Selasa, 21 Februari 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pendidikan Seni Muzik Berada <b>Di</b> Landasan <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 19 Feb 2012 05:27 AM PST

TANJUNG MALIM, 15 Feb (Bernama) -- Pendidikan seni muzik tempatan berada di landasan yang betul dengan memberi perhatian yang lebih terhadap elemen kreatif dan inovatif, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau juga berkata tenaga pengajar dalam bidang muzik telah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan bakat muzik tanah air malah menzahirkan karya seni muzik yang bakal menjadi khazanah negara.

"Kita imbas kembali, banyak juga lagu-lagu dan karya muzik yang membawa kenangan manis atau nostalgia dalam perjalanan hidup kita," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia Ke-4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini Rabu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hassan Abdullah berkata persidangan seperti itu perlu diadakan dengan turut melibatkan institusi pengajian tinggi swasta.

Persidangan selama tiga hari ini dianjurkan oleh UPSI dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumber: BERNAMA

Persefahaman Untuk Hormati Satu Sama Lain Perlu Mula <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:55 AM PST

PETALING JAYA, 21 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah untuk mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam mengenai pentingnya menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama, haruslah bermula di peringkat sekolah.

Beliau berkata negara akan dapat menjana suatu kekuatan yang lebih besar pada masa akan datang apabila rakyat tidak melihat kelainan dan perbezaan antara satu sama lain.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu akan membolehkan warga pendidik, guru, ibu bapa dan pelajar mengutamakan kepentingan untuk tidak menyentuh dan menghormati sensitiviti kaum lain.

"(Sebaliknya) kita menghormati kelainan kita, menerimanya sebagai suatu warisan yang kita hargai yang mungkin tidak banyak terdapat di negara lain seperti Malaysia. Ada negara yang mempunyai satu agama tetapi mempunyai pelbagai puak, bergaduh dan berperang sesama sendiri.

"Ada negara mempunyai pelbagai agama tetapi hubungan antara mereka sentiasa tegang. Kadang-kadang berlaku pertempuran sehingga berlaku pertumpahan darah dan negara seperti ini tidak mengecapi kemajuan berikutan tidak aman. Dan apabila tidak aman, tidak ada kemajuan dan pembangunan yang boleh dinikmati oleh rakyat," katanya ketika melancarkan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Peringkat Sekolah di SMK (P) Sri Aman, di sini Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata pelbagai program dan aktiviti yang bukan sahaja menjurus kepada memupuk semangat kerjasama tetapi juga toleransi dan penerimaan kepada kepelbagaian agama, budaya dan kaum, boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

Katanya kemajuan amat pesat yang dicapai negara pada hari ini merupakan hasil kerjasama rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang dapat menerima perbezaan itu sebagai suatu keistimewaan.

Sebagai rakyat Malaysia di bawah Gagasan 1Malaysia, katanya semua pihak mahu melihat negara mencapai kejayaan pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, Malaysia ialah sebuah negara yang amat istimewa, dan kita harus bersyukur dan semua agama menuntut supaya bersyukur kepada Tuhan apabila suatu nikmat diberikan kepada kita, maka kita harus menghargainya.

"Satu nikmat yang diberikan ialah adanya perasaan persefahaman, menghormati antara satu sama lain dan wujud perpaduan yang dapat menjalin kerjasama lebih baik, dan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada hari ini," katanya.

Sumber: BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan