Selasa, 21 Februari 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


55 mangsa banjir <b>di Manjoi</b> masih di pusat pemindahan – Perak <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 11:31 PM PST

Seramai 55 orang daripada 14 keluarga mangsa banjir di Manjoi masih berada di pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manjoi, Datuk Nazri Ismail, berkata mereka ditempatkan di dewan orang ramai di sini sehingga keadaan banjir di rumah mereka pulih.

"Walaupun banjir sudah surut tetapi air masih bertakung di rumah mereka dan perlukan masa untuk dibersihkan," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, mereka dapat pulang ke rumah masing-masing esok.

Semalam, 500 orang daripada 140 keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntung dipindahkan ke dua pusat pemindahan selepas air naik akibat limpahan dari Sungai Tapah dan Sungai Pari berikutan hujan lebat lebih lima jam.

- BERNAMA

Banjir <b>di Manjoi</b> Perak | gambar banjir diperak mummycute

Posted: 20 Feb 2012 06:00 PM PST

Banjir di Manjoi Perak | gambar banjir diperak 

Beratus rumah di sekitar Manjoi dan Buntong dekat Ipoh, Perak ditenggelami banjir. Kejadian disebabkan hujan lebat sejak jam dua pagi tadi. Akibat kejadian itu, lima sekolah terpaksa ditutup.

Hujan lebat lebih empat jam menyebabkan paras air Sungai Pari melimpahi tebing di kawasan Manjoi dan Buntong. Akibatnya, beratus rumah di pinggir sungai ini dinaiki air. Di Manjoi, lebih 100 rumah terjejas dan 20 keluarga terpaksa dipindahkan. Mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Manjoi.

Punca limpahan air Sungai Pari dipercayai akibat sampah sarap yang menyekat aliran air.Serentak itu, Majlis Bandaraya Ipoh, MBI menempatkan kakitangannya untuk membersihkan sampah sarap di kawasan terbabit. ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan