Isnin, 3 Oktober 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


MAZHA 2010: Ala "Nilai 3" <b>di Seri Iskandar</b>, Perak

Posted: 02 Oct 2011 11:11 PM PDT

Bandar Seri Iskandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Ipoh, bakal menjadi pusat membeli belah ala "Nilai 3" di Negeri Sembilan apabila pembangunan sebuah pusat jualan borong bernilai kira-kira RM200 juta dibangunkan di situ.

Projek berkenaan akan dimajukan secara usahasama antara Syarikat Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di tapak seluas kira-kira 19.2hektar.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh berkata kompleks itu akan melibatkan pembinaan 222 unit kedai yang merupakan sebahagian daripada projek Seri Iskandar Business Centre.

"Pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2012 dan bakal meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi Zon Utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.

"Kami menjangkakan dapat menarik kira-kira tiga juta pelancong tempatan ke pusat ini termasuk dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah," katanya selepas menandatangi perjanjian persefahaman antara syarikatnya dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di Ipoh, baru-baru ini.

Persatuan berkenaan diwakili pengerusinya Dr Tee Boon Thiam dan majlis berkenaan disaksikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir. Marcus berkata keputusan memilih Seri Iskandar dibuat kerana kedudukan yang strategik dan berdasarkan pertumbuhan pembangunan ekonomi sekitar dan juga seluruh negeri yang baik dan dijangka berkembang pesat.

Sementara itu, Dato' Seri Dr Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya Seri Iskandar.

"Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya.

Seri Iskandar juga terkenal sebagai sebuah bandar universiti kerana menempatkan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan