Selasa, 18 September 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA <b>NEGERI PERAK</b> SIRI-2

Posted: 17 Sep 2012 05:05 AM PDT

Hampir seminggu Pakatan tidak dapat menghubungi 2 EXCO terbabit. DAP juga gagal menjejaki kemana hilangnya wakil rakyat mereka,Hee Yit Foong sehingga DAP terpaksa mengeluarkan arahan bahawa mana mana adun DAP yang tidak bisa dihubungi dalam masa 24 jam, ia dikira sudah mengosongkan kerusi dun masing masing.  Akhirnya pada 6 FEB 2009, semua kemelut ini sampai ke kemuncaknya. Seluruh negara khususnya rakyat negeri Perak dikejutkan dengan gelak ketawa Najib beserta Adun Adun pengkhianat tersebut di satu sidang media di Putrajaya.Dalam sidang media tersebut hampir semua wakil rakyat BN-Perak hadir dengan wajah yang gembira. Najib dengan tepukan gemuruh semua yang hadir mengumumkan bahawa BN sudah ada cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak.
Saya selaku pengundi di negeri Perak merasa sangat marah dan benci dengan apa yang berlaku. Saya tidak menyangka ketiga tiga Adun ini sanggup 'menjual tubuh' mereka kepada BN.Majoriti rakyat negeri Perak sangat marah dengan  apa yang berlaku.Kerajaan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan angkuhnya oleh BN. Semua orang tahu Najib Dan Zaid Hamidi adalah 'Master Plan' disebalik rampasan kuasa terancang ini. Oleh sebab itu, dua watak ini menjadi watak yang paling dibenci pada ketika itu.
Pada waktu itu,seluruh rakyat Malaysia berduka. Namun BN gembira. Mereka gembira dengan kuasa. Sejarah tercatat kerana 3 Adun Pakatan yang hilang seminggu rupa rupanya berpakat dengan Najib untuk menumbangkan kerajaan sah di Perak.Entah berapa juta bayaran yang mungkin mereka terima.Inilah yang menjadi kepercayaan ramai orang, iaitu mereka dibeli. Dato Nasaruddin Hashim yang sudah masuk PKR dilihat juga kembali ke pangkuan BN. Pelik sungguh. Entah dimana harga diri mereka. Sanggup mereka mengkhianati pengundi pengundi mereka.Saya yakin ke empat empat Adun ini akan dihukum oleh rakyat diatas pengkhianatan besar yang mereka lakukan. Mereka sudah tidak ada masa depan dalam politik Perak.
Perak terus dilanda kebingungan. Kini BN ada 28 kerusi. Pakatan juga 28 kerusi. 3 lagi Adun adalah adun bebas. Jadi siapa sebenarnya memiliki majoriti di Perak?ketiga tiga Adun PR yang melompat itu sebenarnya sudah membuat perjanjian bertulis bahawa sekiranya mereka lompat parti,maka kerusi dun mereka akan kosong secara automatik.Maka speaker pun mengeluarkan notis kekosongan 3 kerusi Dun iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kepada SPR. Namun SPR dengan bodohnya membantah. Mereka mendakwa tiada kekosongan berlaku. Pakar undang undang merasa pelik, bagaimana SPR boleh mengatasi suara speaker dewan?Tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya. Tapi kini SPR sudah canggih. Maka isu ini kini dibawa ke mahkamah oleh Pakatan Rakyat.
Seterusnya Kenapa BN mengambil 2 orang bekas EXCO bermasalah ini?adakah demi kuasa , BN sanggup mengutip sampah sarap dari luar?Ramai orang melihat 2 orang bekas EXCO ini sanggup melompat parti kerana ingin mengelakkan hukuman mahkamah ke atas dakwaaan rasuah  mereka. mereka mungkin tidak ada cara lain. hanya BN mungkin yang bisa menyelamatkan mereka. Rakyat Malaysia tertanya tanya, sejak mereka melompat menjadi Wakil Bebas, perbicaraan kes mereka tidak lagi kedengaran. tidak seperti dulu,sentiasa mendapat liputan meluas.Entah apa sudah jadi kita pun tak tahu. Mungkin hakim pun dah buat buat lupa. Hee Yit Foong pula keluar parti kerana masalah peribadi. Kononnya tidak puas hati.Beliau keluar kerana agenda peribadi yang tidak dapat ditunaikan.
Nizar merayu untuk membubarkan Dun. Namun Sultan menolak. Sultan terus melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan masih banyak perkara yang masih menjadi persoalan. Pertama, Tiada undi tidak percaya terhadap nizar di sidang dun. Justeru Nizar kekal sebagai menteri besar selagi undi tidak percaya tidak dilakukan. Kedua, status ketiga tiga adun yang melompat juga masih kabur. Speaker sudah mengosongkan kerusi mereka,namun SPR menolak padahal ini adalah kuasa mutlak speaker untuk menentukan kekosongan mana mana kerusi. Semuanya kalut. Maka Nizar pun membawa kes ini ke mahkamah bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.
Mulanya rakyat marah kepada BN. Kini rakyat kecewa pula dengan istana. BN dilihat cuba berselindung dibalik istana. Nizar pula digelar derhaka kepada Sultan kerana tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Padahal Nizar bertindak mengikut undang undang. Propaganda Nizar sebagai penderhaka raja,boneka DAP terus dimainkan bagi membuatkan rakyat benci kepada Nizar. Namun BN silap. Liputan meluas terhadap Nizar mengharumkan lagi nama beliau diseluruh negara. Secara tiba tiba Nizar menjadi popular. Rakyat Malaysia bersimpati dan sayang kepada beliau. Kini beliau muncul sebagai icon baru bagi PAS.Kemana saja beliau pergi, beliau akan disambut ribuan umat manusia yang ingin melihat beliau dari dekat.
Pakatan Rakyat berjaya mencuit sentimen rakyat. Rakyat benci BN.Rakyat Perak nyata terus bersama Nizar. Nizar berkali kali mendesak untuk membubarkan Dun. Serahkan semula mandat memilih kepada rakyat,bukan mahkamah. namun BN enggan. BN takut. Tun Dr Mahathir sendiri meramalkan BN bakal 'kalah teruk' sekiranya pilihanraya mengejut dibuat di Perak. Jadi BN akan cuba mengelakkannya dengan apa cara sekalipun

Sambutan Hari Malaysia Ke-49 Peringkat <b>Negeri Perak</b> Disambut <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 09:01 AM PDT

Lebih 20,000 hadirin daripada pelbagai lapisan masyarakat meraikan Sambutan Hari Malaysia ke-49 peringkat negeri Perak yang disambut penuh gilang gemilang di Dataran Ipoh, malam tadi.

Bertemakan "Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera", sambutan tersebut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama-sama isteri kira-kira jam 9.30 malam.

Turut hadir ke majlis sambutan itu ialah  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan, barisan Exco, Pegawai-pegawai Daerah serta tetamu kehormat yang lain.

Acara dimulakan dengan 'final touch up' yang dilakukan oleh Menteri Besar di mural yang disediakan oleh 20 pelajar dari Kolej Cosmopoint yang dinamakan Mural 1 Malaysia sebagai gimik perasmian.

Zambry ketika berucap menjelaskan ribuan tetamu yang hadir pada majlis sambutan itu merupakan penterjemahan kepada semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

"Kita datang tidak kira dari jauh mahupun dekat untuk membuktikan semangat cintakan negara dan sebagai bukti buat kita sebahagian rakyat bukan sahaja di Semenanjung malah di bumi Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata, penubuhan Malaysia 49 tahun yang lalu merupakan usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang besar.

"Jika dahulu kita dilingkungi bangsa-bangsa di Semenanjung, namun kita mempunyai bangsa unik, majmuk daripada pelbagai kaum dan etnik seperti Kadazan, Dusun, Iban yang menunjukkan Malaysia kaya dengan khazanah budaya," jelasnya.

Pada majlis malam itu, hadirin telah dihiburkan dengan deklamasi puisi bertajuk Keranamu Malaysia karya Ahmad Sarju yang disampaikan oleh Azmi Ismail, Samantha dan Vineswary sebagai mewakili tiga kaum utama di Malaysia.

Pasukan pancaragam Wind Orchestra dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) turut tidak ketinggalan mendendangkan 2 buah lagu medley serta sebuah lagu daripada tema filem Pirates of the Carribean.

Selain itu, beliau turut berkesempatan melancarkan aplikasi pintar Jom Terokai Perak yang merupakan inisiatif KPerak dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan Tahun Melawat Perak 2012.

Merupakan aplikasi pertama di Malaysia, ia bertujuan untuk memudahkan pelancong untuk menemui tempat-tempat menarik dengan mudah dan pantas.

Zambry juga turut menyempurnakan majlis penutup Perak Art Festival yang diadakan pada 14 September lalu.

MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA <b>NEGERI</b> PERAKSIRI-1

Posted: 16 Sep 2012 04:54 AM PDT

Pilihanraya umum 8 mac 2008 menjadi saksi tumbangnya Negeri Perak ke tangan pembangkang. Di samping negeri Perak, negeri Pulau Pinang,Kedah dan Selangor turut berjaya dirampas oleh Pakatan Pembangkang. Manakala PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan kemenangan yang lebih besar.
pada PRU ke-11 pada tahun 2004, Barisan Nasional menang 52 kerusi Dun manakala pembangkang 7 sahaja .Pada PRU ke-13 , Perak dilanda tsunami politik. BN hanya mampu bertahan di 28 kerusi Dun sahaja. Manaka PAS menang 6, PKR 7 dan DAP menang 18 kerusi. Lalu kerajaan campuran PKR-PAS-DAP ditabalkan. Dato Seri Nizar Jamaludin dari PAS dilantik sebagai Menteri Besar.
Memerintah dengan majoriti tipis (beza 3 kerusi) adalah sangat berbahaya. Kerajaan sebegini terdedah dengan pelbagai dugaan. Pihak lawan akan sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan dengan pelbagai cara. Memandangkan pembangkang baru sahaja memegang kuasa, jadi ada diantara mereka yang tidak kuat ketahanan diri. Jadi ada yang mudah diperangkap dan dibeli. Siapa yang tidak kelabu mata jika ditawar wang berjuta juta?Wakil rakyat PAS di Kelantan selalu dirayu dengan wang. Pernah seguni wang dibawa datang kerumah. Namun kerana kekuatan iman dan roh perjuangan, PAS berjaya bertahan sebagai kerajaan walaupun hanya dengan majoriti satu kerusi!
Kerajaan Nizar diserang bertubi tubi. Beliau dikritik disana sini. Tuduhan beliau sebagai boneka DAP adalah biasa didengar. Kritikan ke atas pembelian kereta camry dibuat sehebat hebatnya walaupun Nizar sudah memberi penjelasan yang logik tentang itu. Tapi kita tahu itu semua kritikan politik. Kenapa politik? sebab tidak ada siapapun yang mengkritik kerajaan Sarawak dibawah BN walaupun mereka menggunakan kereta Volvo,Roll Royce yang nyata lebih mahal dan membazir.
Akhirnya kerajaan Nizar disentak dengan penahanan dua orang EXCO kononnya terlibat dengan rasuah dan habuan seks. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Jamaluddin Radzi (PKR-Behrang) dituduh rasuah bersabit projek perumahan bernilai ratusan juta ringgit di Bandar Seri Iskandar. Mereka diperangkap dan mereka terpaksa mengaku kerana bukti bukti sudah ada. SPRM sudah ada bukti kukuh termasuk rakaman perbuatan mereka.Maka sejak itu mereka mula naik turun mahkamah. Nizar mula diasak disana sini berhubung kedua dua EXCO tersebut. Mereka mendesak agar EXCO tersebut dilucutkan jawatan. Namun Nizar berpendapat jawatan mereka akan terlucut sekiranya mahkamah mensabitkan mereka bersalah kelak.
Semenjak itu bermulalah isu lompat parti di Perak. BN mendakwa sebilangan adun Pakatan bakal menyeberang menyertai mereka. Nizar pula membuat kenyataan yang sama bahawa beberapa Adun BN sudah memberi isyarat untuk menyeberang ke Pakatan. Serangan psikologi semakin sengit dan menimbulkan keresahan dikalangan rakyat. Akhirnya secara tiba tiba Dato  Nasarudin Hashim (BN-Bota) mengumumkan keluar parti untuk bersama sama dengan PKR kerana hilang kepercayaan dengan Barisan Nasional. Negara terkejut. BN tergamam. Satu ceramah besar besaran di adakan di Bota dimana Dato Nasarudin sendiri berucap menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.
Seminggu sesudah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang menyaksikan kemenangan besar PAS, Negeri Perak dikejutkan dengan kehilangan 2 EXCO yang sedang berdepan kes mahkamah. Isteri mereka menangis dan mengadu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mereka gagal dihubungi meskipun melalui SMS. Mereka hilang hampir seminggu tanpa khabar berita. Ini diburukkan lagi dengan ghaibnya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang). Negeri Perak terus berkocak. Kerajaan Nizar dalam bahaya. Ramai wartawan bertanya adakah Nizar akan membubarkan DUN bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Nizat tetap yakin bahawa kerajaannya masih kukuh untuk terus memerintah.
BERSAMBUNG. NANTIKAN SIRI KE-2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan