Rabu, 7 September 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Hari Jadi seorang nenek diganggu oleh kumpulan lelaki bersenjata <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2011 04:21 PM PDT

No of View :417

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menyerang rumah Gordan Francis di Taman Desa Rishah, Ipoh, Perak, semalam.

Sambutan hari ulang tahun kelahiran seorang nenek yang dihadiri 32 ahli keluarganya di Taman Rishah di sini gempar apabila diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pistol, parang dan kayu golf, awal pagi ini.

Kejadian pukul 1.50 pagi itu turut mengakibatkan seorang daripadanya iaitu Gordan Francis, 18, yang juga cucu kepada M. Marianee, 58, cedera di bahagian bahu akibat terkena tembakan.

Menurut ibu saudara Gordan, G. Ushanantini, 30, salah seorang daripada suspek yang tidak dikenali itu dan bersenjatakan pistol melepaskan dua das tembakan rambang ke dalam rumah mereka.

"Ketika itu, anak saudara saya (Gordan) sedang duduk di atas motor menghisap rokok di luar pagar rumah sebelum keluar seorang lelaki daripada sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih melepaskan tembakan pertama, tetapi tidak kena.

"Dia (Gordan) yang panik lalu menghidupkan enjin motosikal dan cuba melarikan diri, namun tembakan kedua terkena bahu kirinya. Salah seorang suspek juga tidak berpuas hati dan memecahkan pintu kaca hadapan rumah dengan kayu golf.

"Namun, jeritan kanak-kanak termasuk tangisan seorang bayi berusia sebulan yang sedang tidur dalam buaian di ruang tamu menyebabkan semua lelaki itu melarikan diri," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, suspek-suspek berkenaan menyerang seorang lagi lelaki berusia 21 tahun di sebuah restoran berdekatan sebuah hotel di Menglembu di sini pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurut beliau, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori sedang berbual bersama dua lagi rakannya.

Utusan Malaysia difahamkan, lelaki berkenaan digunakan oleh suspek untuk mencari lokasi rumah Gordan di Taman Rishah yang terletak kurang satu kilometer dari restoran berkenaan.

"Lelaki itu telah didatangi sekumpulan suspek menaiki kereta sama iaitu Proton Iswara putih bernombor plat ACJ 352.

"Mangsa kemudian dibawa ke Taman Rishah sebelum dilepaskan di Jalan Kuala Kangsar berdekatan stesen pam minyak Petronas.

"Suspek juga bertindak merampas dokumen peribadi mangsa serta telefon bimbitnya jenis Sony Ericson," katanya.

Dzuraidi berkata, polis masih menyiasat motif serangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta senjata api

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Sambutan Hari Jadi Seorang Nenek Diganggu Lelaki Bersenjata

Posted: 04 Sep 2011 06:00 PM PDT

Sambutan hari ulang tahun kelahiran seorang nenek yang dihadiri 32 ahli keluarganya di Taman Rishah di sini gempar apabila diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pistol, parang dan kayu golf, awal pagi ini.

Kejadian pukul 1.50 pagi itu turut mengakibatkan seorang daripadanya iaitu Gordan Francis, 18, yang juga cucu kepada M. Marianee, 58, cedera di bahagian bahu akibat terkena tembakan.

Menurut ibu saudara Gordan, G. Ushanantini, 30, salah seorang daripada suspek yang tidak dikenali itu dan bersenjatakan pistol melepaskan dua das tembakan rambang ke dalam rumah mereka.

"Ketika itu, anak saudara saya (Gordan) sedang duduk di atas motor menghisap rokok di luar pagar rumah sebelum keluar seorang lelaki daripada sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih melepaskan tembakan pertama, tetapi tidak kena.

"Dia (Gordan) yang panik lalu menghidupkan enjin motosikal dan cuba melarikan diri, namun tembakan kedua terkena bahu kirinya. Salah seorang suspek juga tidak berpuas hati dan memecahkan pintu kaca hadapan rumah dengan kayu golf.

"Namun, jeritan kanak-kanak termasuk tangisan seorang bayi berusia sebulan yang sedang tidur dalam buaian di ruang tamu menyebabkan semua lelaki itu melarikan diri," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, suspek-suspek berkenaan menyerang seorang lagi lelaki berusia 21 tahun di sebuah restoran berdekatan sebuah hotel di Menglembu di sini pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurut beliau, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori sedang berbual bersama dua lagi rakannya.

Utusan Malaysia difahamkan, lelaki berkenaan digunakan oleh suspek untuk mencari lokasi rumah Gordan di Taman Rishah yang terletak kurang satu kilometer dari restoran berkenaan.

"Lelaki itu telah didatangi sekumpulan suspek menaiki kereta sama iaitu Proton Iswara putih bernombor plat ACJ 352.

"Mangsa kemudian dibawa ke Taman Rishah sebelum dilepaskan di Jalan Kuala Kangsar berdekatan stesen pam minyak Petronas.

"Suspek juga bertindak merampas dokumen peribadi mangsa serta telefon bimbitnya jenis Sony Ericson," katanya.

Dzuraidi berkata, polis masih menyiasat motif serangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Related posts:

  1. Dikurung & Diseksa Isteri Teman Lelaki
  2. Terdesak Mencari Wang Untuk Majlis Kahwin, Lelaki Pura-pura Diculik
  3. Pengusaha Beras Mati Ditembak
  4. Disamun, Pukul Dan Ditampal Pelekat Pada Mulut Mata | Serang Wanita Maut
  5. Dirogol Dua Lelaki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan