di negeri perak - Google Blog Search |
Perkasa <b>Negeri Perak</b> kesal dengan perbuatan sesetengah <b>...</b> Posted: 30 Sep 2011 08:34 PM PDT PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perak kesal dengan perbuatan sesetengah pemimpin Umno di beberapa bahagian di negeri ini yang terus melobi untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Yang Dipertua Perkasa Negeri Perak, Ahmad Zaini Ismail berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan bahawa pemimpin tersebut tamakkan kuasa walaupun kepimpinan mereka sudah tidak relevan lagi. "Keadaan ini menyebabkan pucuk pimpinan tertinggi Umno kerap mengingatkan ahli bahawa hanya calon 'likeable' dan 'winnable' yang akan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 nanti. "Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN baru-baru ini turut mengingatkan wakil-wakil rakyat sedia ada supaya mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi menang dalam pilihan raya. "Bagaimanapun, nasihat tersebut tidak diambil peduli malahan mereka terus melobi dengan menghantar pelbagai memorandum dan helah termasuk membeli laporan agensi serta mesyuarat palsu mendesak mereka dipilh semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya, mereka sepatutnya sedar dan memahami tentang apa yang telah dibangkitkan oleh pucuk pimpinan parti dan sedia melepaskan jawatan mereka secara baik. Ahmad Zaini berkata, kita bimbang mereka yang tidak terpilih nanti akan memboikot calon pilihan BN sekaligus menyebabkan akan kehilangan kerusi pada PRU nanti. Sementara itu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberitahu apa yang menjadi kepentingan dalam pemilihan calon adalah sama ada pempimpin berkenaan mampu menggalas tanggungjawab dan disukai rakyat. Malah katanya, sama ada calon itu muda, tua, baru atau lama tidak harus dijadikan kayu ukuran kerana aspek 'likeable' dan 'winnable' merupakan salah satu faktor pemilihan calon bagi parti itu. Apa yang kita mahu adalah… kita akan memperkenalkan calon-calon ini supaya apabila parti telah membuat keputusan mala rakyat tidak akan terkejut dengan pemilihan atau keputusan itu. "Ini kerana kita tidak mahu timbul lagi cerita-cerita dulu dimana tiba-tiba sahaja wujud situasi seperti 'calon helikopter'.. jadi kita tidak mahu ia terjadi lagi," katanya. – Nooraini Mahamad. |
You are subscribed to email updates from di negeri perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan