Rabu, 7 September 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Melihat Hasil Laut <b>di</b> Anak Kampung <b>Pangkor</b>, Lumut

Posted: 07 Sep 2011 07:00 PM PDT

As-salam..

Masih mood Raya. Saya sempat singgah ke salah sebuah kedai hasil laut di Lumut pada petang raya kedua. Berhampiran atau berhadapan dengan stesen minyak Shell Jalan Lumut. Kalau biasa ke Lumut anda pasti tidak terlepas kedai ini yang berada di atas bukit (kiri anda ye). Malas nak ke Lumut pasti ramai dan parking agak sukar. Jadi, kami ke kedai ini lebih selesa dan senang parking kereta. ;)

Anak Kampung Pangkor

Dalam kedai terdapat pelbagai hasil laut yang segar dan memang murah-murah bagi saya. Saya beli pek-pek satay ikan dalam 4 bungkus untuk Rm 10.00 dan pek RM 10 dengan pelbagai produk mereka. Ikan bilis segar dan cantik-cantik lagi. Tapi, kurang bajet maka saya tidak beli ikan bilis segar itu! Lain kalilah ya. Jadi, mari lihat suasana kedai itu dalam gambar-gambar berikut.

Antara Produk Laut Yang Ada

Hasil Laut Macam-Macam Ada

Ramai Betul Pelanggan

Ikan Kering Tepi Jalan

Pekerja Mengangkat Ikan Yang Sudah Kering

Umar Tengok Sampai Habis Ikan Di Kutip

Sebelum balik ke rumah makcik, sempat kami lihat pekerja mengutip ikan yang dikeringkan di tepi jalan ini. Memang besar-besar ikannya. Stok setahun memang sempat! :P

Alamat Kedai:

Pemborong Hasil Laut anak Kampung Pangkor

No 11-14, Lumut Pantai Impian, 32200 Lumut Perak.

Tel Pejabat : 05 6920839

p/s: singgah Lumut atau Sitiawan, boleh jalan-jalan dan membeli hasil laut di sini. ;) pss lain kali nak beli ikan bilis kilo-kilo!!! (i love ikan bilis)

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan