Jumaat, 26 Ogos 2011

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Fasa pertama projek <b>jelapang</b> padi bermula 2012Oleh Agnes Tugong <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 08:46 PM PDT

Posted on August 23, 2011, Tuesday

KUCHING: Fasa pertama pelaksanaan projek jelapang padi di Lingga, Banting de-ngan kos RM76 juta akan dimulakan pada 2012.

Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang berkata kerja-kerja di peringkat fasa pertama itu melibatkan pembinaan infrastruktur termasuk jalan dari Lingga ke Banting serta sistem pengairan.

Menurutnya, tender akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini bagi memboleh-kan kerja-kerja fasa pertama siap dalam tempoh 18 bulan mengikut jadual.

"Perkara ini telah pun di-bincangkan dalam satu me-syuarat di Sri Aman baru-baru ini, di mana ia turut dihadiri oleh konsultan yang terlibat, wakil pertanian daripada persekutuan termasuk Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim.

"Susulan perbincangan itu, taklimat akan diadakan dalam masa dua atau tiga hari ini bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bagi menjelaskan perkara ini dengan terperinci," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mengulas perkembangan terkini projek jelapang padi di Lingga, Banting me-libatkan tanah seluas 5,000 hektar.

Jelas Mong, projek penanaman padi secara besar-besaran di Lingga Banting ini akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan terlibat dan berhampiran terutama di kalangan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian.

"Saya belum dapat menyatakan dengan tepat bila jelapang padi ini boleh dimulakan kerana ia bergantung kepada infrastruktur yang akan di-bina tahun depan.

"Sebaik kerja-kerja pembinaan infrastruktur siap dalam tempoh 18 bulan bermula dari hari pertama pelaksanaannya barulah aktiviti penanaman padi secara besar-besaran itu akan akan dapat dijalankan," ujarnya.

Buletin Online: Mini Estate padi Kampung <b>Jelapang</b>; JKKK, Ketua <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 04:09 AM PDT

SETIU - Para pesawah padi yang juga 'pemilik TOL' dan 'umarah' tanah padi Kampung Jelapang disini kesal kerana Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berbohong dan melaksanakan tipu daya sehingga mereka menandatangani persetujuan menyertai cadangan 'mini estate' padi

Menurut seorang suri rumahtangga, Puan Nora bt Abdullah, 48, (Gambar kiri)  beliau telah ditunjukkan surat-surat serta dokumen berkaitan oleh Ketua Blok, Zainal Abidin Yusof @ Mamat, kira-kira tiga bulan lalu.

Beliau mendakwa, Mamat tidak membacakan kandungan surat dan dokumen berkenaan, walaupun beliau meminta Mamat membacakannya.

Bahkan, katanya, Mamat tidak bercakap benar dan berbohong berkenaan kandungan surat dan dokumen tersebut yang sebenarnya.

"Saya suruh dia (Mamat) baca surat tu, dia kata tak bacalah, kalau sign (tandatangan) nanti kita dapat subsidi, lepas tu saya pun sign,"katanya ketika ditemui, Rabu 24 ogos.

Katanya, Mamat juga mendakwa sekiranya surat dan dokumen itu ditandatangani, tanah tanaman padi tersebut akan menjadi hak miliknya.

Selain Puan Nora, seorang pesawah yang juga seorang suri rumah, Puan Fauziah Zakaria, 53, [Gambar kanan] mendakwa, suaminya telah di 'perdaya' oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Kesalamatan Kampung.

Menurut Fauziah yang tinggal dikampung Jelapang sejak 30 tahun lalu,  suaminya menandatangani surat tersebut kerana dipaksa oleh pihak JKKK.

"JKKK kata semua orang sign (tandatangan), dia (suaminya) tidak usul periksa, turut sign surat itu,"ujarnya dengan nada kesal.

Pemeriksaan Buletinonline terhadap dokumen yang ditandatangani pesawah terbabit mendapati, terdapat dua keping surat yang menjadi asas kepada perancangan 'Mini-Estate padi'.

Surat yang pertama merupakan surat permohonan pesawah untuk menyertai rancangan mini estate, manakala surat kedua adalah surat penyerahan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu untuk menerima sebarang subsidi.

Sehubungan itu, seorang pesawah Zainal Abidin Yusof , 50,  melahirkan rasa tidak puas hati keatas perjalanan projek penanaman padi tersebut.

Selain merasa tertipu dengan tindakan kerajaan mahu melaksanakan rancangan 'Mini Estate' padi itu, Zainal mendakwa terdapat 'pilih kasih' dalam pengurusan.

Projek penanaman padi di Kampung Jelapang dimulakan kembali pada tahun 2008 setelah terbiar semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Dato' Seri Idirs Jusoh.

Pada zaman pemerintahan PAS 1999 - 2004, kerajaan telah menghidupkan kembali sawah terbiar yang telah mula diusahakan pada tahun 1989.

Ketika perasmian pembukaan semula kawasan berkenaan, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said berjanji akn membuka tanah baru seluas 1500 ekar dan memberikan 10 ekar kepada setiap petani.

Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Mak Jintan sedang berjalan.

"Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,

"sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,

"kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,"katanya.

Namun setelah dua tahun berlalu, kini, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi, bahkan tana padi sedia ada akan dirampas daripada pesawah untuk dijadikan 'Mini Estate'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan