Selasa, 17 Mei 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 17 May 2011 07:39 AM PDT

Kosmo Online


Dua guru mati lemas di pantai Kijal

Posted:

Dua guru mati lemas di pantai Kijal

Dua guru mati lemas di pantai Kijal

17/05/2011 6:53pm

KEMAMAN – Dua guru lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kijal, di sini lemas ketika mandi di Pantai Kijal di sini dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Harun, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu dan rakannya Md Iskandar Mat Arif, 26, dari Muar, Johor cuba diselamatkan orang awam yang berada di pantai itu namun kedua-duanya telah pun meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata dua guru itu dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi bagaimanapun salah seorang daripada mereka lemas 15 minit kemudian.

"Rakannya cuba membantu untuk menyelamatkan mangsa tetapi arus deras telah menghanyutkan kedua-dua guru muda ini.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke tepi pantai dan memberi bantuan kecemasan kepada kedua-duanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdullah berkata bagaimanapun Anuar yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Md Iskandar yang mengajar subjek Agama Islam di sekolah itu gagal diselamatkan.

Mayat kedua-dua guru itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Saksi kejadian, Mohd Azlizan Othman, 23, berkata beliau sedang berkelah di pantai itu bersama keluarga apabila diberitahu tentang kejadian lemas oleh seorang lelaki yang sedang mengutip sampah di pantai itu.

"Saya bergegas ke situ dan cuba membantu orang awam menyelamatkan mangsa untuk dibawa ke tepi pantai dan cuba memberikan pernafasan mulut ke mulut kepada salah seorang mangsa itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua guru itu telah meninggal dunia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KYS anjur pameran kerjaya di Sembulan

Posted:

KYS anjur pameran kerjaya di Sembulan

KYS anjur pameran kerjaya di Sembulan

17/05/2011 5:00pm

KOTA KINABALU – Kolej Yayasan Sabah (KYS) dengan kerjasama JobsMalaysia Centre akan menganjurkan pameran kerjaya KYS di City Campus KYS, Sembulan pada Khamis ini.

Ketua Eksekutif KYS, Dr Dayang Aminah Ali berkata, pameran kerjaya itu bertujuan membolehkan golongan yang masih mencari pekerjaan untuk mendapatkan maklumat penting tentang peluang kerja yang ditawarkan oleh syarikat, agensi dan firma yang akan menyertai pameran tersebut.

Katanya aktiviti ini merupakan usaha Kolej Yayasan Sabah (KYS) yang julung kali diadakan dengan bantuan JobsMalaysia Centre di bawah Jabatan Tenaga Kerja, Sabah.

"Ia terbuka kepada semua pelajar IPTS/IPTA yang bakal menamatkan pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi termasuk daripada pusat-pusat latihan di Kota Kinabalu serta kepada orang awam yang berminat," katanya di sini hari ini.

Empat belas organisasi majikan dari Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah akan menyertai pameran kerjaya tersebut yang akan bermula dari 9 pagi hingga 4 petang. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki jatuh bangunan elak dicekup Jawi

Posted:

Lelaki jatuh bangunan elak dicekup Jawi

Lelaki jatuh bangunan elak dicekup Jawi

17/05/2011 4:23pm

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata, pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 17 May 2011 07:18 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Suami Datin Orchid meninggal dunia

Posted: 17 May 2011 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari pemergian isteri tercinta Datin Orchid Abdullah, Datuk Mokhtar Omar pula menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira 6.45 pagi tadi akibat penyakit jantung.

Allahyarham berusia 70 tahun.


Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, AU2 Keramat sebelum dikebumikan berdekatan pusara isterinya di Tanah Perkuburan Islam AU1 Keramat kira-kira 11.30 pagi.

Anak bongsunya Nur Shafinaz, 31, mendapat panggilan daripada Hospital Ampang pada kira-kira 6.30 pagi tadi yang memaklumkan bapanya sedang tenat.


"Saya terus ke sana dan bila sampai, saya dimaklumkan ayah sudah meninggal dunia. Doktor memberitahu jantung ayah sudah tidak kuat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perkuburan Islam Keramat AU1 di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Singapura didakwa bekal alat kejuruteraan pada militan

Posted: 17 May 2011 03:01 AM PDT

JOHOR BAHARU: Ahli perniagaan Singapura, Abdul Majid Kunji Mohamad yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipercayai membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kepada kumpulan militan di selatan Filipina.

Menurut sumber perisikan serantau, bekalan peralatan kejuruteraan itu adalah untuk kegunaan kilang membuat senjata yang dimiliki oleh kumpulan tersebut di kawasan yang dikuasainya di selatan republik terbabit.


"Beliau (Abdul Majid) dipercayai diminta untuk membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kegunaan kilang senjata milik kumpulan itu, yang berkeupayaan membuat pelbagai jenis senjata termasuk "rocket propelled grenade" (RPG)," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya bagi membolehkan kilang terbabit mengeluarkan senjata, ia memerlukan peralatan kejuruteraan yang moden dan berkualiti yang hanya boleh didapati di Malaysia dan Singapura.


Beliau berkata walaupun Abdul Majid yang kini menetap di Kuala Lumpur memiliki fahaman tentang Islam yang radikal, tetapi beliau dipercayai bukan merupakan anggota mana-mana kumpulan militan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 17 May 2011 03:47 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Terima kasih Perdana Menteri

Posted:

Terima kasih Perdana Menteri

Terima kasih Perdana Menteri

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUCHING 16 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili warga guru hari ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesion perguruan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai nafas baru sistem kenaikan pangkat yang diumumkan hari ini membuktikan Perdana Menteri sentiasa mendengar keluhan guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang berkenaan

"Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit negara, Perdana Menteri masih bersedia menawarkan penambahbaikan skim perkhidmatan pendidikan dengan memberi nafas baru kepada kaedah kenaikan gred khususnya secara time-based.

"Insya Allah, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini," katanya ketika berucap sewaktu melancarkan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha memartabatkan profesion perguruan adalah satu proses yang berterusan antaranya penambahbaikan dalam Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD).

Beliau turut menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan guru bagi melihat isu yang berkaitan dengan profesion perguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik untuk terus memartabatkan kerjaya itu supaya setara dengan darjat kemuliaannya.

"Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian kementerian sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru harus kental perkasa bidang pendidikan

Posted:

Guru harus kental perkasa bidang pendidikan

Guru harus kental perkasa bidang pendidikan

KUCHING 16 Mei - Para guru harus mempunyai semangat kental dalam menghadapi perubahan global yang semakin mencabar pada hari ini bagi memperkasakan bidang pendidikan serta generasi muda negara ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, mereka tidak patut mudah hilang semangat dalam memastikan usaha menyalurkan ilmu kepada generasi muda dapat dijayakan sepenuhnya.

Menurutnya, tugas seorang pendidik kini semakin mencabar kerana generasi muda tidak lagi merasai kepayahan untuk menimba ilmu pengetahuan kerana mereka sudah dibuai dengan kesenangan.

''Tidak seperti zaman dulu, generasi muda hari ini mendapat kemudahan dalam proses menimba ilmu pengetahuan serta memperoleh maklumat.

''Justeru, para guru perlu berani menempuh cabaran baru dalam tugas memberi pendidikan kepada generasi muda hari ini," katanya ketika berucap pada Malam Berambeh Majlis Pelancaran Hari Guru Ke-40 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; dua Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Pengarah Pelajaran negeri, Abdillah Adam.

Dalam pada itu, Abdul Taib memberitahu, untuk menjayakan negara sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, generasi muda perlu diberi pendidikan yang mantap khususnya dalam bidang teknikal bagi memenuhi keperluan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SCORE).

Katanya, keperluan tenaga kerja telah berubah dengan wujudnya SCORE apabila 50 peratus daripadanya melibatkan sektor pekerjaan yang memerlukan mereka mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal.

Pada masa sama, beliau memuji golongan pendidik kerana hasil usaha gigih mereka selama ini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan dari semasa ke semasa.

''Pendidik bukan sahaja memberi perkhidmatan di kawasan bandar, malah turut ditempatkan di kawasan-kawasan terpencil dan ini salah satu cabaran perit yang perlu diharungi oleh guru-guru," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Abdul Taib turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada guru-guru yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaedah baru kenaikan pangkat bantu jati diri guru

Posted:

Kaedah baru kenaikan pangkat bantu jati diri guru

Kaedah baru kenaikan pangkat bantu jati diri guru

KUALA LUMPUR 16 Mei - Kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru hari ini diharap dapat meningkatkan lagi jati diri guru sebenar.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, peluang peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan mereka bagaimanapun perlu dinilai melalui kriteria menyeluruh iaitu bukan sahaja bersandarkan pencapaian akademik.

Katanya, antara kriteria lain yang boleh diambil kira adalah kepimpinan membimbing murid dalam bidang kokurikulum, sukan termasuk akhlak dan disiplin murid.

"Kita harap pencapaian guru juga dinilai melalui pembabitan guru dengan masyarakat setempat, kita tidak mahu guru mengasingkan diri dengan masyarakat atau berada dalam dunia mereka sahaja.

"Sekiranya guru sanggup turun padang berjumpa dengan ibu bapa atau penjaga murid jika ada masalah, kita mahu semangat seperti itu akan wujud dalam diri guru,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kaedah baru kenaikan pangkat yang diumumkan itu adalah mengikut kategori empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Dalam pada itu, Mohamad Ali berkata, hal-hal berkaitan integriti di kalangan guru perlu dititik beratkan dengan memberikan satu pengiktirafan jika tidak pernah terlibat dengan kegiatan rasuah.

Sehubungan itu, katanya, kenaikan pangkat dan tangga gaji yang dicadangkan harus ditawarkan kepada mereka yang mempunyai semangat dan minat mendalam dalam profesion perguruan.

''Para guru harus bersikap profesional untuk meningkatkan standard mereka, sentiasa proaktif dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara,'' katanya.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, kerajaan perlu mengambil kira keperluan 2,000 guru besar di sekolah kurang murid yang tidak mengalami kenaikan pangkat.

''Mereka memegang jawatan selama 15 tahun dan tidak ada kenaikan pangkat apa-apa, sekurang- kurangnya dinaikkan ke DGA34 daripada DGA32 sekarang ini, iaitu hanya mengalami kenaikan gaji sebanyak RM90,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 17 May 2011 03:27 AM PDT

Utusan Online - Utara


Pasar daif jejas perniagaan

Posted:

Pasar daif jejas perniagaan

Pasar daif jejas perniagaan

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


MELOYAKAN... Keadaan Pasar Chowrasta yang kotor sehingga menjejaskan perniagaan.


PULAU PINANG 16 Mei – Jika berkunjung ke pasar-pasar awam, lazimnya bau busuk dan kotor adalah perkara biasa.

Namun, jika keadaan tersebut berterusan tanpa ada usaha oleh pihak berkaitan untuk mengatasinya, ia pasti sesuatu yang mengecewakan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa pasar seperti di Chowrasta, Central, Bayan Baru, Ayer Itam, Pulau Tikus, Jelutong, Padang Tembak dan Taman Tun Sardon di sini, mendapati ia berada dalam keadaan menjijikkan.

Lantai becak dan bau hanyir yang menusuk hidung menanti setiap pengunjung.

Peniaga di Pasar Chowrasta, Syed Abdullah Abdul Jabbar, 46, berkata, keadaan pasar yang daif selain kemudahan tidak sempurna ternyata menjejaskan pendapatannya.

Jelasnya, dia kehilangan ramai pelanggan kerana mereka tidak selesa untuk datang ke pasar tersebut.

Apa yang dikesalkan katanya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) didapati tidak menjalankan tugas dengan baik, khususnya daripada segi penjagaan kebersihan dan infrastruktur.

"Dahulu MPPP meletakkan tujuh hingga lapan pekerja bagi membersihkan kawasan ini. Namun, sekarang hanya empat atau lima orang sahaja. Sejak parti DAP mengambil alih tampuk pemerintahan Pulau Pinang, saya tak nampak langsung usahanya mahu menaikkan taraf pasar awam di sekitar negeri ini.

"Dahulu (sebelum menang pilihan raya) macam-macam mereka (DAP) berjanji. Namun, sehingga kini tidak ditunaikan," katanya ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi peniaga, Nassir Abdul Karim berasa malu dengan pelancong asing yang sering mengerut dahi apabila mengunjungi Pasar Chowrasta.

"Di sini adalah tempat tumpuan pelancong, tetapi apa yang menyedihkan keadaan pasar tidak diuruskan dengan baik.

"Tahap kebersihan yang tidak memuaskan, keadaan lantai, sampah dan bangunan usang perlu diambil perhatian serius oleh pihak berkaitan.

"Kalau ia tidak diberi perhatian sewajarnya, pasti satu hari nanti kesemua peniaga di sini akan 'gulung tikar'," ujarnya.

Bagi Rosman Abdul Rahim, 50, sebagai pelanggan, keadaan pasar yang kurang memuaskan dan dipenuhi dengan sampah boleh menghilangkan 'mood' mereka untuk membeli barangan keperluan.

Menurutnya, keadaan meja yang berlumut dan kotor membuatkan pengunjung curiga dengan tahap kebersihan barang jualan.

"Sebelum sampai ke pasar, saya sudah rancang untuk membeli pelbagai barangan, tetapi apabila melihat keadaan yang kotor dan tidak terurus membuatkan saya bertukar fikiran.

"Sebagai pengunjung, kami mahukan keadaan pasar yang lebih bersih dan selesa untuk membeli.

"Selagi pasar-pasar awam masih berada di tahap seperti ini (tidak bersih), ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah membahayakan keselamatan," katanya.

Sementara itu seorang suri rumah, Saadiah Ariffin, 42, berkata, terdapat lantai yang rosak dan berlubang di pasar tersebut yang membahayakan orang ramai.

"Saya pernah nampak seorang lelaki berusia 50-an jatuh atas lantai yang dipenuhi dengan darah haiwan yang disembelih," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pernah mendesak pihak berwajib khususnya MPPP segera membersihkan dan menceriakan pasar-pasar di negeri ini, bagaimanapun ia masih berada di tahap yang kurang memuaskan.

Pengerusi CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan tikus-tikus berkeliaran, terutama di longkang tersumbat yang dipenuhi oleh sampah dan sisa bahan mentah.

"Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan jelas menyatakan, semua pasar hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sempurna serta semua sampah hendaklah dibuang secara tetap.

"Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga harus menyediakan kemudahan pembuangan sisa yang sempurna dan mencukupi, bukan terus dibuang ke dalam longkang," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa PBT memastikan kesihatan awam sentiasa terjaga dengan sempurna, diawasi dan dikuatkuasakan dengan tegas selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Beliau menambah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap PBT yang gagal bertindak sewajarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasangan warga emas perlu pembelaan

Posted:

Pasangan warga emas perlu pembelaan

Pasangan warga emas perlu pembelaan


HASBUL Hazani (tengah) berbual dengan Sopiah Saad sebelum menghulurkan bantuan berupa makanan di Kampung Air Melintas Kecil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.


TASEK GELUGOR 16 Mei - Nasib sepasang suami isteri, Mohamad @ Ahmad Din, 69, dan Sopiah Saad, 70, dari Kampung Air Melintas Kecil di sini yang hidup susah mendapat perhatian daripada Pegawai Pusat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud.

Hasbul Hazani yang mengunjungi rumah pasangan itu di sini baru-baru ini, menyumbangkan barang keperluan harian buat warga emas berkenaan.

Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh mereka perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak berkaitan.

Pergerakan Sopiah kini terbatas kerana dia buta sejak 10 tahun lalu dan hidupnya kini banyak bergantung kepada suami yang mencari rezeki melakukan kerja kampung sekadar termampu.

Menurutnya, suatu ketika dahulu pelbagai pihak berjanji untuk memberikan bantuan kepada mereka berdua, namun sehingga kini masih belum ditunaikan.

Justeru, kedua-dua warga emas tersebut rela hidup dengan hasil tulang empat kerat sendiri.

"Suatu ketika dahulu, rumah makcik kerap dikunjungi pelbagai lapisan pemimpin yang menjanjikan bermacam-macam bantuan, tetapi janji-janji itu tidak pernah ditunaikan.

"Sekarang saya tidak mahu minta apa-apa bantuan," kata Sopiah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rosoman Pengarah Penjara Pulau Pinang

Posted:

Rosoman Pengarah Penjara Pulau Pinang

Rosoman Pengarah Penjara Pulau Pinang

PULAU PINANG 16 Mei - Pengarah Parol negeri, Rosoman Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Pengarah Penjara Pulau Pinang yang baru.

Rosoman, 41, yang berpangkat Penolong Komisioner Penjara (PKP) akan menggantikan Abdul Halim Ma-Hasan yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Penjara Pusat di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Rosoman yang telah 16 tahun berkhidmat dengan Jabatan Penjara, beliau akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan secara bijaksana dan berhemah selain memperbanyak lagi Program pemulihan untuk banduan supaya timbul kesedaran di hati mereka untuk tidak mengulangi kesalahan lalu.

"Saya sedar tanggungjawab yang diamanahkan ini lebih besar berbanding tugas-tugas saya sebelum ini.

"Tanggungjawab ini memerlukan sokongan dan kerjasama erat daripada pegawai dan anggota penjara dalam merealisasikan misi dan visi yang diperuntukkan di samping meningkatkan corak pengurusan yang dilaksanakan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah dan terima tugas di Penjara Pulau Pinang hari ini.

Majlis itu disaksikan Pengarah Penjara Tapah, Rosni Mansor.

Penjara Pulau Pinang kini menempatkan lebih 500 orang tahanan reman, banduan yang menghidap penyakit HIV dan pesalah trafik.

Menurut Rosoman, beliau juga berjanji untuk menjadikan Penjara Pulau Pinang sebagai penjara contoh berasaskan modal insan yang berkualiti.

"Perancangan itu sedang giat dilakukan dan saya menyasarkan dalam tempoh setahun lagi ia akan dapat dilaksanakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 17 May 2011 03:27 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Dicekup cuba campak heroin

Posted: 16 May 2011 11:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penunggang motosikal cuba mencampakkan sesuatu daripada poketnya apabila menyedari sekatan polis gagal selepas perbuatan itu disedari anggota polis, semalam.

Berikutan itu, polis menemui satu peket heroin yang cuba dibuang penunggang motosikal berkenaan ketika operasi di lorong motosikal, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya, di sini.


Difahamkan, suspek berusia 34 tahun dan bekerja sebagai chef di sebuah restoran terkenal di Bangsar, di sini menyimpan sepeket heroin seberat tiga gram dalam kocek kirinya selepas pemeriksaan seluruh badan dilakukan terhadapnya.

Operasi dikenali sebagai Ops Motosikal dan Advokasi itu bermula jam 9.30 pagi hingga jam 12 tengah hari khusus menyasarkan penunggang motosikal.


Ketua Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, seramai 12 anggota dari Unit Kuat Kuasa Khas dan Unit Latihan terbabit dalam operasi itu yang bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi undang-undang sedia ada.


"Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pelbagai kes termasuk samun, ragut, dadah dan kebanyakan membabitkan penjenayah menunggang motosikal.

"Berdasarkan operasi itu, kami mengesan kesalahan lain seperti menunggang tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh," katanya.


Katanya, 257 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan ke atas 165 penunggang motosikal yang diperiksa sepanjang operasi.

"Lelaki yang ditahan kerana itu diserahkan ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut seksyen Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nyaris mangsa ayat ‘power’

Posted: 16 May 2011 11:02 AM PDT

KAJANG: Ketampanan dan ayat 'power' dijadikan modal seorang buruh binaan warga asing untuk menawan hati seorang wanita sebelum mencabulnya, semalam.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 47 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan sebuah pasar raya di Semenyih, di sini sebelum dihampiri sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Bangladesh, kira-kira jam 10 pagi.


Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu memandu kereta berkenaan tanpa lesen.

"Sebaik menghampiri mangsa, lelaki berkenaan turun untuk berbual-bual dengan harapan memikat mangsa.


"Apabila mangsa memberi respons yang baik, lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar Semenyih," katanya.


Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah rumah kedai di kawasan Perindustrian Ria, Semenyih. "Selepas kira-kira sejam bersiar-siar, lelaki itu mengajak mangsa masuk ke dalam rumah kedai berkenaan. "Mangsa hanya mengikut tanpa mengesyaki lelaki itu berniat serong ke atasnya," katanya.

Difahamkan, selepas yakin keadaan sekeliling selamat daripada sebarang gangguan, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan memegang payudara mangsa selain cuba merogolnya.


"Bimbang dirinya diperlakukan lebih kejam, mangsa yang ketakutan melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang awam.

"Ketika itu, beberapa anggota polis kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan," katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian pergi ke arah anggota polis berkenaan dan menceritakan apa yang berlaku.


"Bertindak atas maklumat, anggota polis pergi ke rumah kedai berkenaan dan menahan suspek kira-kira jam 12 tengah hari.


"Suspek yang berada di dalam rumah kedai berkenaan terkedu sejurus anggota polis tiba dan tidak sempat melarikan diri," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan tangkapan itu dan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut.


"Siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 17 May 2011 03:17 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Smart Solat mantapkan akidah

Posted:

Smart Solat mantapkan akidah

Smart Solat mantapkan akidah

Oleh NORAZLIZA ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


Para peserta diberikan pendedahan mengenai teknik yang betul ketika berwuduk pada program Smart Solat di Taman Senawang Indah, dekat Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 16 Mei – Usaha memperhalusi serta mendalami ilmu bersolat seharusnya dipergiatkan secara berterusan ke arah memantapkan akidah umat Islam terutamanya di kalangan generasi muda.

Ini kerana solat yang merupakan tuntutan wajib dan salah satu daripada lima rukun Islam itu membolehkan umatnya mendekatkan diri dengan Allah sekali gus menjauhi perkara negatif dan terlarang di sisi agama.

Untuk tujuan itu, satu program Smart Solat telah dianjurkan oleh UMNO cawangan Taman Senawang Indah dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri, dekat sini, baru-baru ini yang dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam mendidik masyarakat untuk menjalani ibadah itu berlandaskan tertib yang ditetapkan.

Ketua Cawangan UMNO Taman Senawang Indah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Latifi Thalib, 63, berkata, program sedemikian diharap mampu membina generasi belia dan remaja yang berakhlak mulia selain memupuk minat serta memperkasakan kemahiran asas solat dan kewajipan mengerjakannya.

Menurutnya, program tersebut memberi tumpuan kepada remaja sebagai kumpulan sasarnya memandangkan golongan terbabit mudah terpengaruh dan terjebak dalam kancah gejala sosial yang semakin membimbangkan saban hari.

''Solat merupakan benteng utama serta dasar kekuatan iman mereka. Oleh itu, nilai-nilai agama seperti solat perlu diterapkan dan diperhebatkan lagi terhadap setiap umat Islam," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Lebih membanggakan, program tersebut telah mendapat penyertaan yang amat menggalakkan sehingga menyaksikan lebih 160 peserta berumur tujuh sehingga 40 tahun mengambil bahagian dalam program tersebut yang berlangsung di Surau Taman Senawang Indah baru-baru ini.

Tambah Ahmad Latifi, selain bertujuan menyedarkan peserta tentang kewajipan solat, ia juga mendedahkan kepada peserta berhubung cara mengerjakan solat dengan betul yang dikendalikan oleh 15 tenaga pengajar dari ABIM negeri.

Jelasnya, peserta dibahagikan beberapa kumpulan mengikut perbezaaan umur agar dapat memastikan peserta mendapat kefahaman lebih tepat dan keberkesanan pengisian program.

''Peserta akan diterangkan serta disalurkan dengan ilmu berkaitan solat oleh tenaga pengajar selain berpeluang berinteraksi dan bertanyakan soalan tentang sebarang kemusykilan menjalankan ibadat berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Penyelaras Angkatan Belia Islam Malaysia negeri, Abdul Razak Kamarulzaman berkata, kebanyakan peserta telah mengetahui cara asas solat.

''Maka, penekanan pada program ini adalah untuk memperhalusi segala teknik dan bacaan ketika takbir, cara berdiri, bacaan, rukuk, sujud dan tertib lain termasuk kepentingan berwuduk agar ia dapat dilakukan dengan sempurna," katanya.

Jelasnya, solat juga merupakan terapi yang terbaik kepada jiwa seseorang, malahan cara solat yang sah dapat membina rohani yang kuat di samping menjadi umat Islam yang maju dan berdaya saing.

''Kesempurnaan amalan solat perlu dititik beratkan oleh setiap umat Islam kerana ia bakal memberi kesan kepada keperibadian seseorang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelatih PDK raikan Hari Guru

Posted:

Pelatih PDK raikan Hari Guru

Pelatih PDK raikan Hari Guru

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Salah seorang pelatih bersalaman dengan seorang tenaga pengajar sempena sambutan Hari Guru 2011 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serting Hilir Kompleks, Jempol, semalam.


JEMPOL 16 Mei - Meskipun tidak sempurna seperti insan lain, namun jasa dan pengorbanan guru mendidik golongan orang kurang upaya (OKU) akan sentiasa abadi di hati 32 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serting Hilir Kompleks di sini.

Sehubungan itu, sempena sambutan Hari Guru hari ini, pelatih pusat berkenaan turut tidak mahu melepaskan peluang meraikan tenaga pembimbing mereka yang tidak kenal erti penat dan putus asa dalam membangunkan aspek pendidikan kelompok terbabit.

Menurut seorang pelatih, Mohd. Fadil Mustafa, 26, dari Felda Serting Hilir 1, dia bersama rakannya tidak pernah melupakan sambutan Hari Guru, malah sentiasa teruja untuk meraikan hari tersebut.

"Tanpa guru, tiada ilmu. Saya akui, menjaga pelatih seperti kami bukanlah tugas yang mudah dan bukan semua guru mampu menjaga serta mendidik insan seperti kami.

"Kami di sini mempunyai pelbagai kekurangan dan ragam berbeza. Kadang kala kasihan apabila melihat ada pelatih yang tidak mahu mendengar arahan guru. Tetapi mereka tetap sabar melayan kerenah kami," kata Fadil yang menyertai pusat berkenaan sejak dua tahun lalu selepas terlibat dengan satu kemalangan jalan raya.

Bagi rakannya pula, Emy Marlina Mat Piah, 24, yang menghidap penyakit sawan, dia amat terhutang budi kepada guru yang sentiasa sabar dalam mencurahkan ilmu kepada pelatih OKU.

"Saya telah berjaya menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan lima. Namun disebabkan masalah kesihatan saya tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

"Mujur ada PDK, saya mampu mempelajari pelbagai ilmu kemahiran. Kini saya sudah pandai menjahit dan mahir membuat jahitan cross-stich. Saya juga sudah mampu melakukannya di rumah," katanya.

Menurutnya, tanpa guru mustahil dia berjaya melakukannya dan menjual hasil kerja tangan kepada orang ramai.

"Saya gembira dan bertuah apabila mendapat guru seperti mereka. Apabila sampai di PDK pagi tadi, saya dan rakan sudah mengucapkan selamat Hari Guru kepada cikgu kami," katanya yang turut menghadiahkan kek serta cenderamata kepada guru mereka hasil wang yang dikumpul oleh pelatih pusat terbabit.

Tambah seorang lagi pelatih, Mohd. Riduan Jamrus, 26, guru boleh diibarat sebagai ibunya sendiri.

"Kami di sini seperti sebuah keluarga. Apabila tiba Hari Ibu kami tetap meraikan bersama guru, apatah lagi Hari Guru," ujarnya yang mempunyai masalah pembelajaran dan semakin mahir menganyam bakul.

Sementara itu, Penyelia PDK tersebut, Zaini Jamani berkata, dia amat terharu dengan pelatih terbabit yang tetap mengingati sambutan Hari Guru setiap tahun.

"Pagi hari lagi mereka sudah menemui saya untuk mengucapkan selamat Hari Guru," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orang Asli sambut baik pendakwah

Posted:

Orang Asli sambut baik pendakwah

Orang Asli sambut baik pendakwah

JEMPOL 16 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Sot, di sini menyambut baik kehadiran pendakwah Islam yang sedia memberi bimbingan dan pengetahuan agama demi kehidupan yang lebih sempurna.

Ketua kampungnya, Atan Talib, 48 memberitahu, dia sentiasa menantikan kehadiran pendakwah untuk terus membimbing dan pada masa yang sama mengharapkan satu program jangka masa panjang disediakan di kampung itu untuk mereka mendekati Islam secara serius.

''Kadang kala kami terlupa apa yang telah diajar dalam Islam. Maklumlah perkara baru dan ia perlukan tunjuk ajar yang berterusan.

''Bagi kami, ceramah agama dan praktikal amat memberi kesan untuk anak buah memahami pendidikan Islam itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Orang Asli Sungai Sot di sini baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 17 May 2011 03:12 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Warga Singapura dipercayai bekal alatan kejuruteraan untuk kumpulan militan

Posted: 17 May 2011 02:48 AM PDT

Mutakhir

JOHOR BAHARU: Ahli perniagaan Singapura, Abdul Majid Kunji Mohamad yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipercayai membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kepada kumpulan militan di selatan Filipina.

Menurut sumber perisikan serantau, bekalan peralatan kejuruteraan itu adalah untuk kegunaan kilang membuat senjata yang dimiliki oleh kumpulan terbabit di kawasan yang dikuasainya di selatan republik berkenaan.

"Beliau (Abdul Majid) dipercayai diminta untuk membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kegunaan kilang senjata milik kumpulan itu, yang berkeupayaan membuat pelbagai jenis senjata termasuk "rocket propelled grenade" (RPG)," katanya kepada Bernama hari ini. Katanya, bagi membolehkan kilang terbabit mengeluarkan senjata, ia memerlukan peralatan kejuruteraan yang moden dan berkualiti yang hanya boleh didapati di Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, walaupun Abdul Majid yang kini menetap di Kuala Lumpur memiliki fahaman mengenai Islam yang radikal, tetapi beliau dipercayai bukan merupakan anggota mana-mana kumpulan militan.

Katanya, ahli perniagaan Singapura itu berkemungkinan akan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura selepas tempoh 60 hari penahanannya mengikut ISA oleh polis Malaysia itu tamat.

Pada 9 Mei lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan, berkata Abdul Majid ditahan kerana disyaki terlibat menyalurkan dana dan memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan di selatan Filipina.
"Abdul Majid ditahan atas sebab-sebab penglibatannya dipercayai boleh memudaratkan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penahanan ahli perniagaan Singapura itu menurut ISA adalah kerana kaitannya dengan sebuah kumpulan militan di selatan Filipina.

Laporan sebuah akhbar Singapura pula mendakwa Abdul Majid, 60, pernah menjadi ahli lembaga pengarah Angkatan Karyawan Islam (AMP) republik terbabit selama setahun pada awal 1990-an.

Akhbar terbabit turut difahamkan Abdul Majid berkelulusan sarjana dalam bidang kejuruteraan daripada sebuah universiti di Britain dan pernah bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah politeknik republik itu.

Sementara itu, sumber perisikan serantau itu juga berkata, selepas perkenalannya dengan pemimpin kumpulan itu, Abdul Majid pernah menyumbangkan SGD$8,000 (RM
19,382) untuk pembinaan sebuah masjid di selatan Filipina itu.

"Abdul Majid bersimpati dengan perjuangan kumpulan militan selatan Filipina," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantuan akan diteruskan walaupun kapal MV Finch diserang

Posted: 17 May 2011 02:41 AM PDT

Mutakhir

JITRA: Misi menghantar bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia ke Gaza akan diteruskan walaupun kapal MV Finch yang dinaiki 12 kru dan penumpang termasuk tujuh rakyat Malaysia diserang oleh tentera Israel selepas berjaya menembusi perairan Gaza awal pagi semalam.

Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bantuan itu akan diteruskan kerana bantuan yang dihantar adalah barangan keperluan asas yang amat diperlukan oleh kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin yang menghuni Gaza.

"Kita akan menggunakan jalan darat iaitu merentasi sempadan Mesir-Gaza di Rafah," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama pesawah dalam kawaswan Parlimen Jerlun dekat sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata jika boleh, barang-barang itu memang hendak dihantar melalui jalan laut kerana mana-mana negara pun yang ada pesisir pantai ada hak untuk menggunakan saluran itu untuk berdagang dengan semua pihak.

"Kapal MV Finch adalah kapal pertama yang dalam jangka masa bertahun-tahun berjaya menembusi sekatan perairan melalui Mesir tetapi selepas hampir dengan persisiran Gaza mereka bukan hanya disekat tetapi ditembak menggunakan senjata yang agak besar, yang saya difahamkan senjata itu berukuran 50 milimeter," katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, selepas ini jika ada peluang lain kemungkinan pihaknya akan menggunakan jalan laut dan akan cuba menembusi sekatan itu sekali lagi.

"Tindakan yang diambil oleh tentera Israel adalah tindakan yang mencabuli undang-undang dunia. Ia satu tindakan kejam yang harus dikecam semua pihak," katanya.
Katanya, semua pihak tidak boleh menerima tindakan yang diambil oleh Israel itu kerana apa yang mereka lakukan itu melanggar undang-undang iaitu dengan membuat sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestim di Gaza.

"Tindakan mereka (Israel) dikecam sekeras-kerasnya dan kami di Yayasan Keamanan Global Perdana ingin menonjolkan ketidakadilan yang berlaku oleh pihak Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah lama menderita terhadap sekatan yang dibuat oleh Israel," katanya.

Kapal MV Finch yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang oleh dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan di perairan berhampiran Rafah awal pagi semalam.

Kesemua yang berada di atas kapal itu bagaimanapun terselamat. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 17 May 2011 02:32 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar diperintah membela diri

Posted:

Anwar diperintah membela diri

Anwar diperintah membela diri

Oleh AMIRUDDIN HARUN
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim diiringi Wan Azizah Ismail keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 16 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berjaya membuktikan kes prima facie ke atas pertuduhan tersebut.

Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Selain itu, katanya, keterangan saksi utama tersebut disokong dengan keterangan doktor-doktor bahawa berlakunya penetrasi zakar serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kedua-duanya berada di kondominium berkenaan pada masa seperti dalam pertuduhan.

Anwar yang tekun mendengar penghakiman selama satu jam 45 minit mulai pukul 9.08 pagi, sesekali menoleh ke arah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang duduk bersama anaknya, Nurul Izzah serta penyokong-penyokongnya di galeri awam sambil tersenyum.

Raut wajahnya juga kurang ceria dan didengar seolah-olah mengeluh apabila keputusan selesai dibacakan oleh hakim tersebut.

Mahkamah menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula memberi keterangan membela diri.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata, Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang jujur dan boleh dipercayai yang memberi keterangan tanpa segan silu atau menokok tambah berhubung kejadian liwat tersebut.

''SP1 (Saksi pendakwa pertama - Mohd. Saiful Bukhari) telah disoal balas dengan panjang lebar, SP1 secara konsisten menggambarkan dengan terperinci bagaimana tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam dubur pengadu dengan bantuan cecair pelincir.

''Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas.

''Saya mendapati SP1 adalah saksi yang bercakap benar dan tanpa segan silu atau menokok tambah dalam keterangannya semasa menjelaskan bagaimana dia diliwat oleh tertuduh pada masa dan tempat sebagaimana dalam pertuduhan,'' ujarnya.

Beliau sebelum itu berkata, pihak pembelaan cuba menggambarkan pengadu sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemuda itu bukan penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah-belah termasuk adik perempuannya yang telah kahwin lari selain pengkhianat kepada Barisan Nasional apabila mengundi PKR pada pilihan raya umum.

Hakim Mohamad Zabidin menegaskan fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan dalam menentukan kredibiliti pengadu tetapi terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, mahkamah perlu meneliti hujahan peguam berhubung tingkah laku pengadu seperti tidak lari selepas diliwat sebaliknya makan dan minum bersama tertuduh, melakukan segala arahan tertuduh ketika kejadian, tidak membuat aduan kepada pengawal keselamatan dan tidak membuat laporan polis dengan serta-merta.

Menurutnya, pihak peguam mendakwa tingkah laku sedemikian menunjukkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan mencadangkan pihak pendakwaan menuduh pemuda itu di mahkamah mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu.

Hakim tersebut bagaimanapun berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk beliau menggunakan kegagalan Mohd. Saiful Bukhari melarikan diri, membuat aduan atau membuat laporan polis bagi menunjukkan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku.

Jelas beliau, tidak sukar untuk memahami kenapa pengadu berkelakuan sedemikian kerana dia ketika itu berusia 22 tahun, bukan pekerja biasa tetapi pembantu peribadi kepada tertuduh yang menjadi idola dan dianggap mempunyai karisma selain pengadu diberi layanan istimewa oleh tertuduh malah menghadiahkannya pakaian.

Selepas mendapati kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas dengan tingkah lakunya itu, menurut Hakim Mohamad Zabidin, soalan seterusnya adakah keterangan tertuduh yang mendakwa dia diliwat boleh diterima dan selamat untuk mahkamah memanggil tertuduh membela diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berpegang pada kesederhanaan

Posted:

Berpegang pada kesederhanaan

Berpegang pada kesederhanaan

Oleh Zin Mahmud


NAJIB Tun Razak bersama Rosmah Mansor (kiri) bersalaman dengan para pegawai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, semalam. – BERNAMA


OXFORD 16 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak dunia Barat dan Islam supaya melakukan tindakan bersama untuk mewujudkan masa depan yang penuh dengan keadilan, kebebasan, harapan, belas ihsan dan muhibah bagi generasi akan datang.

Jika tidak, kata Perdana Menteri, masa depan akan dipenuhi dengan ketidakadilan, kezaliman, putus harapan, kezaliman dan kebencian.

"Ini kerana pembahagian sebenar adalah bukan antara Timur dan Barat atau antara dunia maju dan membangun, atau malah antara orang Islam dengan bukan Islam.

"Ia adalah antara golongan sederhana dan ekstremis dari semua agama. Bersama, marilah kita berpegang pada kesederhanaan sebagai tindakan terbaik dan cara untuk maju ke hadapan," katanya dalam syarahan bertajuk Gabungan Golongan Sederhana dan Kefahaman Antara Tamadun di Sheldonian Theatre di Universiti Oxford di sini.

Najib berkata, kesederhanaan bukanlah konsep asing bagi manusia.

"Ia juga bukanlah bersifat teori. Ia adalah prinsip hidup nyata yang diambil daripada tingkah laku Rasulullah SAW selepas bertahun baginda ditekan, diganggu dan ditindas oleh kaum Quraisy, baginda memerintah di Mekah dengan penuh wibawa, kemaafan dan kasih sayang," katanya.

Perdana Menteri juga menyebut tokoh-tokoh besar bukan Islam yang mengamalkan kesederhanaan antaranya Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr.

"Dalam hal United Kingdom, kenang kembali detik-detik gelap di Ireland Utara menjelang Persetujuan Good Friday di mana ekstremis kedua-dua belah pihak yang berlainan mazhab yang cuba menarik balik negara itu ke dalam kancah keganasan tetapi dengan gabungan golongan sederhana dari kalangan nasionalis dan loyalis yang bangkit bersatu untuk menyatakan tidak," kata beliau.

Syarahan ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS) dihadiri kira-kira 600 ahli akademik, ahli politik dan ahli perniagaan. Perdana Menteri adalah dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Britain.

Najib mengingatkan, bagaimana di persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang lalu, beliau menyeru kepada satu Gerakan Sejagat bagi Golongan Sederhana yang menyaksikan kerajaan, intelektual, ulama dan pemimpin niaga di seluruh pelosok dunia mengambil pendirian yang bersatu.

"Ini kerana dengan semangat Wasatiyah atau kesederhanaan dan keseimbangan yang mesti diterapkan di seluruh dunia," jelasnya.

Beliau selanjutnya mencadangkan supaya gagasan kesederhanaan atau Wasatiyah dijadikan kaedah bukan saja untuk menyelesaikan masalah ekstremisme tetapi juga krisis ekonomi global.

"Jika sikap saya ini idealistik tersohor ia sebenarnya realistik. Ramai ilmuwan Islam memberi perhatian bagaimana Islam dengan pandangan dunia agama, budaya, politik, etika dan ekonominya dapat membantu menyelesaikan sebahagian cabaran besar hari ini.

"Inilah persoalan yang menarik minat saya, bagaimanakah kesederhanaan dapat menyelesaikan masalah ekstremisme tetapi juga, dalam cara yang tidak terduga, dapat membantu kita menghadapi krisis ekonomi global.

"Adalah bukan suatu yang kebetulan di mana institusi-institusi yang bergerak menggunakan prinsip Islam dapat melalui krisis ekonomi yang terburuk. Kewangan Islam meletakkan kemaslahatan awam mengatasi keuntungan peribadi. Dan perlu ditarik perhatian bagaimana bank Islam tidak akan membenarkan seseorang berbelanja atau memberi pinjaman begitu banyak wang tanpa benar-benar mereka memilikinya," ujar beliau.

Menurut Najib, dunia Islam telah menampilkan diri sebagai kekuatan ekonomi.

"Malaysia adalah pemimpin dunia dalam bidang kewangan Islam. Malaysia juga adalah pemimpin dunia dalam menjadi pengeluar sukuk atau bon Islam dengan 60 peratus daripadanya datang dari Malaysia.

"Dalam hal ini, saya percaya kita perlu melihat secara mendalam bagaimana struktur kewangan Islam boleh membantu arkitektur ekonomi global yang sedang muncul. Hakikatnya, untuk menggantikan salah laku, kewangan Islam menawarkan kesederhanaan dan ketelusan. Bagi menggantikan ketamakan, kewangan Islam menawarkan keadilan," tegasnya. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

Posted:

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

KUCHING 16 Mei - Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

"Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 17 May 2011 02:08 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bekas polis elak ditangkap Jawi maut jatuh hotel

Posted: 17 May 2011 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu, lapor Bernama Online.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman  mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

Beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilihan PAS: Ketua Pemuda, Muslimat bakal dicabar

Posted: 16 May 2011 11:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Jawatan ketua Pemuda PAS dan Muslimat pusat dijangka bakal menyaksikan saingan dengan masing-masing sayap menerima empat pencalonan selepas kesemua kawasan selesai mengadakan mesyuarat setakat kelmarin.

Penyandang ketua kedua-dua sayap itu, Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Nuridah Salleh merupakan antara mereka yang turut dicalonkan.

Nasrudin memegang jawatan itu sejak 2009 menggantikan Salahuddin Ayub manakala Nuridah pula bermula 2007.

Bagaimanapun keputusan akhir sama ada kedua-dua jawatan itu bakal menyaksikan cabaran hanya boleh diketahui selepas tempoh penerimaan pencalonan berakhir 26 Mei ini.

Bagi jawatan ketua Pemuda PAS turut layak bertanding ialah timbalan Nasrudin iaitu Azman Shapawi Abd Rani, Ketua Penerangan Pemuda Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihan Raya sayap itu, Mohd Firdaus Jaafar.

Selain itu, bagi jawatan timbalan ketua Pemuda PAS sembilan calon layak bertanding iaitu Ahmad Sabki Yusof yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi, Firdaus, Mohd Nor Hamzah, Nasrudin, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob, Riduan Mohd Nor dan Suhaizan.

Sementara itu, bagi jawatan naib ketua pemuda PAS yang menyediakan satu kerusi, seramai 12 orang dinamakan. Mereka ialah Azman Shapawi, Firdaus, Kamaruzaman Mohamad, Khairil Faizi Kamil, Mohd Nor, Mohd Sany Hamzan, Nik Abduh, Raja Ahmad Al-Hiss, Riduan, Ahmad Sabki, Nasir Zakaria dan Suhaizan.

Seramai 60 orang layak merebut 12 kerusi ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS.

Sementara itu, untuk jawatan ketua Muslimat PAS selain Nuridah mereka yang layak bertanding ialah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud dan Asiah Ali dan Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof.

Jawatan timbalan ketua Muslimat PAS pula layak ditandingi oleh Asiah, Mumtaz Mohd Nawi, Nuridah, Siti Mariah, Siti Zailah dan Wan Hasrina Wan Hassan.

Sementara itu bagi jawatan naib ketua Muslimat pula seramai 11 orang dicalonkan iaitu Aiman Athirah Al-Jundi, Asiah, Mastura Mohamad, Mumtaz, Dr Najhatussolehah Ahmad, Normala Sudirman, Nuridah, Rohani Ibrahim, Siti Mariah, Siti Zailah dan Wan Hasrina.

Seramai 54 calon layak bertanding merebut 17 kerusi ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 17 May 2011 01:56 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Acu pisau rampas bayi

Posted: 16 May 2011 12:07 PM PDT

SUNGAI PETANI: Bagi 'merampas' anaknya, seorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mentuanya sebelum melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, lelaki terbabit, Zulkipli Mohamad, 31, dikatakan bertindak demikian ketika isterinya, Siti Fairuz Abd Wahab, 24, tiada di rumah kerana ke kedai berhampiran.

Selepas beredar bersama anaknya, Muhammad Darwis Ikhram Abdullah, lelaki itu menghantar SMS dengan menyatakan 'jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku' kepada Siti Fairuz.

Siti Fairuz ketika ditemui berkata, sebaik pulang ke rumah, ibunya memberitahu Muhammad Darwis dilarikan suaminya, lalu dia segera berusaha menghubungi Zulkipli melalui telefon bimbit, namun tetapi tidak dijawab lelaki itu.


"Saya meminta bantuan beberapa penduduk dan cuba mencari suami di sekitar kawasan taman perumahan berdekatan, namun gagal. Saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Israel tembak kapal bantuan

Posted: 16 May 2011 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza, Palestin, dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah, awal pagi Isnin waktu Malaysia.

Semua 12 penumpang dan kru, termasuk dua wartawan Malaysia, selamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal 'MV Finch' ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama, Mohd Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.


Faizal berkata, tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.

Dia menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di sini, melalui panggilan dan SMS menggunakan telefon bimbit dari kapal berkenaan beberapa jam selepas kejadian itu.


Katanya, kejadian berlaku kira-kira 6.05 pagi waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang mengelilingi kapal MV Finch selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.


Katanya, satu daripada tembakan itu hampir mengenai kru kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam kapal.

"Mereka mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan berkenaan," kata Faizal. Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh rakyat Malaysia manakala yang lain dua kru warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.


Faizal berkata, tindakan tentera Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.

"Tentera laut Israel menggunakan peluru jenis .50mm antipesawat," katanya. Faizal berkata, wartawan New Straits Times (NST), Alang Bendahara sempat merakam video tindakan kejam Israel itu terhadap mereka.


Menurutnya, selepas tentera Israel melepaskan tembakan pertama, Kapten Jalil Mansor yang mengemudi kapal itu memberitahu tentera Israel melalui radio.


Kapten Jalil: "Ini menyalahi undang-undang terhadap orang awam yang tidak bersenjata." Tentera Israel: "Ini tembakan amaran. Berpatah balik!" Kapten Jalil: "Kami orang awam yang tidak bersenjata dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza." Tentera Israel: "Ini ialah zon tentera tertutup. Ia adalah satu pencabulan. Berpatah balik!" Kapten Jalil: "Kami akan teruskan (misi)." Kemudian tentera Israel menuju ke bahagian belakang kapal misi dan melepaskan tembakan amaran kedua ke udara. Derek Graham: "Ini melanggar undang-undang antarabangsa. Kami dalam misi keamanan dan tidak bersenjata." Tentera Israel: "Berpatah balik! Kami akan lepaskan tembakan lagi." Derek Graham: "Kamu tembak orang awam yang tidak bersenjata." Tentera Israel: "Kami tidak tembak orang awam yang tidak bersenjata." Derek Graham: "Seperti tembak ke arah kami." Tentera Israel: "Kami tidak lepaskan tembakan ke arah kamu. Kami cuma lepaskan tembakan amaran." Selepas itu, tentera Israel melepaskan dua lagi tembakan amaran dan mengugut: "Lain kali, kami akan mendarat di atas kapal kamu." Kemudian kedengaran di radio, tentera Mesir memberitahu tentera Israel: "Hentikan tembakan. Mereka berada di perairan Mesir." Kapal misi bantuan itu berlepas dari Greece petang Selasa waktu Malaysia memasuki Mediterranean menuju ke Gaza, membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 17 May 2011 01:37 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Kutipan tol METRAMAC mansuh

Posted: 16 May 2011 05:37 PM PDT

Wilayah

100,000 pengguna dapat manfaat laluan percuma berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR: Kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta malam tadi, tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.

Penutupan plaza tol berkenaan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya itu sehari, terutama penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar yang perlu membayar tol 50 sen setiap kali melaluinya sejak Ogos 1995. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata berikutan pemansuhan kutipan tol berkenaan, dianggarkan RM180 juta tidak akan dikutip sepanjang tempoh baki konsesi terbabit, manakala kerajaan juga tidak perlu membayar sebarang pampasan atas persetujuan penutupan awal tol itu.

Katanya, langkah itu adalah manifestasi kesungguhan kerajaan mencari penyelesaian berhemah untuk pengguna dalam isu tol.

"Hasrat kerajaan ini sudah pun mula direalisasikan menerusi keputusan kerajaan menamatkan kutipan tol di beberapa lebih raya sejak 1993 lagi.

"Pengumuman ini juga adalah hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, khususnya pengguna lebuh raya sempena Hari Wesak yang akan disambut esok (hari ini)," katanya berucap pada majlis pemansuhan kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC di sini, malam tadi.
METRAMAC sepanjang 6.5 kilometer dengan kos pembinaan RM125 juta yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, mula dibuka kepada lalu lintas pada 1 Ogos 1995.

Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Metramac Corporation Sdn Bhd yang ditandatangani pada 13 Februari 1992, berkuat kuasa untuk tempoh selama 23 tahun dan akan tamat pada 31 Mei 2018.

Kadar tol dikenakan di kedua-dua plaza tol berkenaan ialah RM0.50 bagi kelas satu dan lima, RM1 bagi kelas dua dan tiga, serta RM0.30 bagi kelas empat.

Pada 28 Januari lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC akan ditamatkan lebih awal berbanding tarikh tamat tempoh konsesinya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RapidKL perlu sedia kaunter tambah nilai luar bas

Posted: 16 May 2011 05:36 PM PDT

Wilayah

KUALA LUMPUR: Penumpang bas RapidKL mengadu terpaksa beratur berjam-jam untuk menaiki bas setiap hari sejak bas berkenaan memperkenalkan sistem pembayaran tambang menggunakan kad prabayar sepenuhnya April lalu.

Sistem berkenaan sepatutnya melancarkan perjalanan bas tetapi kerana sikap penumpang yang gemar menambah nilai kad pada mesin di dalam bas menyebabkan bas lambat memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Tinjauan Sentral di Stesen Bas Kampung Kerinchi di sini mendapati sebilangan besar penumpang yang menaiki bas menambah nilai kad masing-masing menggunakan mesin disediakan di dalam bas menyebabkan pemandu hanya dapat memulakan perjalanan selepas lebih setengah jam. Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 42, berkata pihak RapidKL sepatutnya menyediakan kaunter tambah nilai di luar bas dan bukannya meletakkan peti menambah nilai di dalam bas sehingga menyebabkan penumpang terpaksa berbaris lama untuk menaiki bas.

"Setiap pagi dan petang apabila hendak pergi atau pulang kerja, kami terpaksa beratur panjang kerana pada masa itu penumpang menambah nilai kad atau beli kad baru, menukar duit kecil dan sebagainya sehingga melewatkan perjalanan.

"Banyak sangat urusan hendak dilakukan penumpang pada masa itu sehingga menyebabkan saya kadangkala lewat ke pejabat gara-gara sikap mementingkan diri sesetengah penumpang ini.", katanya.

Seorang lagi penumpang, Suhaidi Khamis, 27, turut mengalami pengalaman sama menyebabkan kadangkala beliau bosan untuk menaiki bas setiap pagi untuk ke pejabat.
"Bayangkan pada masa itu semua orang berpusu-pusu hendak naik bas tetapi tersekat kerana ada penumpang hendak tambah nilai dan sebagainya. Akibatnya, kami terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum dapat menaiki bas.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 17 May 2011 01:10 AM PDT

Utusan Online - Timur


Penduduk mahu air bersih

Posted:

Penduduk mahu air bersih

Penduduk mahu air bersih

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Mohd. Hafizul Salleh mengambil air perigi untuk kegunaan harian ekoran masalah air paip di kawasan rumahnya di Kampung Gual Ipoh, Tanah Merah, semalam.


TANAH MERAH 16 Mei – Lebih 1,000 penduduk di Kampung Gual Ipoh di sini mendesak Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membaiki perkhidmatan bekalan air ke kampung mereka yang kerap terjejas sejak hampir lapan tahun lalu.

Mereka mendakwa bekalan air ke kampung berkenaan sering terganggu disebabkan tekanan amat rendah, sehingga memaksa sesetengah penduduk menggali perigi sebagai jalan penyelesaian jangka pendek.

Seorang penduduk, Amiruddin Awang, 37, mendakwa, sebahagian penduduk terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sumber air untuk kegunaan seharian termasuk air minuman dan memasak.

"Keadaan ini berlaku sudah bertahun-tahun lamanya di mana penduduk tidak dapat menikmati bekalan air bersih. Bekalan air bukan tidak ada, tetapi tekanan terlalu rendah sehingga menyukarkan kami," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurut Amiruddin, apa yang dikesalkan oleh penduduk ialah mereka tetap perlu membayar bil air AKSB walaupun perkhidmatan diterima sangat buruk, selain menanggung bil elektrik lebih tinggi kerana menggunakan pam air.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Zulkifli Hamat, 35, pula mendakwa, tekanan air yang rendah turut menyukarkan pihak bomba untuk memadamkan kebakaran seperti yang berlaku baru-baru ini.

Dakwanya, tekanan air rendah telah menjejaskan operasi memadam kebakaran apabila pili bomba tidak boleh berfungsi dengan baik, sehingga memaksa anggota bomba mendapatkan sumber air di Simpang Tiga yang terletak agak jauh dari kampung berkenaan.

"Di kampung ini tiada sumber air terbuka seperti paya atau kolam yang boleh digunakan oleh pihak tersebut untuk memadam kebakaran. Kejadian seumpama ini yang paling ditakuti oleh penduduk.

"Seandainya pili bomba ada tekanan air yang baik, mungkin penduduk atau pun anggota bomba sukarela di kampung ini dapat membantu memadamkan kebakaran dengan segera," jelasnya.

Mohd. Hafizul Salleh, 29, pula sangat mengharapkan agar AKSB dapat meningkatkan tekanan bekalan air di kampung berkenaan dengan kadar segera untuk kebaikan semua pihak, terutama penduduk yang sudah hampir lapan tahun menunggu bekalan air sempurna.

"Ia untuk kemudahan penduduk dan anggota. Jika berlaku kebakaran, masalah ini sudah pasti menyusahkan semua pihak terlibat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Seri Desa dijanji tanah

Posted:

Penduduk Seri Desa dijanji tanah

Penduduk Seri Desa dijanji tanah

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan negeri berjanji akan memberi ganjaran tanah untuk aktiviti riadah bagi kegunaan penduduk Cina di Taman Seri Desa, Chendering di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagaimanapun berkata, tanah itu kemungkinan akan diwartakan terlebih dahulu sebagai rizab jalan Persekutuan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965.

"Kita faham keperluan penduduk di sini dan kita akan cuba dapatkan tanah bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian seperti riadah," katanya ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Chendering baru-baru ini.

Taman Seri Desa mempunyai kira-kira 100 kediaman dengan bilangan penduduk di antara 400 hingga 500 orang dan sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Forum Keluarga Rasulullah

Posted:

Forum Keluarga Rasulullah

Forum Keluarga Rasulullah

KOTA BHARU 16 Mei - Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri akan mengadakan Forum Keluarga Rasulullah-Didik Anak Cara Nabi pada Khamis ini di padang Majlis Daerah Machang bermula pukul 8.30 hingga 11. 45 malam.

Forum itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Ia antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pendidikan cara Rasulullah sehingga melahirkan insan yang berkeperibadian unggul.

Antara ahli panel pada forum itu ialah Penolong Pengarah Kanan (Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik); Saibon Ismail dan Penolong Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 16 May 2011 11:29 PM PDT

Utusan Online - Politik


Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah

Posted:

Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah

Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah

KUALA LUMPUR 16 Mei - Keadaan pekarangan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta dekat sini, bertukar kecoh apabila lebih 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul bagi mendengar keputusan sama ada Ketua Pembangkang itu perlu membela diri dalam kes liwatnya.

Utusan Malaysia difahamkan, kebanyakan penyokong berkenaan datang dari luar Lembah Klang dan mula 'berkampung' di Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak berdekatan mahkamah awal pagi tadi.

Sejurus selepas menunaikan solat Subuh, mereka bergerak ke pekarangan mahkamah sambil melaungkan kata-kata sokongan terhadap Anwar.

Keadaan bertambah kecoh ketika Anwar tiba di mahkamah sekitar pukul 8.45 pagi dan sepanjang prosiding, selain perkataan 'Reformasi', ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan provokasi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Perkataan kesat dalam bahasa Tamil iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi juga dilaungkan termasuk menghina beberapa media seperti TV3, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia.

Kumpulan wartawan dan jurukamera dari TV3 antara yang teruk menerima tekanan apabila sekumpulan penyokong Anwar menjerit menghalau petugas media berkenaan daripada membuat liputan di mahkamah.

'TV3 lucah', 'bodoh' serta beberapa lagi perkataan tidak senonoh diluahkan penyokong terbabit kepada media berkenaan serta kepimpinan negara.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan polis kerana tindak-tanduknya yang mencurigakan apabila membawa tukul besi di pekarangan mahkamah.

"Tukul besi itu diselit di pinggangnya dan ketika ditahan pada pukul 9.15 pagi, lelaki terbabit lengkap berpakaian seragam pengawal keselamatan. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tindakan Anwar timbul persoalan

Posted:

Tindakan Anwar timbul persoalan

Tindakan Anwar timbul persoalan

KUALA LUMPUR 16 Mei – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan 'bercuti' ke luar negara esok tanpa membawa bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, semata-mata untuk menyelesaikan kemelut dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menimbulkan seribu satu persoalan.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, sepatutnya dalam keadaan tertekan, Anwar perlu mengutamakan Wan Azizah berbanding Shamsul Iskandar Mohd. Akin mahu pun Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Sambil mempersoal kenapa Anwar perlu memilih negara berkenaan untuk menyelesaikan masalah antara dua pemimpin AMK itu sedangkan ia boleh dibuat dalam negara, Mohd. Nazmi berkata, ia bukti bahawa Wan Azizah hanya diperlakukan sebagai patung.

"Saya simpati dan kasihan dengan Wan Azizah. Apa yang dia tidak korbankan demi Anwar tetapi dalam keadaan tertekan akibat pendedahan video seks dan keputusan hakim (bela diri), Anwar sanggup meninggalkan Wan Azizah untuk bercuti di luar negara.

"Kenapa tidak selesaikan masalah kecil dalam AMK ini di dalam negara? Kenapa tidak menjadikan percutian di luar negara itu sebagai tempat untuk beliau melepaskan tekanan bersama Wan Azizah?" katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang dijangka 'bercuti' ke luar negara esok yang dikatakan bagi menyelesaikan permusuhan antara Chegu Bard dengan Shamsul Iskandar akibat pergeseran semasa pemilihan parti tahun lalu.

Permusuhan antara dua pemimpin AMK ini bukan lagi rahsia apabila kedua-dua pihak saling berbalas 'serangan' di laman sosial Twitter dan Facebook.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 16 May 2011 11:22 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Warga sejagat perlu dukung kesederhanaan

Posted: 16 May 2011 04:11 PM PDT

Nasional

 NAJIB   bersama Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir   Razak (kanan) dan Pengarah Oxford Centre For Islamic Studies, Dr Farhan Ahmad berbual  ketika  meninjau pembinaan auditorium ditaja  Malaysia di London, semalam.

NAJIB bersama Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak (kanan) dan Pengarah Oxford Centre For Islamic Studies, Dr Farhan Ahmad berbual ketika meninjau pembinaan auditorium ditaja Malaysia di London, semalam.

DATUK Seri Najib Razak menyarankan supaya semua warga sejagat mendukung kesederhanaan bagi memastikan masa depan dunia yang lebih adil untuk semua dengan menggarap permodenan dan kesederhanaan secara bersama.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa sempadan sebenar bukan di antara Timur dan Barat atau antara negara maju dan membangun, mahupun antara orang Islam dan bukan Islam, sebaliknya adalah antara kesederhanaan dan ektremisme.

"Pilihan kita adalah jelas. Mari bertindak bersama untuk masa depan lebih adil, bebas, penuh harapan, belas ihsan dan muhibah untuk anak kita," katanya dalam syarahan bertajuk Gabungan Golongan Sederhana dan Kefahaman Antara Tamadun, di Universiti Oxford, dekat London semalam. Kira-kira 600 hadirin menghadiri syarahan itu terdiri daripada ahli akademia, peniaga dan diplomat tempatan termasuk bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw. Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakaria Sulong.

Najib yang tiba di London bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dari Doha malam tadi, sebelum itu melawat tapak baru Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS), yang pembinaan auditoriumnya ditaja oleh Kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri juga berkata, dunia perlu mendengar suara bersepadu golongan sederhana dari semua negara dan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Bila kita berbuat demikian, harga keamanan berada di situ untuk semua saksikan. Semangat wasatiyah – kesederhanaan atau keseimbangan – seharusnya menjelma di seluruh dunia sekarang," katanya.
Najib berkata, disebabkan hakikat itu jugalah ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), September tahun lalu beliau menyarankan kewujudan Pergerakan Sederhana Global yang memperlihatkan kerajaan, intelektual, ulama dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia, mengambil pendirian bersama sejajar dengan semangat wasatiyah.

"Dunia yang bebas daripada keganasan tidak mustahil dan boleh digapai, tetapi semuanya memerlukan pendekatan yang sederhana tanpa mengira fahaman agama.

"Kita berada di sini malam ini bagi merapat, bukan pertembungan ketamadunan, sebaliknya untuk memahami dan mungkin meraikan perbezaan kita, dan pada masa sama, apa saja yang boleh kita kongsi bersama. Permodenan dan kesederhanaan mesti digarap bersama. Dialog mesti diteruskan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Israel tembak Rachel Corrie

Posted: 16 May 2011 04:07 PM PDT

Nasional

Kapal bantuan Palestin dipaksa berundur, berlabuh di pelabuhan Mesir

KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin, sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, semalam.

Bagaimanapun, semua yang berada atas kapal itu, termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media selamat. Kapal yang dinaiki masing-masing dua warga Ireland dan India serta seorang warga Kanada itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih dan membina semula sistem pembetungan dan bekalan air di Gaza, diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat 30 batu nautika dari kawasan itu. Sebelum itu, kapal misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) itu diarah menurunkan sauh di perairan Mesir sambil dikawal dan dipantau kapal peronda tentera laut Israel dan Mesir.

Jurucakap PGPF di Jordan, Tan Sri Samsudin Hitam memaklumkan mengenai insiden itu kepada wartawan Berita Harian yang kini berada di Kaherah untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bagi melaporkan perkembangan misi kemanusiaan tajaan yayasan itu.

"Kapal kargo itu memasuki zon keselamatan Palestin sebelum dipintas dan ditembak serta dipaksa berundur ke perairan Mesir," katanya.

Wartawan akhbar News Straits Times, Alang Bendahara yang berada atas kapal itu berkata, dua kapal peronda Israel melepaskan empat tembakan amaran sebelum mengarahkan kapal berundur ke perairan Mesir.
"Tentera rejim itu juga menaiki kapal bagi memeriksa kargo yang dibawa bagi memastikan ia bukan bahan larangan," katanya.

Kapal kargo itu berlepas dari pelabuhan Piraeus, Greece, Rabu lalu, membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan diagihkan kepada penduduk Palestin untuk membaiki sistem pembetungan dan bekalan air yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008.

Misi bantuan kemanusiaan PGPF itu bertujuan memecahkan kepungan Israel terhadap perairan Gaza sejak 2007, selain meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai krisis kemanusiaan 1.5 juta warga Palestin yang dikepung dari darat dan laut oleh rejim zionis.

Kapal itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin (warga Malaysia) dan dua warga India, Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash. Misi itu turut membawa Wartawan BERNAMA, Mohd Faizal Hassan dan petugas sukarela FELDA, Mohd Radzillah Abdullah.

Ia adalah kesinambungan daripada pelayaran kapal kargo MV Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan pelbagai keperluan seberat 1,500 tan ke Gaza pada Mei tahun lalu sebelum ditahan tentera Israel dengan 19 krew dan penumpang dibawa ke Pelabuhan Ashdod. MV Rachel Corrie antara tujuh buah kapal yang menyertai misi flotilla kebebasan diketuai kapal penumpang MV Mavi Marmara dari Turki bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Flotila kebebasan yang membabitkan lebih 700 penumpang dan aktivis pelbagai latar belakang agama dan bangsa dari seluruh dunia itu gagal sampai ke destinasi, namun kematian sembilan aktivis Turki yang ditembak mati komando Israel dan meninggalkan puluhan lain cedera, mengembalikan tumpuan masyarakat dunia kepada krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza.

INFO

THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE

Nama asal: MV Finch

Jenis: Kapal kargo (reka bentuk tongkang)
Ukuran saiz : 54.9 meter panjang, 9.4 meter lebar dengan kedalaman 4.75 meter
Tahun: 1989
Buatan: United Kingdom
Kelajuan: 8.5 knot
Muatan kargo: 1,200 tan
Flagship: Moldova
Pelabuhan kapal didaftarkan: Giurgiulesti
Muatan: Paip PVC sepanjang 7.5km seberat 30 tan

  • MV Rachel Corrie mengambil sempena nama aktivis keamanan dari Amerika Syarikat, Rachel Corrie, 23, yang meninggal dunia digilis jentolak Caterpillar D9 tentera Israel ketika cuba menghalang rejim Zionis memusnahkan rumah penduduk Palestin pada 2003. Rachel Corrie meninggal dunia selepas digilis dua kali oleh jentolak seberat 48,988 kilogram itu.

    Artikel lain:

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    Zahrul

    Israel hati perut memang busuk.lebih busuk drpd bangkai.ya allah ya tuhan ku tunjukanlah kuasa mu,binasakanlah Kaum binatang Israel Jahanam.

    dinosour baik

    kata Mesir dah buka pintu ke gaza. Nape tak hantar ikut Mesir?

    sazry

    bukan "pakar TLDM".. tapi, "pasukan khas laut" TLDM.. (PASKAL).. harap maklum...

    sazry

    p jahanam la israel.. sangat tidak berperikemanusiaan langsung.. heran kenapa tiada tindakan dari negara2 islam besar yang lain.. apa yang israel buat kepada Gaza ni la penindasan terhadap agama islam secara terang2an.. kita masyarakat dunia hanya memandang dan membutakan mata.. ya Allah.. Musnahkanlah kaum2 Israel dari muka bumi ini.. Hancurkanlah mereka seperti Kaum2 lain yang terdahulu yang menentang agama mu Ya Allah...! AMIN..

    yusuf

    Benar kata Ridzman. sepatutnya pakar TLDM iringi kapal bantuan tersebut setidaknya beri perlindungan rakyat kita. Begitu juga negara lain dimana rakyatnya ada bersama kapal tersebut.

    orang kampung

    ISRAEL PENGGANAS, ZALIM, PENCEROBOH, PENJAJAH, DILAKNATI, CELAKA, TERKUTUK, JAHANAM, KEJI, apa lagi perkataan yang sesuai...

    M Ridzman

    Iskhh...sangat merbahaya.
    Pakar TLDM (paskal) kita mesti mengiringi terutama jika misi itu membabitkan rakyat Malaysia.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 16 May 2011 11:13 PM PDT

    Utusan Online - Jenayah


    2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi

    Posted:

    2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi

    2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi

    SHAH ALAM 16 Mei – Dua lelaki warga Nigeria mungkin menyangka mereka akan terlepas setelah menyumbat 9.6 kilogram syabu bernilai RM2.41 juta dalam ubi kayu dan keledek Afrika.

    Bagaimanapun taktik kedua-duanya yang menaiki penerbangan berasingan dari Doha pada kelmarin dan pagi ini, berjaya dihidu pihak berkuasa.

    Ketika ditahan mereka yang berusia 31 dan 32 tahun itu baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, kedua-duanya ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan apabila membimbit beg plastik besar berisi ubi kayu dan keledek.

    Katanya, suspek pertama ditahan pada pukul 3.45 petang kelmarin dan ketika itu dia membawa satu beg plastik berisi enam ketul ubi kayu.

    Beliau berkata, ketika soal siasat, suspek memberi alasan membawa ubi kayu tersebut untuk rakannya.

    "Alasan itu mencurigakan kita memandangkan tanaman tersebut banyak di Malaysia. Jadi, kita terus memeriksa dan menemui enam plastik lutsinar berisi dadah syabu disumbat di dalam ubi kayu tersebut yang telah dikorek isinya.

    "Ini merupakan modus operandi terbaru sindiket dadah tetapi mereka kurang cerdik," katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

    Menurut Nordin, penahanan pertama memudahkan pihaknya memberkas suspek kedua yang tiba dengan penerbangan pukul 7.30 pagi ini dengan menjalankan modus operandi sama.

    Katanya, pemeriksaan terhadap suspek kedua menemui lima lagi plastik dadah syabu yang disumbat di dalam tiga ketul ubi kayu dan dua ketul keledek.

    "Suspek kedua meletakkan sebungkus ikan kering untuk mengelakkan dadah dihidu oleh unit anjing, tetapi taktik itu tidak menjadi," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    ‘Awang hitam’ cedera dibelasah

    Posted:

    'Awang hitam' cedera dibelasah

    'Awang hitam' cedera dibelasah

    Oleh ASSIM HASSAN
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 16 Mei – Gara-gara dipercayai mengganggu isteri seorang penduduk di Taman Wangsa Permai, Kepong, beberapa lelaki warga Afrika cedera dibelasah sekumpulan penduduk taman itu di sebuah kedai makan, di sini malam semalam.

    Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, tiga hari lalu, mangsa dikatakan telah diganggu oleh beberapa lelaki warga Afrika dan memberitahu kejadian itu kepada suaminya.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, lelaki 'Awang hitam' itu dikatakan sekali lagi mengganggu wanita terbabit yang melalui kedai makan tersebut.

    Bagaimanapun, nasib mereka agak malang kerana suami mangsa bersama sekumpulan penduduk berada berhampiran tempat kejadian untuk mengetahui sama ada aduan isterinya itu benar.

    "Selepas mangsa sekali lagi diganggu, sekumpulan penduduk menyerbu masuk kedai terbabit dan berlaku pergaduhan," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

    Seorang lagi saksi, Nor Azura Idayu Nasri, 31, berkata, sekumpulan penduduk telah mengejar salah seorang lelaki Afrika itu sehingga ke dalam pekarangan rumahnya dan membelasah lelaki tersebut.

    Katanya, dia yang baru pulang dari kerja di luar daerah terkejut dengan kejadian itu kerana lebih 30 orang, dipercayai penduduk taman itu, mengejar untuk membelasah lelaki warga Afrika tersebut.

    "Kumpulan penduduk telah memukul 'Awang hitam' itu menggunakan kayu, batu-bata, pisau dan kerusi plastik hingga menyebabkan lelaki terbabit cedera di kepala, bahu dan mulut," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 16 May 2011 11:06 PM PDT

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Makan dan bayar secara ikhlas

    Posted:

    Makan dan bayar secara ikhlas

    Makan dan bayar secara ikhlas

    Oleh NIZHA PERIASWAMY
    nizha.periaswamy@kosmo.com.my



    BERMACAM-MACAM pemahaman orang tentang Hari Wesak. Paling ketara apabila menyebut tentang amalan penganut agama Buddha adalah idea yang mengaitkannya dengan restoran makanan sayur-sayuran.

    Ramai percaya, penganutan agama itu amat berkait rapat dengan amalan pemakanan sayuran sahaja atau vegetarian, sama seperti agama Hindu.

    Hakikatnya, amalan pemakanan vegetarian bukanlah satu amalan wajib. Namun, penganut-penganut digesa supaya mengikut ajaran Siddharta Gautama iaitu pengasas ajaran Buddha yang mengesyorkan penganutnya agar tidak membunuh, mencederakan atau meminta ditawarkan dengan makanan berasaskan hidupan seperti haiwan.

    Sebagai mengikuti amalan ajaran Buddha itu, seorang pegawai kerajaan, Jevaratnam Baby, 29, cuba sedaya upaya untuk berbuat demikian. Dalam menikmati makanan vegetarian kegemaran, Jevaratnam atau lebih mesra dengan panggilan Jeva juga mempunyai restoran pilihannya sendiri iaitu Restoran Annalakshmi di Temple Of Fine Arts di Brickfileds.

    "Sebagai seorang yang mengamalkan agama Hindu tetapi turut menganuti ajaran Buddha, saya dilatih oleh keluarga untuk mengamalkan amalan vegetarian pada hari-hari tertentu. Khususnya pada hari kebesaran, termasuk Hari Wesak. Kami sekeluarga hanya akan makan menu sayuran sehari sebelum dan pada hari Wesak," katanya yang ditemui di Restoran Annalakhsmi bersama-sama ibu, nenek dan adiknya.

    Walaupun ramai yang menganggap pemakanan vegetarian sebagai satu amalan yang sukar, Jeva pula berpendapat sebaliknya. Pengunjung sebenarnya mempunyai banyak pilihan makanan vegetarian di restoran India, selain restoran yang khusus untuk vegetarian.

    "Di sini, kita dapat menjamu pelbagai menu sayuran dalam keselesaan sebuah restoran mewah iaitu lengkap dengan kemudahan hawa dingin, bersih, dekorasi klasik dan diiringi muzik latar tradisional," ujar Jeva.

    Lebih istimewa, tiada bayaran khusus yang dikenakan kepada pelanggan! Restoran Annalakshmi yang beroperasi sebagai satu organisasi di bawah penyeliaan Temple Of Fine Arts itu tidak menyertakan bil malah, pengunjung boleh membayar sebarang amaun secara ikhlas.

    Manfaatkan sumbangan


    SUKARELAWAN yang sedia mempelawa pengunjung ke Restoran Annalakshmi.


    "Lazimnya, kami akan gunakan sumbangan ini untuk menjalankan operasi restoran dan aktiviti lain. Sumbangan itu juga bagi menampung keperluan operasi klinik percuma yang terletak berdekatan dengan restoran ini," kata C. Sivadas, 40, salah seorang sukarelawan di restoran yang terletak di Jalan Berhala, Brickfields itu.

    Restoran Annalakshmi beroperasi dengan bantuan kira-kira 50 orang sukarelawan yang mengambil giliran harian selain dibantu 10 orang kakitangan berbayar.

    Bekerja di bandar raya yang sibuk, ramai orang tidak berpeluang menikmati makanan yang benar-benar sihat, lebih-lebih lagi masakan vegetarian ala fine dining. Oleh itu, pengasasnya, Swami Shantananda Saraswati membuka restoran itu sejak tahun 1981.

    Semasa sibuk menemubual Sivadas, beberapa orang sami dari kuil Buddha berdekatan dilihat menjamu selera di restoran tersebut.

    "Kami menerima kunjungan daripada sami-sami Buddha kerana kebanyakan persediaan makanan ini mengikut standard Buddhism. Hampir kebanyakan makanan tidak menggunakan bawang putih dan bawang merah. Jika ada makanan dengan kandungan herba itu, kami akan nyatakan pada label makanan supaya ia dapat dielakkan para sami," ujar Sivadas.

    Annalakshmi selalu menerima kunjungan sami Buddha selain pengunjung Tamil, Cina, pelancong asing dari India, Eropah, Korea, Jepun dan juga pengunjung Melayu.

    Disukai pelancong

    "Kami sekeluarga datang bercuti di sini dari Hyderabad, India. Sepanjang berada di sini, iaitu sejak tiga hari yang lalu, saya makan malam di sini. Anak-anak kami amat menyukai makanan vegetarian kerana ia seperti masakan di rumah," kata V. Ganesh, 46.

    Beliau yang ditemani isterinya, Viji Ganesh pula memberitahu, amalan pemakanan di Annalakshmi sebagai satu usaha yang perlu disokong.

    "Mereka memberikan khidmat pelanggan yang terbaik. Kami akan datang ke sini setiap malam sehingga pulang ke India," katanya.

    Sementara itu bagi seorang pelanggan dari Kuala Lumpur, Lee Leng Leng, 46, beliau sentiasa berasa tenang di Annalakshmi.

    "Memandangkan saya bekerja di sekitar kawasan ini, saya merasakan adalah baik jika saya menghabiskan makan malam di restoran ini sebelum pulang ke rumah," katanya.


    KELUARGA Jeva yang seronok menikmati makanan vegetarian.


    Leng Leng yang meminati makanan India berkata, persekitaran yang kondusif membuatkan dirinya terpanggil untuk selalu menjamu selera di situ. Baru setahun mengunjungi Annalakshmi, Leng Leng berkata, dia akan cuba membayar sebanyak mungkin atau seiring dengan saiz hidangan yang diambilnya.

    "Saya percaya ramai yang membayar amaun yang baik kerana ia bertujuan menderma. Jika mampu saya akan berbuat demikian," katanya.

    Walaupun begitu, Sivadas mengakui pihaknya banyak menerima kunjungan pengunjung yang tidak membayar atau bayar dengan nilai wang yang sangat sedikit.

    "Kami tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka datang makan dan beredar begitu sahaja. Ada pula yang membayar beberapa sen hingga seringgit dua.

    "Kami juga kesal dan sangat kecewa apabila sesetengah pengunjung bersikap tamak dengan mengambil makanan yang banyak dan kemudian membazirkannya. Itu bukan tujuan kami menjalankan restoran ini. Kami menggesa supaya pengunjung mengambil makanan yang perlu sahaja. Kalau mahu lebih, boleh tambah semula," pesannya.

    Jeva yang ditemui di restoran itu juga membawa mesej yang sama kepada pengunjung sepertinya.

    "Saya tidak akan merugikan makanan di sini kerana saya percaya ia wajar dikongsi dengan baik. Kita bayar mengikut suka, jadi janganlah menyalahgunakan kelebihan itu," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 16 May 2011 07:27 PM PDT

    Utusan Online - Pahang


    Kompleks Petanque terbesar

    Posted:

    Kompleks Petanque terbesar

    Kompleks Petanque terbesar

    Oleh HARIS FADILAH AHMAD
    utusanpahang@utusan.com.my


    ABDUL Rahman Mohamad (empat dari kanan) menyertai permainan petanque di Taman Seri Tempoyang, Kuala Lipis, baru-baru ini.


    KUALA LIPIS 16 Mei – Daerah Lipis bakal mempunyai gelanggang petanque terbesar di negara ini yang boleh digunakan bagi kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam tempoh dua tahun lagi.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, sehingga kini sebanyak 12 gelanggang petanque telah siap dibina di Taman Seri Tempoyang di sini manakala 32 gelanggang tambahan masih dalam pembinaan.

    Jelasnya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM64,000 bagi menyediakan prasarana sukan tersebut seperti bilik rehat, bilik persalinan, pentadbiran, stor peralatan, tandas dan tempat letak kereta di kawasan seluas empat hektar.

    "Sukan itu tidak melibatkan perbelanjaan tinggi dan dijadikan sebagai aktiviti riadah pada waktu petang dan cuti hujung minggu," katanya selepas menyertai kejohanan Petanque peringkat daerah anjuran UMNO Lipis di Taman Seri Tempoyang di sini kelmarin.

    Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat dan Pengerusi Persatuan Petanque Lipis, Azmi Yusof.

    Menurut Abdul Rahman, sukan itu mendapat perhatian penduduk khususnya belia termasuk warga emas dan Orang Asli di luar bandar.

    Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi tuan rumah pada kejohanan peringkat antarabangsa serentak dengan perasmian kompleks gelanggang tersebut pada tahun depan.

    "Kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan akan mengundang pemain petanque bertaraf dunia dari England, Perancis, New Zealand dan negara ini menyertai pertandingan serta klinik latihan kepada penduduk di sini," ujar beliau.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Banyakkan kempen urus organisasi belia

    Posted:

    Banyakkan kempen urus organisasi belia

    Banyakkan kempen urus organisasi belia

    KUANTAN 16 Mei - Kempen yang menekankan kepada pengurusan organisasi belia perlu diperbanyakkan seiring dengan perkembangan pertubuhan itu di peringkat daerah dan negeri.

    Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keperluan itu harus dipertingkatkan setiap masa dalam usaha memantapkan ilmu dan kemahiran golongan belia di negeri ini.

    ''Golongan itu merupakan bakal pemimpin pelapis pada masa depan dan memerlukan bimbingan di peringkat akar umbi supaya tampil dengan cemerlang apabila menerajui pertubuhan belia masing-masing,'' katanya ketika berucap pada sambutan Hari Belia peringkat negeri di sini semalam.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berakit jadi produk pelancongan

    Posted:

    Berakit jadi produk pelancongan

    Berakit jadi produk pelancongan

    BERA 16 Mei - Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang mampu menjadi produk pelancongan yang boleh mempopularkan negara ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

    Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Senator Datuk Maglin Dennis D'Crus berkata, kembara berakit itu perlu dipromosikan dengan agresif supaya mampu menarik lebih ramai penyertaan pelancong dari seluruh dunia.

    Katanya, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan bagi menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan pada masa akan datang.

    "Bagi mencapai matlamat itu, program berkenaan akan diteruskan selama tiga tahun berturut-turut sehingga 2013 bagi menarik minat dan membolehkan lebih ramai penyertaan pelancong antarabangsa," selepas menutup program itu yang disertai 38 pasukan membabitkan lebih 300 peserta di Kuala Triang dekat sini, baru-baru ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 16 May 2011 07:23 PM PDT

    Utusan Online - Mahkamah


    'Anwar adalah Lelaki Y, DNA mereka sepadan'

    Posted:

    'Anwar adalah Lelaki Y, DNA mereka sepadan'

    'Anwar adalah Lelaki Y, DNA mereka sepadan'

    KUALA LUMPUR 16 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima keterangan dua ahli kimia yang mendapati bahawa asid deoksiribonukleik (DNA) Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan DNA Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyatakan, walaupun barisan pembelaan memohon agar keterangan Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon ditolak kerana terlalu banyak keraguan, mahkamah tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian.

    Beliau dalam penghakimannya menyatakan, ini kerana selain meneliti keterangan kedua-dua pakar tersebut di mahkamah, maklumat latar belakang mereka juga menunjukkan bahawa Lay Hong dan Nor Aidora mempunyai pengetahuan, latar belakang pendidikan dan pengalaman yang tiada cacat cela.

    ''Bukti ini (padanan DNA Anwar dan Lelaki Y), jika diterima masuk, membuktikan bahawa penyumbang air mani yang tidak dikenali dan dinamakan Lelaki Y yang ditemui di dalam dubur pengadu berasal daripada tertuduh,'' katanya.

    Selain itu, terdapat bukti daripada tiga doktor yang memeriksa mangsa pada 28 Jun 2008 di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) Hospital Kuala Lumpur (HKL); Dr. Siew Sheue Feng, Dr. Razali Ibrahim dan Dr. Khairul Nizam Hassan, serta Lay Hong yang menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari bahawa telah berlakunya penetrasi.

    ''Keterangan ketiga-tiga doktor itu berdasarkan latar belakang mangsa dan lokasi calitan-calitan kapas diambil juga secara positif merumuskan bahawa telah berlaku kemasukan zakar ke dalam dubur mangsa,'' katanya.

    Merujuk kepada ketiadaan kesan luka pada bahagian dubur, hakim tersebut menyatakan, Sheue Feng dan Khairul Nizam dalam keterangan mereka telah menjelaskan bahawa penetrasi boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan atas beberapa faktor termasuk penggunaan pelincir.

    Mengenai isu pencemaran dan degradasi, hakim itu memberitahu, tiada bukti-bukti lain bahawa keadaan tersebut wujud sehingga boleh menjejaskan profil DNA diperoleh.

    Ujarnya, Lay Hong dalam keterangannya menyatakan bahawa degradasi akan sentiasa berlaku dalam mana-mana sampel DNA tetapi apa yang penting ialah tahap keseriusannya.

    ''Walaupun terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak cukup untuk memusnahkan DNA. Dalam kes ini, saksi pendakwa kelima (Lay Hong) menyatakan bahawa profil DNA yang diperoleh daripada calitan-calitan putik kapas adalah jelas,'' ujarnya.

    Selain itu, keterangan doktor- doktor yang memeriksa mangsa di HKL turut menunjukkan bahawa setiap sampel yang diambil daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari telah dimasukkan ke dalam bekas steril, dimeterai dan dilabel sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk diberikan kepada Lay Hong.

    Atas sebab itu, mahkamah mendapati kemungkinan berlakunya sebarang pencemaran ke atas sampel-sampel selepas ia diperoleh adalah sangat terpencil.

    Mengenai isu pegawai penyiasat mengganggu bahan bukti apabila membuka bungkusan plastik mengandungi sampel-sampel yang diambil itu, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan tiada cara Supritendan Judy Blacious Pereira untuk berbuat demikian.

    Ujar beliau, pada ketika barang-barang kes dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008, sampel-sampel yang diambil di OSCC telah diserahkan kepada Lay Hong dan telah berada di Jabatan Kimia Malaysia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ketua Pembangkang 'angkat sumpah' beri keterangan 6 Jun

    Posted:

    Ketua Pembangkang 'angkat sumpah' beri keterangan 6 Jun

    Ketua Pembangkang 'angkat sumpah' beri keterangan 6 Jun

    KUALA LUMPUR 16 Mei - Selepas sekian lama menunggu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan 'mengangkat sumpah' pada 6 Jun ini dengan bersaksikan beberapa orang peguam belanya termasuk Karpal Singh.

    Bagaimanapun, sumpah yang bakal dibuat itu bukanlah sumpah laknat seperti yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebaliknya ia adalah sumpah untuk memberi keterangan benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

    Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijangka mengangkat sumpah tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan Mohd. Saiful Bukhari dari kandang saksi selaku saksi pembelaan yang pertama.

    Barisan pembelaan pada ketika ini, telah menyenarai pendek antara 25 ke 30 orang yang bakal dipanggil memberi keterangan di peringkat bela diri itu.

    Antara mereka yang disenaraikan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Turut disebut-sebut sebagai saksi ialah doktor dari Hospital Pusrawi ketika kejadian, Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid yang merupakan doktor perubatan pertama ditemui oleh Mohd. Saiful Bukhari sebelum membuat laporan polis dan diperiksa olah pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.

    Doktor itu juga dikatakan individu yang bertanggungjawab menghasilkan laporan perubatan kontroversi yang menyebut mengenai kemasukan objek plastik ke dalam dubur mangsa.

    Selain itu, pakar-pakar yang dilantik oleh Anwar sebelum ini dijangka memberi keterangan pada perbicaraan yang dijadualkan berlangsung selama sebulan.

    Tiga orang pakar tersebut ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia dan dua pakar forensik, Dr. C. Damodaran dari Chennai, India serta Dr. David Wells dari Melbourne, Australia.

    Peguam Karpal Singh ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding hari ini memberitahu, bakal-bakal saksi tersebut akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan di sebuah bilik di Kompleks Mahkamah terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada mereka layak dipanggil sebagai saksi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysiakini :: Berita

    Posted: 16 May 2011 07:15 PM PDT

    Malaysiakini :: Berita


    K'jaan mansuh diesel super subsidy 9 kategori kenderaan

    Posted: 16 May 2011 08:07 AM PDT

    Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun depan.

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan akhbar hari ini, memaklumkan bahawa berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 sen seliter.

    Walau bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter.

    Kategori kenderaan yang terlibat adalah Penggerak Utama, Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.

    Menurut kenyataan itu, rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober tahun lepas yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.

    "Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.

    Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta," menurut kenyataan KPDNKK itu.

    Sementara itu, KPDNKK memaklumkan bahawa diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.

    Menurut KPDNKK, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.

    Dalam pada itu, KPDNKK berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.

    Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 sen seliter.

    - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tol plaza arah Cheras dan PJ dimansuhkan

    Posted: 16 May 2011 06:30 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]Kutipan tol di Plaza tol arah Cheras dan arah Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) di kedua-dua arah dimansuhkan bermula malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu...

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 16 May 2011 03:15 PM PDT

    Utusan Online - Rencana


    Dunia bebas keganasan bukan mustahil

    Posted:

    Dunia bebas keganasan bukan mustahil

    Dunia bebas keganasan bukan mustahil


    Najib Tun Razak (dua dari kiri) meninjau persiapan auditorium Malaysia ketika melawat Oxford Centre For Islamic Studies (OXCIS), London, semalam. Turut hadir Pengarah OXCIS Dr. Farhan Nizami (kiri). - BERNAMA


    TERLEBIH dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jack Straw atas ucapan pengenalan beliau yang begitu indah; Dr. Farhan Nizami, seorang cendekiawan terkemuka yang telah saya kenali sejak sekian lama; dan semua wakil daripada dunia akademik, perniagaan dan diplomatik yang hadir di sini hari ini.

    Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk berada di Sheldonian Theatre, dewan yang telah menjadi pentas ucapan tokoh-tokoh terkemuka sejak lama dulu. Setiap tahun, berpuluh rakyat Malaysia datang ke Oxford untuk melanjutkan pelajaran, menjadikan Kelab Malaysia Universiti Oxford sebagai kampung halaman mereka ketika berada di perantauan.

    Biasiswa Khazanah-OCIS Merdeka, yang diwujudkan pada 2006 sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, menjadi pemangkin kepada pertambahan jumlah pelajar Malaysia yang datang ke sini. Hasil daripada kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan OCIS untuk mengadakan kajian tentang isu baru yang muncul dalam bidang kewangan Islam, hubungan antara negara kita, insya-Allah, akan menjadi bertambah kukuh.

    Kepelbagaian, dialog dan perkongsian hidup secara aman merupakan tema penting dalam Islam. Dalam kitab suci al-Quran, Allah SWT berfirman bahawa Dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal-kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka. Oleh itu, sejak bilakah Islam sinonim dengan keganasan?

    Kenapakah mereka yang menganjurkan kebencian dan tindakan melampau sanggup mencemarkan Islam, agama yang menganjurkan keamanan dan kasih sayang? Adakah tindakan melampau oleh segelintir umat Islam ini boleh dianggap mencerminkan ajaran Islam yang sebenar dan perangai penganutnya? Tafsiran yang amat salah ini sungguh mendukacitakan saya dan seluruh umat Islam.

    Mungkin empat pemuda yang menuju ke selatan Yorkshire pada suatu pagi Julai berpendapat bahawa dengan membawa bom buatan sendiri dalam beg galas masing-masing, mereka membuktikan bahawa mereka adalah "umat Islam sejati". Mungkin mereka berfikir bahawa dengan meletupkan diri masing-masing, mereka bertindak seperti yang diperintahkan oleh Allah atau mematuhi ajaran al-Quran? Mereka tersilap besar.

    Saya ingin menegaskan bahawa mereka yang memasang bahan letupan pada tubuh masing-masing dan meletupkan diri mereka, bukan tergolong sebagai syuhada.

    Mereka tidak mewakili ajaran Islam. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya sesat dan melakukan dosa yang amat besar. Begitu juga halnya, semua mereka yang menganjurkan kebencian dan menyalakan api permusuhan yang membawa kepada tindakan kufur itu, turut berdosa seperti pihak yang menganjurkan kejahatan tersebut juga.

    Kita bersimpati dengan mangsa mereka yang terdiri daripada golongan tidak bersalah, orang awam yang menjalani kehidupan seharian masing-masing. Islam tidak pernah menghalalkan tindakan jahat sedemikian. Ia juga bukan sebahagian daripada ajaran Islam.

    Malah, Islam mencegah perbuatan membunuh diri; seperti yang disebut dengan jelas dalam kitab sucial-Quran, Surah 2 Ayat 195, marfumnya: "Janganlah sekali-kali kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan". Ini menunjukkan bahawa tindakan membunuh diri dilarang sama sekali dalam sebarang keadaan. Dalam Islam, nyawa adalah seuatu yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan nasib seseorang manusia itu hanya ditentukan oleh-Nya. Perlu dijelaskan bahawa menurut "maqasid syariah", kewajipan paling utama ialah melindungi dan memulihara nyawa.

    Mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil. Kita mampu mencapainya. Bagaimanapun, ia memerlukan lelaki dan wanita yang memiliki sikap berkasih sayang terhadap sesama insan, tanpa mengira kaum; ia memerlukan mereka yang menganjurkan sifat sederhana; ia menuntut agar kita tidak lagi menjadi golongan majoriti yang hanya berdiam diri, tetapi mula mempamerkan keberanian dan keyakinan dalam menunaikan tanggungjawab.

    Kita perlu menangani perkara yang menjadi punca berlakunya keganasan global. Tindakan hanya memburu individu tertentu, menghancurkan pertubuhan mereka, memporak-perandakan kekuatan kewangan mereka dan memburuk-burukkan ideologi mereka semata-mata, adalah jauh daripada mencukupi. Kita perlu mampu membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku. Melalui cara ini sajalah, kita akan dapat mencapai penyelesaian berkekalan.

    Memang amat mudah untuk mengatakan bahawa penyelesaian bagi fahaman pelampau Islam boleh dicapai apabila lebih ramai umat Islam diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mereka. Ya, itu memang menjadi tanggungjawab kita, tetapi ia bukanlah tanggungjawab di pihak kita sahaja.

    Seperti mana umat Islam perlu menyuarakan pandangan mereka, begitu jugalah halnya bagi penganut agama Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan golongan Ateis yang bencikan sifat tidak mahu bertolak ansur, keganasan dan kekejaman. Kita perlu mendengar suara golongan yang berpendirian sederhana di semua negara dan dari semua lapisan kehidupan. Jika ini dilakukan, kita semua akan dapat melihat wujudnya keamanan sebagai ganjarannya.

    Sekiranya seorang lelaki yang berdiri di tengah jalan raya hanya dianggap sebagai seorang pengacau, tetapi jika 10 orang berdiri bersama-sama di situ, tentu tindakan mereka tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Dan jika jumlah 10 orang itu bertambah menjadi seratus, seribu, sejuta dan malah satu bilion orang dan seterusnya membentuk sutu kumpulan besar dan bersatu dalam memperjuangkan niat mereka, maka golongan yang menganjurkan kebencian akan hanya mempunyai satu pilihan sahaja. Mereka sama ada menyertai kita atau kekal dengan pendirian mereka, sebelum hancur, hasil daripada kesungguhan kita untuk bertindak sebagai satu pasukan.

    Oleh itu, semua pihak yang menghargai kesederhanaan, maruah dan keadilan, tidak kira di mana jua mereka berada, perlu berdiri teguh dan dengan penuh bersemangat untuk menghapuskan golongan yang menganjurkan keganasan dan menafikan hak mereka yang berpendirian sederhana untuk memastikan kekecewaan, biar di mana jua ia dirasai, diberi perhatian, dan setiap pandangan yang disuarakan, didengari.

    Ringkasnya, kita tidak boleh membiarkan saat ini dikuasai oleh puak pelampau, di mana mereka yang bersuara paling lantang, akan memperoleh manfaat paling besar.

    Sebab itulah kita semua berada di sini pada petang ini iaitu untuk memupuk kemajuan, bukan menyebabkan berlakunya pertembungan budaya, tetapi untuk meningkatkan persefahaman, dan malah, mungkin untuk meraikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita atau berkongsi segala yang kita miliki. Kemodenan dan kesederhanaan perlu bergerak seiring. Dialog antara kita perlu diteruskan.

    Izinkan saya bercerita tentang pengalaman Malaysia. Takdir dan sejarah menghadiahkan kepada kami sebuah negara bangsa yang menjunjung tinggi kepelbagaian. Malaysia bukan sahaja dianugerahi dengan kepelbagaian etnik, tetapi juga dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama. Sejak negara kami mencapai kemerdekaan pada 1957, kecuali ketika berlaku Peristiwa 13 Mei, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan stabil.

    Di Malaysia, Islam adalah sinonim dengan kesederhanaan, keterangkuman dan tadbir urus yang baik. Enam puluh peratus daripada rakyat Malaysia beragama Islam, manakala 40 peratus lagi menganut pelbagai kepercayaan lain seperti Buddha, Tao, Konfusianisme, Kristian, Hindu dan Sikh. Walaupun Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi ia melindungi hak semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.

    Saya ingin menegaskan bahawa prinsip kesedehanaan bukan sesuatu yang baru dalam Islam. Wasatiyah berulang kali disebut dalam al-Quran. Ayat 143 Surah 2 menyebut, marfumnya: "Kami jadikan kamu umat yang seimbang". Kitab suci ini seterusya menyebut bahawa kesederhaan menghasilkan keadilan dan keadilan bererti ilmu pengetahuan dan kebebasan.

    Oleh itu, perlu diingatkan bahawa pendidikan, yang disertai prinsip demokrasi kebebasan, membolehkan kita memilih apa yang baik dan terpuji. Adalah sesuatu yang lojik bahawa kesederhanaan bererti memilih jalan yang lurus dan betul. Mereka yang berfahaman sederhana perlu mempertahankan ideal ini. Apa yang palsu atau mengelirukan, perlu ditolak dan dibuang.

    Kesederhanaan juga dianjurkan oleh agama Kristian. Agama Yahudi juga menyeru kepada kesederhanaan. Kitab Taurat mengajarkan kesederhanaan dan etika, sikap dan sifat yang perlu diamalkan dalam kehidupan sebagai suatu cara hidup dalam erti kata yang sebenar-benarnya mengenai adat resam bangsa Yahudi.

    Dalam ajaran Tao, prinsip kesederhanaan dianggap sesuatu yang amat penting dalam pembangunan diri seseorang dan menjadi satu daripada tiga tiang utama ajarannya.

    Tidak wujud apa yang dikenali sebagai Islam liberal atau Islam pelampau, Islam konservatif atau Islam makrifat, Islam jihad atau Islam penyerahan atau Islam pertengahan. Yang ada hanyalah Islam, satu cara hidup yang lengkap.

    Mengamalkan sikap sederhana bukan bererti bersikap bacul, tidak berprinsip, lemah atau menyerah sahaja.

    Dalam mematuhi tradisi Islam terbaik, Malaysia tidak akan menyimpang daripada menyokong apa yang betul dan adil, tidak kira sama ada sesuatu perjuangan itu diterajui oleh dunia Islam atau bukan. Kami tidak akan berundur daripada mempertahankan golongan yang lemah dan tertindas, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Kami tidak akan kelu daripada menyuarakan kebenaran.

    Kini, kita semua amat menyedari tentang bahaya keganasan dan kekejaman puak pelampau. Akibat serangan 9/11, hinggalah kepada pengeboman di Madrid dan Bali, kepada kemusnahan yang dilakukan di London ini, banyak manusia terus dilanda ketakutan akan kehilangan nyawa.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Memartabatkan profesion keguruan

    Posted:

    Memartabatkan profesion keguruan

    Memartabatkan profesion keguruan


    NAJIB Tun Razak menyampaikan berita gembira kepada guru-guru yang hadir melalui tayangan video sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 di Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


    Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengiktirafan kepada mereka.

    Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.

    Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi, sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.

    Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan negara.

    Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru.

    Begitu juga lompatan transformasi berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan sentuhan para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

    Lantaran itu, menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambah baik skim perkhidmatan guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:

    Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.

    Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun.

    Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

    Oleh yang demikian, kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan. Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

    Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

    Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

    Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

    Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

    Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

    Sementara itu, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

    Khabar gembiranya insya-Allah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 Januari 2012.

    Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesion keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kira sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.

    Pujangga bermadah:

    Guru umpama kandil yang

    terang menyala,

    Suluh cahayanya penerang jalan,

    Sepatah kata dijadikan pelajaran,

    Segumpal pesan dijadikan pedoman,

    Ilmu dicurah mengorak alam

    terkembang.

    Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 16 May 2011 01:27 PM PDT

    Kosmo Online - Negara


    Keputusan tak memihak Anwar

    Posted:

    Keputusan tak memihak Anwar

    Keputusan tak memihak Anwar

    Oleh WAZIHA WAHID, NUR AISHAH AMIN dan MOHD. ZAINI SAMSU HADI
    berita@kosmo.com.my


    KONDOMINIUM Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur yang didakwa lokasi berlaku kejadian Anwar meliwat Mohd. Saiful.


    KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang telah membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

    Beliau kemudian menetapkan tarikh 6 hingga 30 Jun ini bagi pihak pembelaan mengemukakan saksi-saksi untuk memberi keterangan dengan Anwar dijangka menjadi saksi pertama berbuat demikian.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Anwar kecewa keputusan hakim

    Posted:

    Anwar kecewa keputusan hakim

    Anwar kecewa keputusan hakim


    ANWAR diiringi Wan Azizah meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang dianggap seperti menjatuhkan hukuman sebelum dia membela diri daripada tuduhan liwat.

    Menurut Anwar, 64, walaupun dia tidak terkejut dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah, namun dia tidak menyangka keputusan itu dibuat dengan hanya menerima pakai hujah pihak pendakwaan semata-mata.

    "Saya kesal keputusan hakim yang begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan seolah-olah hakim telah memutuskan untuk menghukum," kata Ketua Pembangkang itu yang berpendapat kes liwat terhadap dirinya tiada asas dan fakta undang-undang.

    Terdahulu, Hakim Mohamad Zabidin mengarahkan Anwar membela diri daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu selepas mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh.

    Anwar hadir bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah, anaknya, Nurul Izzah dan beberapa Ahli Parlimen daripada parti pembangkang.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita baik untuk guru

    Posted:

    Berita baik untuk guru

    Berita baik untuk guru

    KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan guru.

    Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 di sini, beliau berkata, kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

    Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

    Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

    "Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

    "Namun, guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan," katanya.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Kota

    Posted: 16 May 2011 11:22 AM PDT

    Utusan Online - Kota


    Janji Jenice pada pilihan raya

    Posted:

    Janji Jenice pada pilihan raya

    Janji Jenice pada pilihan raya

    Oleh ANGELINA SINYANG
    kota@utusangroup.com.my


    Penduduk Flat 700 Pandan Perdana, Ampang mengadakan tunjuk perasaan semalam untuk mendesak pembinaan pagar di kawasan perumahan mereka seperti yang dijanjikan sebelum ini, berikutan semakin banyak kejadian jenayah berlaku di situ. – utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


    KUALA LUMPUR 15 Mei – Penduduk Flat 700 Pandan Perdana di sini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa supaya menunaikan janji membina pagar di kawasan perumahan mereka seperti dijanjikan pada kempen pilihan raya umum sebelum ini.

    Penduduk mendakwa, semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Jenice berjanji akan membina pagar bagi mengelak penjenayah menceroboh ke kawasan perumahan berkenaan sekiranya penduduk mengundi beliau.

    Namun, mereka kecewa kerana wakil rakyat DAP itu gagal mengotakan janji tersebut sehingga ke hari ini, malah tidak pernah sekalipun bertanya khabar dan masalah penduduk sejak diisytihar sebagai ADUN di kawasan berkenaan.

    Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penduduk Flat 700 Pandan Perdana, Umar Abdul Rahman berkata, ketiadaan pagar di kawasan perumahan itu menyebabkan ramai penduduk menjadi mangsa jenayah terutama ragut.

    "Apabila tiada pagar, sesiapapun boleh masuk dan keluar ke kawasan perumahan ini termasuk penjenayah yang mencari mangsa untuk diragut.

    "Memang berlaku banyak kes ragut di sini dan terbaru menjadi mangsa ialah seorang gadis berusia 19 tahun yang diragut semasa mahu ke tempat kerja pada awal pagi," katanya ketika ditemui di kediaman tersebut hari ini.

    Seorang lagi AJK persatuan, A. Thiruchelum, 48, berkata, nasib penduduk bertambah malang apabila diabaikan oleh pihak pengurusan perumahan berkenaan.

    Thiruchelum mendakwa, sejak pemaju menyerahkan pengurusan kawasan perumahan terbabit kepada syarikat swasta setahun lalu, flat di situ mula tidak disenggara dengan baik.

    "Kami dikehendaki membayar yuran penyenggaraan RM35 sebulan dan beberapa lagi yuran lain tetapi tidak berpuas hati dengan cara syarikat terbabit menyenggara kawasan perumahan ini.

    "Bayangkan mereka hanya menggaji seorang tukang sapu untuk membersih empat blok bangunan yang menempatkan 700 buah rumah. Ini menyebabkan sampah-sarap tidak disenggara dengan baik," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Peniaga dakwa dihalau ADUN DAP

    Posted:

    Peniaga dakwa dihalau ADUN DAP

    Peniaga dakwa dihalau ADUN DAP


    Ali Hashim (kiri) dan Mohd. Ridzuan Abdullah menunjukkan notis arahan berpindah oleh MPAJ pada sidang akhbar di Flat 700 Pandan Perdana, Ampang, semalam.


    AMPANG 15 Mei - Suasana tegang tercetus di Flat 700, Pandan Perdana di sini hari ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa tanpa belas kasihan menghalau penduduk yang berniaga di tepi jalan di kawasan perumahan berkenaan.

    Wakil rakyat DAP itu bersama kira-kira lima pembantunya tiba di perumahan kos rendah itu pada pukul 10 pagi sambil membawa kain rentang berbunyi 'Penjaja Haram' bertujuan menghalau dua penduduk warga emas yang masih berniaga di situ, setelah mereka diberi notis oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), semalam.

    Sebelum ini terdapat 23 penduduk mengusahakan perniagaan kedai makan dan runcit di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan yang mempunyai empat blok dengan 700 unit rumah.

    Namun, kini hanya dua lelaki warga emas masih kekal berniaga di situ, setelah rakan-rakan peniaga yang lain akur dengan arahan MPAJ agar berpindah atau menutup perniagaan dengan alasan mereka berniaga tanpa lesen di tempat awam.

    Seorang peniaga yang menjadi mangsa, Ali Hashim, 67, berkata, dia yang sudah 14 tahun membuka gerai menjual makanan di situ, berkeras meneruskan perniagaan kerana tiada pilihan memandangkan hanya pekerjaan itu sahaja sumber pendapatan untuk menyara diri dan isterinya.

    "Sepatutnya, tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah membantu penjaja kecil seperti kami untuk mendapatkan lesen tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila kami sudah tiga kali dihalau, manakala lesen berniaga tidak pernah diluluskan walaupun sudah banyak kali membuat permohonan.

    "Saya kecewa dengan kepimpinan kerajaan Selangor yang langsung tidak prihatin dengan nasib kaum Melayu kerana semasa Barisan Nasional (BN) memerintah kami tidak pernah diperlakukan begini," katanya ketika ditemui di tapak gerai yang sudah dirobohkan di sini hari ini.

    Ahmad Sulong, 70, yang berniaga minuman pula berkata, dia kini buntu memikirkan masa depannya setelah hilang sumber pendapatan apabila tidak lagi dibenarkan berniaga di gerai yang sudah 14 tahun diusahakannya.

    Lelaki warga emas yang menghidap penyakit lelah itu memberitahu, dia terpaksa mencuri-curi berniaga di situ pada hujung minggu kerana tidak mampu menyewa tapak perniagaan lain yang mengenakan bayaran mahal.

    Bekas pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu berkata, tindakan MPAJ merobohkan gerainya menyebabkan dia kini dibelenggu masalah hutang kerana tiada lagi wang untuk membayar rumah dan motosikal yang dibeli.

    Bekas pemilik kedai runcit, G. Moorty, 28, berkata, dia bertikam lidah dengan Jenice kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ADUN terbabit menghalau para peniaga tanpa berbincang terlebih dahulu.

    "ADUN itu tidak membenarkan kami berniaga kerana gerai-gerai di sini tidak membayar sewa," kata Moorty yang kecewa kerana masih gagal mendapatkan semula barang-barang runcit yang disita MPAJ.

    Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, beliau akan meminta kerjasama UMNO dan Pas untuk menyelamatkan peniaga Melayu setelah tidak yakin dengan Gerakan dan MCA.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Persefahaman polis, media tangani jenayah

    Posted:

    Persefahaman polis, media tangani jenayah

    Persefahaman polis, media tangani jenayah


    Zulkifli Abdullah beramah mesra dengan wakil media semasa program menembak bersama media di lapang sasar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    KUALA LUMPUR 15 Mei - Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, persefahaman antara pengamal media dan polis berupaya membantu menangani masalah jenayah di negara ini.

    Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata, pihaknya sedar betapa penting peranan media dalam melaporkan sesuatu isu atau maklumat kepada masyarakat.

    Katanya, bidang tugas kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain.

    "Media memerlukan polis untuk mendapatkan bahan berita atau maklumat mengenai isu jenayah, manakala polis perlu kerja sama media untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

    "Jadi, kita harap hubungan polis dan media sentiasa dalam situasi menang-menang," katanya pada sidang akhbar semasa menghadiri program menembak bersama media di lapang sasar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini baru-baru ini.

    Sehubungan itu, Zulkifli berkata, hubungan media dengan polis harus sentiasa rapat dan tidak terhad kepada acara rasmi sahaja agar masing-masing memahami tugas antara satu sama lain.

    Katanya, acara menembak yang diadakan itu misalnya, membolehkan pengamal media memahami bagaimana polis menjalankan tugas menggunakan senjata api.

    "Melalui pengalaman ini, sedikit sebanyak media akan tahu senjata api harus dikendalikan secara berhati-hati dan mengikut undang-undang," ujarnya.

    "Sikap berhati-hati dan patuh kepada undang-undang semasa menggunakan senjata api menunjukkan betapa anggota polis menghargai nyawa manusia dan berdisiplin menjalankan tugas," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted: 16 May 2011 09:47 AM PDT

    Berita Harian: MukaDepan


    SPR larang ejen SMS

    Posted: 15 May 2011 03:09 PM PDT

    MukaDepan

    Elak parti politik dedah keputusan tak rasmi PRU

    PUTRAJAYA: Mulai Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijadualkan tidak lama lagi, ejen parti politik yang bertugas di pusat pengiraan undi dan pusat mengundi dilarang membawa masuk telefon bimbit.

    Ia bagi mengelakkan parti politik menyalurkan maklumat, khususnya keputusan tidak rasmi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook atau Tweeter sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, baru-baru ini. Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan