07 di jelapang - Google Blog Search |
KANTOI! Chua Soi Lek Hentam 'Katak <b>Jelapang</b>'! | Pencacai <b>...</b> Posted: 15 Nov 2012 04:30 AM PST Hasrat hati nak bertanding wakili Barisan Nasional (BN) kali ini, tapi nampaknya MCA awal-awal lagi sudah kata, "Jangan mimpi"! Begitulah yang terjadi ke atas ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang menawarkan diri bertanding sekali lagi di kerusi yang disandangnya kini, tetapi kali ini mahu mewakili BN! Tertekan dengan pengumuman tersebut, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Presiden MCA, Chua Soi Lek menempelak keputusan Yit Foong sambil menegaskan calon yang dipilih bukan sekadar diterima rakyat tetapi juga mesti diterima kesemua parti dalam komponen rejim itu. Sambil menegaskan kerusi tersebut milik MCA yang akan mewakili BN, Soi Lek menyindir Yit Foong sebagai 'orang luar' yang tidak perlu dilayan selagi tiada perbincangan peringkat tertinggi yang akan diputuskan pengerusi BN, Najib Altantuya. Yit Foong menang dalam pilihanraya umum lalu atas tiket DAP tetapi kemudiannya melompat dan menjadi ADUN bebas mesra-BN hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada 4 Februari 2009. Selain Yit Foong, turut melompat adalah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu, kedua-duanya bekas ADUN KEADILAN. Seorang lagi, ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang keluar Umno menyertai KEADILAN diugut supaya memasuki semula BN hanya setelah dua hari 'menghilangkan diri'. Yit Foong dikatakan melompat bagi membayar hutang judi suaminya setelah dijanjikan RM25 juta oleh Najib Altantuya melalui kroninya, bos Berjaya Group, Vincent Tan Chee Yiuon. |
You are subscribed to email updates from di jelapang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan