Rabu, 8 Februari 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Bandar <b>Seri Manjung</b> Kurang Terurus, PBT Tidur Gamaknya – Perak <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 02:08 AM PST

Bandar Seri Manjung merupakan bandar transit dalam perjalanan ke jeti di Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Sama ada perjalanan dari Teluk Intan, Tapah, mahupun Ipoh, bandar Seri Manjung perlu dilalui sebelum tiba di jeti Lumut. Dengan kata lain, bandar ini menjadi 'back-up' kepada Lumut sekiranya perjalanan ke Pangkor tidak dapat diteruskan.

Malangnya, Seri Manjung kurang dipedulikan!

Tinjauan mendapati Seri Manjung yang berlatarbelakangkan mereka yang berkerjaya di Lumut serta Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia, mahupun sebagai pesara, kurang memperlihatkan kepentingannya. Biarpun susun atur bangunan di bandar tersebut terlalu mirip dengan Bandar Miri di Sarawak, namun faktor-faktor lain seperti perparitan, sampah sarap serta perkhidmatan hotelnya begitu daif.

Tahun ini adalah Tahun Melawat Perak. Dengan kata lain, Bandar Seri Manjung turut terlibat dan menjadi bandar penting dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012. Kerajaan Negeri telah menghabiskan jutaan ringgit untuk mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan di Perak, tetapi nampaknya Bandar Seri Manjung barangkali tidak termasuk dalam senarai. Mungkin juga perancang-perancang pelancongan di Perak memikirkan, bandar ini sama seperti Pekan Kepayang yang sudah bertukar menjadi pekan hantu walaupun yang membelah di tengah-tengah pekan tersebut adalah jalan persekutuan utama menuju ke selatan Semenanjung.

Sistem perparitan di Bandar Seri Manjung, terutama sekali parit utama, masih lagi parit tidak berkonkrit. Ketika tinjauan dibuat, parit yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Lumut, penuh dengan semak-samun, sampah dan air yang bertakung, bukannya mengalir. Sekaligus menjadikan parit tersebut sebagai tempat pembiakan aedes dan agen encephalitis yang cukup meriah. Mungkinkah Seri Manjung akan menjadi sangat terkenal setelah kes-kes denggi meningkat, kemudian barulah parit-parit tersebut dibersihkan dan diselenggara dengan sebaik-baiknya?

Seri Manjung berada dalam Parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang. Ahli Parlimen Lumut adalah Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri pula adalah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang sangat kritikal tentang kesalahan UMNO dan Barisan Nasional tetapi sangat terkenal kerana tidak pernah peduli dengan kawasan yang diwakilinya. Exco Pelancongan Perak pada zaman Pakatan Rakyat berkuasa di Perak adalah Kapten (B) Osman Jailu yang telah melompat, sekaligus meranapkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Manakala Exco Pelancongan pada zaman UMNO-BN adalah Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Perak.

Seharusnya Bandar Seri Manjung mendapat perhatian sewajarnya memandangkan ia adalah bandar satelit untuk lokasi pelancongan utama Perak iaitu Pulau Pangkor. Imej yang terdapat di Bandar Seri Manjung adalah imej pesara tentera laut. Masakan kerana ianya merupakan kawasan penempatan pesara, maka bandar itu juga kelihatan sangat longlai, kurang diberikan perhatian dan diuruskan secara sambil lewa?

Takkanlah kerana ia bandar pesara, maka bandar yang sangat strategik dari segi komersial itu terbiar begitu sahaja? Takkanlah tidak ada langsung produk-produk yang boleh diperkenalkan untuk menaikkan imej Bandar Seri Manjung? Malah, masakan Seri Manjung langsung tidak terdapat dalam peta lokasi pelancongan Perak?

Jumlah hotel yang wujud di Bandar Seri Manjung juga amat berkurangan. Walaupun sebagai bandar transit, Seri Manjung nampaknya tidak bersedia untuk ditumpangi oleh mereka yang singgah di bandar berkenaan. Masalah ketiadaan bilik di Bandar Seri Manjung, biasanya akan dipindahkan ke Lumut atau lokasi-lokasi lain seperti Teluk Batik dan Teluk Rubiah, iaitu dua lagi lokasi pelancongan penting di pantai negeri Perak yang juga menjadikan Seri Manjung sebagai transitnya.

Atau barangkali juga Bandar Seri Manjung memang akan dikekalkan dengan imej sebegitu sebagai daya tarikan pelancong?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan