Ahad, 5 Jun 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


60 Bangunan Usang <b>Di Ipoh</b> Dijadikan Aset Tarikan Pelancong <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 07:00 PM PDT

Sebanyak 60 buah bangunan usang di bandar raya Ipoh akan dipulihara menjadi aset pelancongan ikon "Jejak Warisan Ipoh", kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata bangunan-bangunan yang telah dikenal pasti itu tidak boleh dirobohkan tetapi ia akan dipulihara bagi tujuan pelancongan.

"Kerja-kerja merobohkan sebuah kedai lama oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang bangunan warisan," katanya ketika dminta mengulas tindakan MBI merobohkan sebuah bangunan usang di sini baru-baru ini.

"Bangunan itu pernah terbakar sebelum ini dan pada masa yang sama MBI telah memaklumkan (kepada pemilik) berkali-kali mengenainya berikutan lokasinya yang membahayakan pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Mengenai ikon "Jejak Warisan Ipoh", Menteri Besar berkata program yang diperkenalkan itu akan membawa pelancong menjejaki sejarah industri bijih timah di Ipoh dan kehidupan penduduknya di zaman kegemilangan Perak sebagai pengeluar bijih timah utama dunia.

Beliau berkata di kawasan Pekan Lama Ipoh sahaja terdapat 24 bangunan atau kawasan yang mempunyai sejarah atau warisannya tersendiri.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan