Ahad, 9 Disember 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Travelog Impian Abadi: Memburu Durian <b>di Taiping</b>

Posted: 06 Dec 2012 01:01 AM PST

Disebabkan musim durian ni, niat nak melantap durian hari-hari semakin bergobar-kobar. Tak senang duduk. Nak seludup durian masuk bilik maunyer kene tibai ngan kawan-kawan. Yer lah... benda busuk siapa suka kan. Tapi sedap dimakan. hehehe...
Alhamdulillah.... peluang datang tanpa diduga. Ajakkan kawan untuk balik ker kampungnyer diterima dengan hati terbuka. Ajak bukan sebarang ajak tau, ajaknyer untuk melahap durian-durian kampung kat Taiping tue. Katanya durian berlambak-lambak. Kalau tak ada yang makan siapa lagi nak makan kan. Family dia pun nampak cam tak jual durian tue. So bleh makan free la nie. 
3 hari 2 malam disana memang sangat best. Kenyang perut nie bila disajikan dengan masakkan yang enak-enak. Lagi best bila hari-hari hati dihiburkan dengan durian. Hehehe.... tak menyesal memburu durian nie sampai ke Taiping.
Sampai jer kat rumah Mieza dalam pukul 12 malam cam tue terus diajak makan malam. Atas meja tue dah siap terkopek dah isi-isi durian. Segarnyer.... sedapnyer.... Rajin mak dia nie duk hidang durian dalam pinggan. Tak perlu nak kopek sendiri durian tue. Apa lagi, dah habis makan nasi terus makan durian. Mak aihh.... 2 pinggan besar abiz durian tue. Bila tidur masing-masing pengsan abiz. Selimut tolak tepi sebab dah kepanasan.
Aktiviti pagi tue bangun jer tidur sambung makan balik. Lewat pukul 9.30 cam tue Mieza dah ajak pergi kampung dia. Nak pergi kutip durian jatuh tapi bila sampai jer tengok durian dah berlonggok-longgok kat bawah rumah tue. Alahai.... rupanya family dorang dah upah orang untuk kutip durian tiap-tiap hari. Hehehe..... selamat. Tak perlu nak masuk dalam semak-semak tue. Risau gak kalau ada Pak Cak aka pacat. Geli aiihhh......
Sesi mengutip buah rambutan. Dah masak ranum. Best....
Durian dah tak perlu nak kutip dah. Masanya untuk panjat pokok rambutan. Tapi tak terpanjat pun. Kawan Cik Putih, Temah aka Husna kait pakai gunting jer. Yang selebihnya pakai gunting tangan sebab pokoknyer rendah sangat. Ada rambutan kuning and merah. Yang kuning tue amik makan kat situ jer. Yang Merah amik bawak balik kampus nanti. Satu plastik hitam kiteorang amik. Nie pun risau kalau tak habis.
Mengait dan mengunting buah rambutan. Adekah....
Cantik betul kampung Mieza nie. Cik Putih suka tengok rumah neneknyer nie. Walaupun tak ada yang tinggal kat situ tapi masih elok terjaga. Seni binanya cantik jer. Tomey... Sempat la amik pic kat depan rumah tue. Buat kenangan. Tapi banyak-banyak pic kan xder pun gambar durian. Haha... banyk rambutan jer. Tak sempat nak snap la. Sekeliling rumah nie ada pokok durian, pokok rambutan, pokok nangka, pokok kedondong bla...bla...bla. Lepas tue dah tak sempat nak observe. Bestnyer ada kampung cam nie. Kampung Cik Putih dekat dengan pantai so ada pokok nyiur jer lah. Hiksss...
Satu kereta sorong diangkutnyer durian nie. haha....

Rumah kampung. Memang cantik...
Lepas tue Mieza bawak pusing-pusing bandar Taiping. Petangnyer ingat nak naik Bukit Larut, lepas tue p mandi air terjun. Nasib badan, hujan turun mencurah-curah tanpa henti sampai ker malam. Abiz rosak plan petang tue. Tapi Mieza still bawak pusing-pusing bandar Taiping tue. Tengok dari dalam kereta jer sebab hujan memang lebat. Teruja tengok bangunan lama kat Taiping. Cantik. Taman-taman kat situ pun cantik dengan pohon-pohon merimbun sepanjang jalan. Redup suasana kat situ. Mieza ada ajak ker zoo tapi rasa cam tak menarik plak. Nak save duit jugak so nanti masuk kene bayar lagi. Petang sikit Mieza ajak p pasar malam Kamunting. Time nie Cik Putih tak ikut la sebab ralik duk tengok cerita Ombak Rindu. Haha.....
Eh...lupa plak nak cakap. Lepas makan tengahari kita orang sambung makan durian lagi. Entah berapa puluh biji dah kami makan tak ingat. Siap tersedia air cap badak. Takut ooo nanti badan panas terkena plak demam. Temah, Miera and Mieza termasuk Cik Putih masing-masing hantu durian. So, makan memang tak ingat dunia.
Esokkan harinya pula, Mak Mieza buat pengat durian. Ahh... sedap tak terkira sambil cicah dengan roti. Huhu... ok serius. 3 4 kali Cik Putih tambah. Burkk.... kenyang sangat. Sempat santai-santai tengok tv tak kemana dah pagi tue. Petang sikit dah nak balik KL. Pagi tue jugak ayah Mieza p amik durian lagi kat kampung. Ingat nak makan sekali round lagi tapi tak sempat. Terkilan plak. Huhu..... sebab terkenyang dengan masakkan mak Mieza lunch tue. Nasi Beriani ker apa entah mak dia buat. Sedap sekali dengan dalca. Patutlah Mieza nie tak kurus-kurus. Mak dia memang masak sedap. Oyeahh.....
Pukul 1.20 petang dah nak balik. Selamat tinggal Taiping. Insya Allah ada peluang nanti Cik Putih datang lagi. Datang untuk ronda-ronda Perak nie. Terima kasih sangat Cik Putih dengan Mieza sebab sudi ajak balik rumah dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan