Ahad, 19 Jun 2011

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


mohdnadri dot com LYNAS: Gebeng & <b>Bukit Merah</b> Punyai Persamaan

Posted: 26 May 2011 08:51 AM PDT

Pada mulanya, aku ingatkan LYNAS ini merupakan nama tempat di Pahang kerana sebutannya dalam Bahasa Melayu berbunyi LINAS. Rupa-rupanya Lynas ialah sebuah syarikat memproses nadir bumi (rare earth) yang bakal membuka kilangnya di Gebeng, terletak kira-kira 25KM dari Bandar Kuantan.

(Foto oleh Blog AminoWorld)

Kos pembinaan kilang ini bernilai RM700 juta dan apabila siap kelak bakal mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 350. Apa yang menariknya, kilang Lynas ini telah dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia.

Dan yang lebih menarik lagi, kilang Lynas di Gebeng dijangka akan memperolehi hasil sebanyak RM8 Billion setahun hasil daripada pemprosesan nadir bumi. Boleh fikir sendiri berapa banyak cukai yang boleh diperolehi.

Empunya kilang, Lynas Malaysia Sdn Bhd merupakan anak syarikat Lynas Corporation yang berpengkalan di Australia.

Pembinaan kilang ini telah mendapat bantahan daripada penduduk setempat khususnya dan juga rakyat Malaysia amnya. Sebab utamanya ialah kerana kilang ini bakal menghasilkan radiasi (radioaktif) yang boleh memudaratkan orang ramai.

Buktinya pada tahun 1985, kilang Asian Rare Earth telah dibina oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak. Akibat daripada risiko yang dikenal pasti kesan daripada pendedahan bahan radioaktif dan pencemaran kepada alam sekitar dan penduduk setempat, maka kilang tersebut telah dihentikan operasinya pada tahun 1992. Namun, sisa-sisa radioaktif yang dihasilkan masih bertaburan di sekitar Bukit Merah hingga kini.

Aku bukanlah anti pembangunan. Tapi biarlah pembangunan yang bakal dibuat itu memberi manfaar kepada semua pihak yang terlibat (situasi menang-menang) iaitu Pihak Kerajaan, Pengilang dan Penduduk Setempat. Apa guna ada pembangunan sekiranya nikmatnya hanya dinikmati oleh golongan yang tertentu sahaja.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama cuba menghayati pesanan yang cuba disampaikan oleh warga Australia yang peka tentang isu Lynas ini. Andai kita masih tidak faham, anggap sahajalah Kilang Lynas itu sebagai bencana dari Allah swt atas kebodohan yang tidak boleh dimaafkan.

Sumber Rujukan:

  1. Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas @ Najib Razak oleh Ariff Shah.Com
  2. Sisa Radioaktif Masih Bertaburan di Bukit Merah oleh MerdekaReview.Com
  3. Kilang Memproses "Rare Earth" Membimbangkan Penduduk Gebang, Pahang oleh KonsumerKini.Net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NADRI

Merupakan Seorang Daddy, Banker & juga Blogger Amateur. Lahir, Membesar, Belajar, Bekerja & Bermastautin di Negeri JOHOR. Nak tahu lebih lanjut tentang saya, klik di menu BIO.

Website - Twitter - Facebook - More Posts

Artikel Berkaitan Yang Mungkin Anda Perlu Baca ;

coded by nessus
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan