07 di ipoh - Google Blog Search |
Anak Seberang: PAS Buat Hemoi Sambut PM Esok <b>Di Ipoh</b> Posted: 23 Sep 2011 02:02 AM PDT Macam ni lah yang AS mahukan. Sebagai sebuah parti pembangkang di negeri Perak, mereka seharusnya mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia. Tinggalkan bab kepartian yang ketaksuban melampau sebentar, kedatangan PM ke tempat mereka seharusnya diraikan. AS bersangka baik dengan berharap apa yang dilakukan ini semuanya dilakukan dengan hati yang ikhlas. Mengikut jadual esok, beliau dijangka akan menghadiri Jamuan Hari Raya Bersama PM di Taman Song Choon, Ipoh. Dijangka 20,000 orang warga sekitar Ipoh dijangka menghadiri program tersebut. Diharapkan suasana Program itu berjalan dengan lancar dan teratur. |
Ajijoi: Najib diperdaya Hamidah <b>di</b> Taman Song Choon, <b>Ipoh</b> Posted: 24 Sep 2011 11:25 PM PDT Gambar diatas adalah sebuah plak cenderahati yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak kepada beberapa Sekolah Agama Rakyat disekitar Dun Sg Rapat sempena kunjungan beliau ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Taman Song Choon, Ipoh semalam. Sekali lagi diulang, DISAMPAIKAN OLEH Najib kepada Sekolah Agama Rakyat. Cuba kita baca dan teliti, apakah yang tertulis diatas plak tersebut. Terdapat beberapa kemusykilan dan benda pelik yang terdapat disana. Sesiapa yang terjumpa, tahniah namun tiada hadiah yang ditawarkan. Siapa yang terterima kasih kepada siapa Yang pertama, mengikut seperti yang tertulis dan tertera pada plak tersebut adalah sebagai penghargaan Sekolah Agama Rakyat kepada Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000. Jika mengikut logik akal sama ada yang waras ataupun putus wayar, sang penerimalah yang akan berterima kasih kepada sang pemberi, lalu suatu bentuk tanda penghargaan akan disampaikan. Tetapi, apa yang berlaku semalam, sang pemberi (Perdana Menteri) telah menyerahkan plak sebagai tanda terima kasih itu kepada sang penerima (SAR). Sepatutnya yang berlaku adalah sebaliknya. Perdana Menterilah yang sepatutnya menerima dan menyimpan plak tersebut, bukannya sekolah agama rakyat. Silap mata apakah yang dimainkan oleh Hamidah Osman, sebagai penganjur program ini dengan mempermainkan bukan sahaja Sekolah-sekolah Agama Rakyat sekitar Dun Sg Rapat malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Wajarkah seorang Adun BN yang juga Exco kanan sebuah kerajaan negeri yang mewakili parti Umno menipu, memutar-belit, mempermain serta memperdayakan seorang yang berjawatan bukan sahaja Presiden Umno tetapi juga Perdana Menteri Malaysia. Amat memalukan malah menjijikkan permainan politik kotor Hamidah semata-mata kerana mahu dilihat sebagai seorang yang bekerja, berkhidmat dan prihatin kepada rakyat berbanding dengan lawannya iaitu musuh dalaman partinya sendiri. Ahli-ahli Umno terutamanya daripada Umno Gopeng sepatutnya berasa malu dan jengkel dengan gelagat Hamidah yang mempermainkan Perdana Menteri tanpa disedarinya. Perkara yang kedua berkenaan dengan pemberian plak tersebut adalah mengenai wang RM100,000 yang terpampang megah diplak tersebut. Ramai penduduk di Taman Song Choon telah mula menanyakan mengenai wang tersebut dan berharap dengan sejumlah wang yang begitu besar, pembangunan Sekolah Agama Rakyat ditempat mereka akan pasti dapat disiapkan dengan lebih lengkap dan cepat daripada yang dijangkakan. Sekali lagi Hamidah memperdayakan semua orang termasuk Perdana Menteri berkenaan dengan pemberian wang tersebut. Wang yang berjumlah RM100,000 diperuntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat itu sebenarnya telah diberikan pada tahun 2005 dahulu. Ianya adalah cerita lama yang diungkit kembali melalui pemberian plak tersebut. Mengapa sebuah Sekolah Agama Rakyat dihina sebegitu rupa dengan mempermain-mainkan seolah-olah mendapat peruntukan tambahan melalui pemberian plak tersebut sekarang. Kenapa tidak dahulu? Tekanan kini dirasai oleh jawatankuasa pelaksana Sekolah Agama Rakyat tersebut apabila terpaksa menjelaskan kepada penduduk bahawa wang RM100,000 tersebut telahpun diberikan tahun 2005 dahulu, bukannya peruntukan tambahan. Semakin dekatnya pilihanraya, semakin terdesak Hamidah untuk menaikkan semula namanya terutamanya di Dun Sg Rapat yang menjadi rebutan dalaman Umno sendiri. Tetapi perbuatannya amatlah dikesali kerana demi untuk menyelamatkan air muka sendiri, air muka Perdana Menteri Malaysia pula yang sanggup dijatuhkan dengan membuat program celaru seumpama ini. |
You are subscribed to email updates from di ipoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan