Selasa, 6 November 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Rehat Penyamun Tak Panjang | MyNewsHub

Posted: 02 Nov 2012 07:25 PM PDT

TAPAH – Nikmat rehat enam lelaki anggota sebuah kumpulan samun dan curi kereta di sebuah rumah sewa tidak panjang.

Keenakan waktu senggang sebelum merancang 'projek' baru punah selepas kesemua mereka yang berusia lingkungan 30 ke 45 tahun ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Ops Tapis dan Cantas di Kampung Baru Chenderiang, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, kesemua ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan dua daripada enam ahli kumpulan itu adalah warga Indonesia yang baru masuk ke negara ini menggunakan dokumen yang sah.

Katanya, salah seorang daripada lelaki warga Indonesia itu mempunyai kepakaran dalam membuat kunci pendua.

Menurutnya, empat lagi ahlinya berasal dari Tanjung Tualang dan pernah menetap di negeri lain sebelum bertemu semula untuk menubuhkan kumpulan tersebut.

"Ketika serbuan dilakukan di tempat persembunyian kumpulan itu, kami menemui dua buah kenderaan yang dilaporkan hilang di Puchong dan Kajang pada 12 dan 29 Oktober lalu.

"Selain penemuan kereta jenis Honda City dan Mitsubishi Triton, kami turut merampas satu tiub dadah dan satu paket lutsinar dipercayai dadah jenis heroin yang disimpan di dalam rumah tersebut," katanya pada sidang media di IPD Tapah, semalam.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati dua daripada suspek merupakan bekas tahanan Ordinan Darurat manakala seorang lagi ahli kumpulan mereka pernah dibuang daerah.

"Kesemua ahli kumpulan terbabit mempunyai rekod jenayah lampau kes curi kereta dan samun di sekitar Lembah Klang.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.

Abdullah berkata, ahli kumpulan terbabit akan ditahan sehingga 5 November ini sebelum diserahkan kepada IPD Puchong dan IPD Kajang untuk tindakan seterusnya. – Sinar Harian Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan