Khamis, 21 Februari 2013

07 di ipoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


4 sekeluarga rentung <b>di Ipoh</b> ABN News | BM

Posted: 04 Feb 2013 08:44 PM PST

IPOH — Empat sekeluarga rentung apabila rumah mereka di Taman Bukit Medan Sungai Siput di sini terbakar tengah malam tadi.

Mangsa yang rentung ialah suri rumah S. Jayalatchumy, 45, dua anak perempuannya, R. Thilagawati, 23, dan R. Puvaneswary, 21, serta anak lelakinya R. Suhan, 17.

Pegawai Operasi Balai Bomba Sungai Siput M. Raja Murthy berkata bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 12 tengah malam.

Dua jentera dari Balai Bomba Sungai Siput dan Ipoh melibatkan 12 anggota bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata jiran mangsa memaklumkan bahawa terdapat bunyi letupan kuat di bahagian dapur sebelum melihat api marak di rumah terbabit.

"Jiran mangsa memberitahu dia tidak nampak mangsa keluar dari rumah. Anggota bomba mencari di ruang dapur dan melihat keempat-keempat mereka rentung dan berada dalam keadaan berpelukan," katanya.

Raja Murthy berkata bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan namun terdapat sedikit keretakan di rumah bersebelahan akibat letupan itu.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan jumlah kerugian dianggarkan RM160,000, katanya.

Difahamkan mangsa baru lapan bulan tinggal di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Katanya keluarga itu dipercayai berada dalam keadaan kesedihan selepas bapa tiga beradik itu, M. Rajan, 48, meninggal dunia Jumaat lepas.

Polis, katanya, tidak menolak kemungkinan kejadian itu merupakan satu tindakan yang dirancang sendiri oleh mangsa.

"Kita tidak menolak kemungkinan kes ini berlaku disebabkan perasaan sedih mangsa dengan kematian ahli keluarga mereka dan mereka membuat tindakan melulu. Bagaimanapun polis akan menyiasat punca sebenar kejadian ini berlaku," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat sebagai kes laporan kebakaran dan kematian mengejut.  - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved