Selasa, 29 Januari 2013

07 di bukit gantang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Pilih Calon Yang Terbukti Mampu Berkhidmat: Pengerusi BN <b>Bukit</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 07:02 PM PST

Pengundi kawasan Parlimen Bukit Gantang diingatkan supaya tidak tertipu buat kali kedua oleh pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin, berkata peringatan itu perlu bagi memastikan hanya calon yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk sahaja dipilih pada PRU13 nanti.

Menurutnya, mereka diminta sentiasa berwaspada dengan setiap janji yang ditaburkan serta fitnah yang dijalankan pihak pembangkang di kawasan itu.

"Saya ingin menyeru kepada pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang agar mereka tidak tertipu untuk kali kedua.

"Tidak tertipu lagi dengan apa yang dicakap atau pun diwar-warkan oleh pihak pembangkang.

"Cukuplah dengan apa yang mereka hadapi sekarang. Tidak dihiraukan wakil rakyat mereka yang asyik berceramah dan memfitnah orang tidak berhenti-henti," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong.

Menurutnya, Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang (PKR) yang mereka pilih di lihat gagal membawa pembangunan di kawasan tersebut.

"Sebagai contoh, Ahli Parlimen kita terdiri daripada PAS, DUN (Kuala) Sepetang daripada PKR dan kita bersyukur kerana YB Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersama dengan kita semula.

"Kita dapat lihat wakil rakyat ini (Bukit Gantang dan Kuala Sepetang) tidak membawa sebarang keuntungan kepada pengundi-pengundi di kawasan ini, terutamanya dalam pemberian projek-projek.

"Tak ada satu pun projek yang telah dibawa masuk ke dalam kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Getah Taiping (LGT) di Trong, dekat Taiping.

Seramai 65 orang murid masing-masing menerima RM100 setiap seorang yang disampaikan Rosli kepada ibu bapa dan penjaga mereka.

Rosli berkata, beliau berharap pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang akan sedar dan memilih calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13 nanti.

"Jadi saya rasa kali ini, pengalaman pahit ini tidak akan berulang lagi dan berharap mereka akan memberi kepercayaan kepada BN pula pada PRU13 nanti," katanya.

- NORAINI MAHAMAD

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved