Isnin, 3 Oktober 2011

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pemandu Maut, Penunggang Parah – Kemalangan 3 Kenderaan <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 12:00 AM PDT

Pemandu Maut, Penunggang Parah – Kemalangan 3 Kenderaan

KM 410.5
Lebuhraya Utara Selatan
sebelum susur Lembah beringin,
Hulu Selangor
27 September, 2011
9.30 malam
 

Kemalangan Maut Ke 6 di laluan Bayangan Maut bulan ini.

Nama mangsa  : Maut – Wong Chon Lam, 49 tahun – pemandu lori

Parah – Mohd Razi Hassan – penunggang motosikal.

Kemalangan ini membabitkan 3 kenderaan – sebuah treler, sebuah motosikal dan sebuah lori.

Kejadian berlaku arah utara, kira-kira 200 meter sebelum susur Lembah Beringin.

Semuanya bermula apabila sebuah treler membawa muatan penyejuk radiator (radiator coolant) tercabut tayarnya.

Pemandu treler kemudian cuba mengawal kenderaan dipandunya dan berjaya memandu sehingga lorong kecemasan.

Bagaimanapun, kira-kira 100 meter di belakangnya, Mohd Razi Hassan, sedang menunggang motosikal – cuba mengelak tayar yang tercebut itu.

Malangnya, motosikalnya hilang kawalan dan mangsa tercampak – kedua-dua kakinya patah.

Mohd Razi dalam perjalanan bercuti ke kampungnya di Trolak Timur, Perak.

Mangsa dibawa ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut, dan sempat menelefon adiknya mengenai kemalangan itu.

Di masa sama, Wong Chon Lam, 49 tahun, yang memandu sebuah lori membawa muatan minyak pelincir, cuba mengelak kemalangan di hadapannya itu dan terbabas memasuki laluan kecemasan.

Malang bagi mangsa, lorinya terus merempuh belakang treler terbabit, menyebabkan Wong tersepit di tempat duduknya.

Mangsa yang maut di tempat kejadian, dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tg Malim.

Mayat dihantar ke Hospital KKB untuk bedah siasat.

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan