Khamis, 22 September 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Pasaraya Mydin Gugusan <b>Manjoi</b> mula operasi April 2012 <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2011 11:09 PM PDT

Gugusan Manjoi, perkampungan Melayu tradisional terbesar di Malaysia dijangka berubah menjadi sebuah perkampungan yang serba moden apabila pasaraya Mydin, gedung jualan borong dengan harga berpatutan mula beroperasi menjelang April tahun depan.

Projek yang dibina dengan kos RM50 juta itu juga bakal menawarkan kira-kira 300 peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (IKS) di kawasan sekitarnya memasarkan produk mereka di pasaraya itu.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya juga menyediakan 18 lot kedai dan lapan lot gerai makanan untuk disewa kepada penduduk yang berminat untuk berniaga dalam pasar raya itu.

"Keutamaan pastinya diberi kepada penduduk tempatan untuk menyewa lot kedai dan gerai makanan yang disediakan dalam pasaraya ini.

"Kita yakin pasaraya ini bukan dapat menarik pengunjung di sekitar Ipoh tetapi juga dari kawasan luar Perak selain menjadi pemangkin kepada lebih banyak pembangunan di kawasan Gugusan Manjoi," katanya kepada pemberita di Ipoh, pagi ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melawat tapak projek pasaraya Mydin Gugusan Manjoi di Kampung Sungai Tapah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ameer berkata, apabila beroperasi kelak, pasaraya itu akan menawarkan perkhidmatan jualan barangan keperluan harian kepada penduduk kampung dalam radius tiga kilometer (km).

"Syarikat mengambil keputusan untuk membuka cawangan pasaraya Mydin yang keenam di Gugusan Manjoi kerana mahu pembangunan bermula dari dalam kampung dan seterusnya limpahan ekonomi turut dirasai di kawasan sekitarnya.

"Pasaraya Mydin Gugusan Manjoi ini adalah pasaraya pertama yang dibina dalam kawasan kampung dengan berkeluasan 70,000 kaki persegi," katanya lagi.

Selain di Gugusan Manjoi, sebuah lagi pasaraya besar Mydin sedang dibina iaitu di Meru Raya yang menelan kos RM150 juta.

Projek itu dijangka siap pada Februari tahun depan, kata Ameer.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan yang ditemui Peraktoday.com menyambut baik pembangunan projek pasaraya Mydin di Gugusan Manjoi yang disifatkan mampu melonjakkan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Jamilah Mansor, dari Kampung Dato' Ahmad Said, berkata rakyat tempatan khususnya anak muda berpeluang untuk bekerja di pasaraya itu apabila ia beroperasi kelak.

"Dengan terbinanya pasaraya ini, Gugusan Manjoi bakal menjadi sebuah perkampungan tradisional yang moden dan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga orang luar," katanya.

Peniaga pasar malam, Mohd Elan Hamid, 45, pula berkata, projek itu bakal menjadi platform kepada peniaga Bumiputera untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam perniagaan.

"Bagi saya, projek ini boleh membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan kemajuan kepada kawasan sekitar Gugusan Manjoi.

"Sebagai peniaga, kami pasti turut menerima tempias dengan kehadiran pengunjung yang datang membeli barang keperluan di pasaraya Mydin," jelasnya lagi.

PASARAYA MYDIN <b>DI</b> IPOH | al-mukmin

Posted: 06 Sep 2011 09:26 AM PDT

Pusat membeli belah Pasaraya Besar Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) di Manjoi, Ipoh yang dibangunkan dengan perbelanjaan RM50 juta, dijangka beroperasi April depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pasaraya besar itu, adalah yang keenam selepas cawangan pasar raya besar di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Kubang Kerian, yang kesemuanya terletak di Kelantan.

"Pemilihan kawasan ini adalah kerana, ianya terletak di tengah-tengah perkampungan tradisional dan mampu memberikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan di kawasan ini.

"Kita juga menyediakan peluang kepada anak tempatan untuk menjadi usahawan dengan menyediakan 18 lot perniagaan di dalam pasar raya besar dua tingkat ini," katanya.

Menurutnya, apabila beroperasi kelak, pasar raya besar itu menyediakan 300 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Selain pasaraya besar itu, Ameer berkata, syarikatnya turut melabur sebanyak RM150 juta bagi pembinaan pasar raya besar Mydin di Meru Raya yang terletak 20 minit dari Manjoi.

Mengenai persaingan, beliau berkata, pihaknya tidak bimbang kerana walaupun Mydin baru membuka cawangan di Ipoh, ia telah pun mempunyai pelanggan tetap.

"Saya mendapat tahu ada pelanggan kami pergi membeli-belah di pasar raya Mydin di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur," katanya.

Mydin menjalankan aktiviti perniagaan dan pemborong di dalam penjualan merangkumi makanan, peralatan rumah, pakaian, barangan elektrik, permainan, barangan dan lain-lain.

Sehingga kini, Mydin mempunyai 74 cawangan di seluruh negara, termasuk lima pasar raya besar, 17 emporium, dua bazar, 36 mini pasaraya, lapan kedai kemudahan 24 jam (My Mart) dan enam francais Mydin Mart. – Bernama

<b>manjoi</b>.my: Pasar Ramadhan <b>di</b> sekitar Gugusan <b>Manjoi</b> (sepanjang <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 09:08 AM PDT

Klik pada gambar untuk saiz sebenar.

Bermula hari ini, 1 Ogos 2011, Pasar atau Bazar Ramadhan dibuka setiap hari, sepanjang bulan Ramadhan ini (1 hingga 29 Ogos).

Di dalam Gugusan Manjoi, Pasar Ramadhan diadakan di tempat yang biasa seperti tahun-tahun yang lalu, iaitu di tempat letak kereta Pasar Manjoi. Pasar Ramadhan ini bermula sekitar pukul 3 petang dan berakhir sekitar pukul 7 malam.

Pasar Ramadhan di tempat letak kereta Pasar Manjoi

Di luar Gugusan Manjoi, Pasar Ramadhan yang paling dekat ialah di sepanjang Jalan Jelapang Selatan 1, berhampiran Taman Kledang Raya dan Kampung Tengku Hussein Hujong. Kerana kedudukannya berhampiran Silibin, Pasar Ramadhan ini juga popular di kalangan orang bukan Islam.
Di Jalan Jelapang Selatan 1

Pasar Ramadhan juga diadakan di tapak pasar malam Taman Jati, Jelapang (pasar malam setiap hari Jumaat), berhampiran Taman Meru. Pasar Ramadhan ini pun popular di kalangan orang bukan Islam.
Selain daripada itu, terdapat banyak gerai-gerai kecil, sama ada secara bersendirian ataupun secara kluster,  yang didirikan di seluruh Gugusan Manjoi, terutamanya di bulan Ramadhan ini. Antara lokasi yang popular ialah di Jalan Baginda, Jalan Padang, Lebuh Rajawali dan Jalan Baru.
Jalan Baginda, Kg. Manjoi

Seperti biasa, keadaan lalulintas di kawasan sekitar Pasar Ramadhan ini sesak dengan kereta, motorsikal dan pejalan kaki. Keadaan lebih sesak selepas pukul 4.30 petang, apabila waktu pejabat tamat bagi sesetengah pekerja. Ketiadaan pihak berkuasa juga menyulitkan keadaan.

Oleh itu, kami minta kerjasama semua pihak untuk berhati-hati semasa memandu, kurang kelajuan anda dan tumpukan perhatian terhadap pemanduan anda. Kanak-kanak dan warga emas adalah kelompok yang biasa juga mengunjungi Pasar Ramadhan ini. Disebabkan ketiadaan laluan khas untuk pejalan kaki dan laluan melintas jalan, kami pohon semua pihak supaya bertimbang rasa dan utamakan keselamatan.

Jika anda boleh berjalan ke Pasar Ramadhan ini, silalah berjalan kaki. Jika anda berkenderaan, dan mampu berjalan, tolong letakkan kenderaan anda agak jauh dari kawasan yang sudah sedia sesak. Kerjasama semua pihak akan memudahkan semua pengunjung dan peniaga, dan dapatlah kita membeli-belah dengan selesa.

Jadilah sebahagian dari penyelesaiannya.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan