07 di lumut - Google Blog Search |
mohdnadri dot com Aktiviti <b>di Lumut</b> & Pangkor (Part 1) Posted: 07 May 2011 08:33 AM PDT Hari Ahad lepas merupakan hari ke-2 aku berada di Lumut. Pagi selepas menikmati sarapan pagi di Orient Star Resort, aku telah dibawa pergi ke Pulau Pangkor oleh salah seorang pekerja ahli perniagaan yang mengundang aku datang ke Lumut. Sampai saja di Jeti Lumut, orang ramai beratur menunggu giliran untuk menaiki feri. Maklumlah cuti Hari Buruh. Keadaan di jeti lebih kurang macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk. Cuma bezanya takde adegan asak-mengasak untuk naik feri. Aku terus memasuki "Fast Lane" dan terus naik feri tanpa perlu beratur. Ini kerana ahli perniagaan tersebut mempunyai 5 buah feri yang diberi nama Mesra Ferry. Telah beroperasi sejak tahun 2007 dan beliau bertanggungjawab mengawal harga tiket feri di Lumut. Sebab itu harga tiket feri di Lumut jauh lebih murah dari Langkawi. Perjalanan ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa sekitar 20 minit. Gambar yang last nie merupakan ole-ole wajib beli bagi sesiapa yang datang ke Pangkor. Harganya memang murah. Aku juga sempat beli ikan bilis dan udang kering Pangkor buat isteri di rumah. Artikel Berkaitan Yang Mungkin Anda Perlu Baca ;coded by nessus |
You are subscribed to email updates from di lumut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan