Jumaat, 10 Ogos 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Coretan Siti: CBS KV/SMT/SMV <b>Di</b> SMT <b>Gerik</b>

Posted: 16 Jul 2012 05:07 AM PDT

Salam semua...
Bermula dari 13 - 15 Julai 2012 bermula Program CBS yang dijalankan di SMT Gerik diwakili oleh 6 pelajar untuk setiap subjek dari setiap KV, SMT dan SMV di Perak semua sekali ada 10 sekolah.  Pelajar diambil dari mereka yang cemerlang dalam subjek tertentu dengan harapan apa-apa input yang mereka dapat dalam program ini akan dapat disampaikan kepada rakan-rakan mereka bila balik ke sekolah masing-masing.  Kira jadi mentor atau fasilitator untuk subjek yang mereka wakili.
Nie semasa slot pertama untuk subjek sejarah yang bermula pukul 8.00 pagi di Bilik Seminar.  Bila pelajar-pelajarnya antara yang terpilih jadi tidak ada masalah semasa seminar teknik menjawab sejarah SPM sedang dijalankan.
Mungkin belum mengenali rakan-rakan dari sekolah lain jadi mereka semua memberi tumpuan kepada apa yang diterangkan.
Oh ye untuk CBS nie mata pelajaran yang terlibat adalah BM. BI, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Matematik dan Matematik Tambahan. Setiap sekolah perlu menghantar seorang guru  dan 6 pelajar untuk setiap subjek.
Cikgu Sirus dari SMT Gerik memulakan sesi pertama dan kemudian baru sambung untuk selesaikan slot yang pertama.  Kerjasama dari cikgu-cikgu semua menjadikan program kali ini lebih baik dari yang lepas.  Bahan-bahan P&P juga lebih berkualiti.
Semoga pelajar-pelajar mendapat manafat dari program ini dan seterusnya GPS sekolah dalam SPM juga dapat ditingkatkan.  Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan