Selasa, 24 Julai 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Sektor Hartanah <b>Di Ipoh</b> Tidak Ketinggalan, Semakin Berkembang <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 10:39 PM PDT

Kerajaan Perak akan memastikan pembangunan sektor hartanah di bandar raya Ipoh dapat diseimbangkan dengan harga bersesuaian yang mengikut pasaran dan kemampuan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberitahu bahawa apa yang kerajaan laksanakan adalah untuk memastikan supaya sektor hartanah terus meningkat dan masih dapat mengekalkan harga berdasarkan kemampuan rakyat.

"Sektor hartanah di Ipoh tidak ketinggalan sebenarnya malah harga hartanah di bandar raya ini semakin meningkat.

"Walaupun hasrat kerajaan untuk terus mengembangkan sektor hartanah, namun  kita akan pastikan harga itu tidak terus keterlaluan kerana salah satu faktor rangsangan dan faktor permintaan bergantung kepada aspek harga suasana.

"Atas sebab itu kita kena mengimbangkan antara permintaan dengan harga kerana bagi kita apa yang paling penting adalah harga yang berpatutan dan juga bilangan rumah ataupun hartanah yang dapat diwujudkan," katanya.

Dalam pada itu, sebagai bukti pembangunan pesat dalam sektor terbabit menurut Zambry, permintaan hartanah kawasan utara Perak dilihat semakin berkembang berdasarkan permohonan tanah di sekitar Parit Buntar penuh.

Katanya lagi, iklim permintaan terhadap sektor hartanah di kawasan sempadan Perak terutama Kerian, Parit Buntar dan Bagan Serai semakin tinggi.

"Saya ingin maklumkan bahawa pemohonan tanah di Parit Buntar sudah tidak ada maksudnya tanah milik kerajaan negeri sendiri sudah tiada berikutan permintaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan ini begitu tinggi sekali.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan wujudnya permintaan di atas setiap pengeluaran dalam industri hartanah dalam usaha untuk mengelak dari berlakunya ketirisan," katanya ketika hadir di Majlis Penyempurnaan Pembinaan Struktut Bangunan The Haven pagi tadi.

Pembinaan Kondominium Mewah, The Haven dibina di Ipoh dengan berkonsepkan hotel bertaraf lima bintang.

Terletak di seberang Tasik Rockhaven, tersergam tiga blok bangunan kondominium The Haven Lakeside Residence yang menjadi saksi keindahan alam semula jadi.

Suasana damai memang dapat dirasakan sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kawasan kediaman elit setinggi 26 tingkat ini.

Tiga blok yang dibina pula seakan-akan mengepung tasik bekas lombong dengan sebuah tugu batu kapur setinggi 56 meter berusia 280 juta tahun di pinggir tasik.

Projek yang dimajukan oleh Superboom Project Sdn. Bhd itu menelan belanja RM270 juta itu bakal siap pada tahun 2013 ini menawarkan 497 unit kediaman eksklusif yang dilimpahi dengan gaya hidup mewah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan