Selasa, 21 Februari 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


PM meriahkan karnival <b>di Tanjung Tualang</b>, Sabtu – Perak Today

Posted: 21 Sep 2011 11:48 PM PDT

Orang ramai diminta tidak melepaskan peluang melihat dan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencuba kebolehan memancing udang galah di sebuah kolam pada program Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang, kira-kira 50 km dari Ipoh sempena lawatan sehari ke Perak, Sabtu ini.

Program itu adalah sebahagian acara menarik disediakan sepanjang karnival berkenaan yang bermula jam 7 pagi hingga 11 malam dan dijangka dihadiri 20,000 hingga 30,000 pengunjung.

Selain merasmikan karnival itu kira-kira jam 11 pagi, Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, dijangka turut menanam pokok tualang di SJKC Thung Hon dan beramah mesra dengan penduduk setempat dalam program Walkabout.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong, berkata rakyat di sini amat teruja kerana inilah julung kali seorang Perdana Menteri turun padang ke Tanjung Tualang.

Katanya, program dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan itu juga bertujuan mempromosikan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan.

"Sepanjang karnival itu, pelbagai program diadakan seperti pertandingan memancing udang galah, futsal, bola keranjang, melukis, mewarna gambar udang galah serta persembahan kebudayaan dan nyanyian pelbagai kaum," katanya di SJKC Thung Hon Tanjung Tualang, semalam.

Sementara itu, lawatan sehari Perdana Menteri ke Perak bermula dengan program Sepagi Bersama Perdana Menteri dan Jamuan Aidilfitri di Taman Soon Choon, di Ipoh.

-BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan