Selasa, 7 Jun 2011

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


VISIBLE VOICE: [AWOK]2 : TRAVELOG KE AIR TERJUN GEPAI, <b>BIDOR</b>

Posted: 04 Jun 2011 10:05 AM PDT

AIR TERJUN GEPAI

Air terjun Gepai terletak di Bidor, Perak Darul Ridzuan. Tak pernah dengar pun nama tempat "GEPAI". Semalam, sempat googling around pasal Gepai Fall, Bidor, Perak. Terjumpa 1 gambar dan ia cukup mengujakan. Klik sini : Gepai Fall

Pagi-pagi buta dah bangun untuk goreng bihun dan packing barang. Terima kasih kepada semua chef yang bertugas : Mak Ming, Amir, Jahar. Akhirnya, jadi jugak bihun goreng bujang,haha. Sedap tak sedap lain kira, yang penting ada makanan. Ayam untuk bbq pulak perap ikut suka hati pukul 2 pagi,lol.
raddy, nuar, amir, mak ming, jakir, pok jak, kudo, mayak, pok lang, nije, jahar,micro, alip cyclo

Perjalanan bermula pukul 900 pagi. Dengan 3 buah kereta, DAP, DAS dan DW. Rombongan disertai 14 jejaka dari pantai timur atau lebih dikenali [awok]2 di kampus yang rata-rata berasal dari Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Kira-kira pukul 1100 pagi, sampai ke destinasi yang dituju selepas 3 perhentian.
Memandangkan banyak sangat perkakas dan makanan yang dibawa, perlu la angkut sikit sorang menuju ke tapak perkelahan. Perjalanan mendaki batu-batu sebesar gergasi dan mengharung air mengambil masa kira-kita 20 minit untuk sampai ke lokasi pilihan.
Tema kerjasama, naik batu turun batu barang diagih-agih. Rentas air, barang-barang diagih-agih seperti mangsa banjir. Torbaikkk. Siap beratur ambil giliran passing barang-barang.
Rasanya, laluan ke lokasi yang dituju agak mencabar. Selang-seli panjat batu-batu dan rentas air. Tersalah langkah, terpeleot. Tersilap atur langkah merentas air melalui batu yang licin, tenggelam. Usaha angkut barang, memang tak boleh blah. Masing-masing ada bakat untuk apply skuad bantu mangsa banjir.
Sampai di lokasi, terus siap-siapkan tapak untuk bbq. Buat air pula tanpa ais. Jadi, nak sejukkan air, ada plak yang pergi rendam jug air dalam air. Brilliant idea daripada mayak. Ini best bro! Walaupun nak minum air pun berenang ke tepian sebelah sana,lol
Menu utama untuk sarapan sebelum berendam adalah bihun goreng. Status bihun sedap ke tak sedap? Memandangkan licin, andaian chef-chef tak bertauliah anggap bihun itu sedap,haha. Seterusnya, sesi membakar ayam, sosej, isi ketam dan bebola ikan.
Kenyang perut, suka hati. Ramai-ramai pakat gi berendam. Macam-macam ragam ada, kalau nak story tak habis 7 hari 7 malam aku rasa. Air sejuk macam air batu. Kualiti air bersih, dijamin selamat insyaAllah.

AMARAN : Orang berkacamata dinasihatkan agar membuka cermin mata sebelum berendam/berenang/bermain air


Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung kacamata? Hanyut dibawa arus air terjun.

Tak pasal-pasal aku pergi dengan mata 4, bawa balik 2 mata saja. Cacat sementara la jawabnya sampai ada pengganti yang baru.


Spec pun dah hanyut, handphone pulak ada problem. Main hidup mati hidup mati. Aih, dugaan sungguh. Lebih baik tiup asap daripada memikirkan nasib malang hari ini.
Terjunan bebas antara aktiviti yang menarik perhatian. Ni muka-muka wakil daerah acara terjun bebas. Gaya kupu-kupu, gaya dugong, gaya ultraman, gaya goku, gaya dewa, semua ada.
Antara salah satu gaya terjunan bebas adalah seperti di atas. Agak-agak, gaya apakah yang cuba ditonjolkan? haha

Perjalanan pulang ke kampus pukul 330 petang. Singgah di Petronas Tapah untuk solat zohor dan kemudiannya terus pulang ke Tronoh. Dengar kata, DAS dan DW terlajak sampai ke BOTA, pi pekena SATAY BOTA. Torbaik la hari ni.

Apapun, alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik. Walaupun kacamata aku je yang lemas di bawa arus, tak apalah. Sama-sama sedekahkan al-fatihah. Semoga rohnya tenang di sana. Melayang lagi la fulus!

Credit : A. Alip


Info lanjut : Air Terjun Gepai / Gepai Fall
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita: Kemalangan maut <b>di Bidor</b>

Posted: 20 Mar 2011 06:19 PM PDT

Semalam, dalam berita ada kemalangan maut bas-lori kontena di highway plus area bidor (dah dekat2 ngan rumah aku tuh)... Bila la kes bas accident ni nak selesai.. huh..

PETIKAN DARI BERITA HARIAN ONLINE


 BIDOR: "Sebaik bas kami dirempuh sebuah lori kontena dari arah belakang, saya melihat ada penumpang termasuk datuk saya dan dua kanak-kanak terpelanting selain ada yang terperosok ke bawah bas dan tersepit. 

"Ketika itu saya dan ramai lagi penumpang hanya mampu menjerit dan menangis kerana terlalu cemas serta takut melihat kejadian ngeri itu," kata Nurul Najwa Roslan, 17, seorang daripada 43 mangsa kemalangan jalan raya membabitkan bas persiaran yang mereka naiki bersama dua lori di Kilometer 341.9, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Bidor, di sini, awal pagi semalam.
Kemalangan jam 4.50 pagi itu menyebabkan datuk Nurul Najwa, Sahad@Shariff Md Din, 74, terbunuh di tempat kejadian manakala sebahagian besar lagi penumpang cedera, termasuk enam daripada mereka parah dengan kebanyakannya patah kaki.
Lebih memilukan, kaki seorang daripada kanak-kanak berkenaan hancur selepas dihimpit bas ke pembahagi jalan di tepi lebuh raya. Difahamkan, kaki kanak-kanak itu terpaksa dipotong. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata Sahad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam lagi parah. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan