Khamis, 1 September 2011

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Menara Kehidupan: Kunjungan kami ke <b>Kuala Kurau</b>

Posted: 03 Jul 2011 11:55 PM PDT

Sepintas lalu mengenai Kuala Kurau


Kewujudan Kuala Kurau dipercayai bermula dari abad ke 17 dahulu, iaitu pada tahun 1800an masehi.  Nama Kuala Kurau itu sendiri dipercayai diambil dari sebutan kuala iaitu kedudukan sebagai muara sungai dan ikan kurau yang banyak terdapat pada suatu ketika itu. Pada awal penerokaan dahulu dipercayai dilakukan oleh segolongan orang melayu perak yang bertani dan nelayan.


Selepas itu, Pelbagai peneroka memenuhi Kuala Kurau sehinggalah sekarang termasuklah moyang, nenek, atok dan pakcik kami yang menetap di kampung Tok Hin di dalam kawasan Tanjung Piandang iaitu juga asal usul keluarga sebelah isteri kami .Kebanyakkan penduduk di sini terdiri dari berbilang suku keturunan banjar , perak, kedah dan lain-lain. Dialek yang digunakan kebanyakkan menggunakan dialek kedah dan perak.
Di zaman penjajah, pihak inggeris telah memajukan kawasan tersebut dengan tanaman tebu dan kelapa. Manakala purata hujannya sepanjang tahun sebanyak 2,500 mm (97 inci) dan kandungan tanahnya yang terdiri daripada Tanah Lanar iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah liat yang berwarna kelabu memang amat bersesuaian dengan tanaman padi sehingga kini. Pada kunjungan kami kali ini tanaman sawah padi sedang menguning dan sedang menanti masa untuk dituai.
Jambatan di sungai Kuala Kurau telah siap untuk dilalui dan memendekkan masa untuk ke Kuala Gula. Kami sempat memberhentikan kereta kami untuk merakamkan keindahan sungai Kuala Kurau dan pekan yang terdapat berhampiran dengan sungai. Di sepanjang muara tersebut juga ada mempunyai sangkar Ikan yang diternak untuk pasaran tempatan. Panorama yang kami ambil di waktu petang begitu mengamit kenangan kami sekeluarga di atas jambatan Kuala Kurau.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan