Selasa, 21 Februari 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Lelaki Lepaskan Enam Das Tembakan Rambang Dalam Kejadian <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 09:15 PM PST

Gambar Hiasan

Polis sedang mengesan tiga lelaki berumur dalam lingkungan 30-an seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol melepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian samun di sebuah rumah di Jelapang di sini Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ahmad Termizi Abd Haq berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi satu keluarga enam orang telah dikejutkan oleh tiga lelaki, dua daripadanya bersenjatakan parang.

Mangsa yang berkerja sebagai pendawai elektrik bersama isteri telah diugut oleh supsek supaya menyerahkan barang kemas dan wang, dan seorang ahli keluarga tersebut yang menyedari kejadian itu telah cuba melawan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Termizi berkata, seorang daripada suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan rambang bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Tiga suspek kemudian melarikan diri dan mengambil barang kemas milik mangsa bernilai RM15,000, katanya.

Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan telah menemui beberapa kesan tembakan di dinding rumah tersebut serta menemui enam kelongsang peluru bertaburan di lantai.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkongan 30-an itu sedang diburu dan sehingga hari ini belum dapat dikesan.

Pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan ketiga-tiga supsek, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor telefon : 05-2451500 untuk membantu siasatan.

-Peraknews

Tags: , , ,

Category: Community, Daily News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan