunapakai bagi mengetahui waktu dan masa pada zaman Kesultanan dahulu kala. Jam ini masih lagi berfungsi dan boleh digunakan lagi. Jam ini bergantung kepada sinaran matahari untuk mengetahui waktu dan masa. Bergambar di Menara Pandang ... tak naikpun.. budak dah letih... Di luar Kompleks Sejarah Pasir Salak tu ada satu Galeri Sejarah Perak Darul Ridzuan, tak sempat nak masuk sebab bawak Marcella yang terkenal ngan banyak ragam.. Kalau anak akak boleh gak akak jegilkan mata sikit.. Takper lain kali boleh datang lagi sebab rasa macam tak puas pulak.. tapi serius cakap tempatni macam dah tak berseri sejak Tan Sri Ramli Ngah Talib tak jadi menteri besar Perak.. Harap dikekalkan apa yang ada dan ditambah baiklah kemudahan di sini.. semoga sejarah negeri Perak akan terjaga selamanya... |
You are subscribed to email updates from di pasir salak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan